View: 23630|Reply: 274
|
Mulut Anak Kena Tekup, Shakilla Khoriri 'Warning' Fizi Ali
[Copy link]
|
|
Pelakon, Shakilla Khoriri meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan anak perempuan isteri baharu bekas suaminya Fizi Ali yang dilihat menekup mulut anaknya dalam foto perkahwinan mereka.
Pemilik nama sebenar, Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 34, berkata, dia ada bertanya perkara itu kepada Fizi namun masih belum mendapat sebarang balasan daripada penyampai radio tersebut.
“Ini adalah benda-benda yang saya tak suka tengok... Sekeping foto yang dimuat naik memperlihatkan anak perempuan (isteri Fizi) menekup mulut anak saya.
“Sebagai seorang ibu saya tak senang tengok perkara itu malah ada bertanya kepada Fizi tapi dia masih belum balas,” katanya.
Pada Isnin, Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, 34, mengumumkan pernikahannya bersama wanita pilihan hati iaitu Siti Zulaikha, 30, pada pagi Isnin.
Pasangan berkenaan melangsungkan pernikahan di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Selangor yang dihadiri kedua-dua belah keluarga.
Dalam pada itu, Shakilla berkata, dia terkejut apabila menerima berita perkahwinan Fizi memandangkan baru bertemu penyampai radio itu yang mahu mengambil anak mereka.
Shakilla berkata, Fizi memberitahu mahu membawa Ameena ke taman tema air namun rupa-rupanya mengambil anak mereka untuk menghadiri majlis pernikahannya.
Katanya lagi, Fizi sepatutnya berterus-terang apabila dia menerima banyak pertanyaan tentang berita perkahwinannya.
“Saya pun terkejut tiba-tiba dia berkahwin... Fizi ada datang ke rumah dan sempat kami berbual panjang mengenai anak.
“Tapi tidak pula dia beritahu nak nikah pada Isnin cuma memaklumkan mahu ambil anak sebab nak pergi taman tema air.
“sebagai bapa kepada anak yang saya kandungkan dia sepatutnya berterus-terang pada saya... Saya tiada isu dia berkahwin cuma saya tidak tahu mahu cakap apa apabila orang bertanya,” ujarnya.
Tambah Shakilla, dia mengetahui Fizi sudah menemui pengganti namun tidak diberitahu mereka akan berkahwin dalam masa terdekat.
Bagaimanapun aktres berkenaan tetap mendoakan kebahagiaan Fizi dengan isteri baharunya namun berharap tidak menyakiti perasaan anak mereka.
Ini kerana Ameena sering berkongsi pelbagai perkara kepadanya dan ia turut diakui sendiri oleh penyampai radio Hot FM itu.
“Saya harap sepanjang Ameena bersama Fizi dan keluarga baru, jangan sakiti anak saya! Jangan buat dia terasing sebab Ameena bila balik akan bercerita.
“Kalau dia gembirakan anak, saya okay tapi kalau dia disakiti, dia perlu berdepan dengan saya,” katanya.
Untuk rekod, Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, 34 dan Shakilla berkahwin pada 18 Februari 2018 namun bercerai pada Disember 2021.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ameena Sofia yang kini berusia empat tahun.
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
bau2 jeles tu ada...awal plak aku dtg |
|
|
|
|
|
|
|
Aah eh..why budak tu nak tekup mulut ameena |
|
|
|
|
|
|
|
Sopan santun lagi aleesha tuh. Jauh terdidik .... |
|
|
|
|
|
|
|
selalunya apa budak2 cakap tu jujur...tu yg lahir dari hati sanubari dia yg ikhlas...
so kalo bekas bini ckp cam tu...ada la ameena ngadu x selesa kt sana
nasib la ko la bini baru
|
|
|
|
|
|
|
|
Sangka baik : anak dia sendiri yg letak tangan kat mulut tu
Sangka tak berapa baik : anak dia pot pet2 org nak amik gambar so si kakak letak tgn kat mulut mcm nk suh diam jap
Kalau tgk gambar budak 2 org tu kat ig si fizi nampak cam mesra je bergaul.
|
|
|
|
|
|
|
|
1. dah knp si kakak tu tekup mulut budak tu mcm tu?
2. dah knp uplod gmbar yg tu? mcm xde gambar lain..
3. budak ameena tu akan report kat mak every inch hal kat rumah bapak dia, so hati2 la ek |
|
|
|
|
|
|
|
tapi kalau aku pn terasa ati jugak kalau org lain tekup mulut anak aku,dh la aku x knal. |
|
|
|
|
|
|
|
Loh tibe bitter ex laki tak bgtau nk kawin |
|
|
|
|
|
|
|
dalam banyak2 gambar, gambar mengundang tu juga ko upload
mcm x ada gambar lain...ko public figure bijak la sikit...
ex la jenis royanan sentapan
|
|
|
|
|
|
|
|
my pick yg mulut potpet tu. hahahha..
|
|
|
|
|
|
|
|
tak aman ler hidup perantin baru... hahaha
mau kecoh nih mulut anak kena tekap pulak
alahai punya banyak gambar yang tu pulak di up nya saja nak bikin ex naik hantu
|
|
|
|
|
|
|
|
dah start dah...tak aman la ko fizi |
|
|
|
|
|
|
|
Good luck ya fizi, bekas bini kau tengah bitter tu kawen tak cakap |
|
|
|
|
|
|
|
awat pi pekup mulut sekali hidung kawan tuu |
|
|
|
|
|
|
|
tpi cantik kan isteri baru si fizi ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|