CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4808|Reply: 61

Tak Puas Hati Hafidz Roshdi Beri Nafkah Anak RM100, Shuhada Dituduh Wanita Tak Reti Bersyukur

[Copy link]
Post time 20-10-2023 09:21 AM | Show all posts |Read mode
Shuhada dituduh tidak bersyukur susulan meluahkan rasa tidak puas hati hanya menerima nafkah RM100 untuk setiap anak mereka.


Ada netizen meminta Nurul Shuhada Mat Shukri bersyukur kerana sekurang-kurangnya Hafidz tetap memberikan nafkah.


Dakwa netizen itu lagi, Shuhada juga sudah mempunyai kerjaya sendiri dan sepatutnya menggunakan keringat yang ada untuk bangkit demi kehidupan lebih baik.




Foto: IG




Menjawab komen tersebut, bekas isteri pelakon itu memberitahu dia sudah banyak berkorban untuk membesarkan anak-anaknya.


Kata Shuhada, orang ramai tidak perlu mempertikaikan perkara itu kerana tidak memahami situasi sebenar yang dialami.




  



"Bila ada manusia yang suruh kita faham erti bersyukur, bila dia (netizen) tuduh saya tak gunakan kudrat (bekerja) untuk cari rezeki untuk anak-anak.


"Saya bukan setakat guna kudrat... untuk pengetahuan, saya gunakan segala apa yang ada untuk besarkan anak-anak.


"Don't talk rubbish la kalau awak sendiri tak pernah ada anak," katanya di Instastory.




  



Dalam pada itu, Shuhada juga mengingatkan netizen untuk tidak mempersoalkan rezeki dan meletakkan Allah SWT sebagai pengantungan hidup.


Malah, Shuhada turut meminta masyarakat untuk memahami erti tanggungjawab seorang bapa.


"Belajar untuk tahu apa erti tanggungjawab sebenar. Jangan persoal bab rezeki ditutup oleh seseorang? Rezeki daripada siapa bang? Dari Allah.


"Belajar letak penggantungan 100 peratus dekat Allah, belajar untuk letak Allah nombor satu... Jangan buat Allah murka. Selamat berjaya," ujarnya.




  



Sebelum ini Shuhada mendedahkan Hafidz culas membayar nafkah buat anak-anak mereka dan hanya memberi wang sebanyak RM100 setiap seorang.


Kata Shuhada, ibu bapanya turut terpaksa mengeluarkan wang sendiri bagi membantunya membeli keperluan anak-anak.


  



Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz sah bercerai pada 27 Julai lalu selepas mahkamah menetapkan lafaz yang dibuat oleh aktor berkenaan pada 22 Februari adalah mengikut hukum syarak.


Mereka mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah dan Umar. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2023 12:09 PM | Show all posts
harap-harap esok2 ni bekas laki netizen yg komen cakap tak bersyukur tu, diberikan nafkah rm100 sorang utk anak. semoga terus bersyukur.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2023 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
At least 500 each.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2023 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Tetiber aku Rindu pulak nak tunggu jahlop n bini buat perangai.....jahlop n bini sungguhpon tibaiunta tapi sedap jugakla mata aku memandang....kakak ke adik jahlop ke cepat2 la dominasi bodgoss.....atleast aku boleh cuci mata tengok rupa paras setset paki pluss keseksian adik jahlop
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2023 12:34 PM | Show all posts
Hahaha sebab benci kat Shu terus dikutuknya Shu sebab mintak nafkah, katanya tak bersyukur. Tapi kalau kena tang dia, melenting lenting kalau laki bagi 200 je sebulan
Netijen oh netijen
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2023 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Netizen tu cuba hidup dengan rm100 sebulan boleh cukup tak.. dengan ada pemikiran macam netizen ni laa lelaki2 haprak culas pasal nafkah. Jadi bila bercerai je mak2 la yang kena berhempas-pulas membesarkan anak2 sorang2.
Bapak diorang bukannya dah mati.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2023 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
bongokss tau yg komen tak bersyukur tu. cuba la bezakan bencikan maknya dgn anaknya. ni nafkah utk anak2 tgjwb bapak.seronok la kalau gitu bapak2 diluar sana, mentang mak kerja bapak bg je la brp pun.
tang maknya suka menjawab menceceh tu abaikan je la, sbb kes berlainan. si bapaknya tu kene la usahakan, ko nak bg anak makan apa rm100

btw, shu ni amat annoying ye peelnya. sejak2 jadi janda+duta kurus sakan menceceh
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2023 01:43 PM | Show all posts
Patutlah si Shu ni duk merentan je kat ex husband dia. Rm100 nak makan apa. Kalau aku pun meroyan. Dengan ekonomi sekarang, apa lah sgt dapat beli Rm100 tu. Teruskanlah meroyan, tuntut hak anak2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2023 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ex dah mintak nak jaga anak, makan pakai dan sekolah tanggung, kenapa shu x bagi? Shu kan busy back to back travel. Pastu bising xde sape letak anak kat bahu.

Aku benci kalau laki x bertanggungjawab dekat anak2. Tapi dalam konteks ni, dia xbiarkan anak2 dia. Tapi shu x bagi. Ape2 pun, on hr side, bagi je la atleast rm1k utk anak2 tu sementara dapat penjagaan penuh.

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2023 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang Ni Aku kesian lah..
Rm100 kot..
Skali Makan dah berapa
Beli lauk utk seminggu utk budak2 berdua tu pung maybe dah.rm100 termasuk sayur ayam.cekedis2...

Teringat thread kat ci
Bapak bg Anak rm100 jugak kot..ke berapa entah..
Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2023 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
tom2 replied at 20-10-2023 01:46 PM
Ex dah mintak nak jaga anak, makan pakai dan sekolah tanggung, kenapa shu x bagi? Shu kan busy back  ...

iols setuju. dah HR susah nak keje biar dia bela anak2. for sure famili akan topup belanja. Shu alang2 mdonia travel sana sini sila teruskan. alang2 bselang mgg turun kl boleh la jenguk anak2 yg dlm jagaan HR.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2023 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
i cuma nak tau je, memang betul sohih ke ex lakinya bagi 100 je utk each anak? sebab apis ni apa yg ex bininya cakap sebelum2 ni dia tak pernah membalas statement mengiyakan atau menafikan. tu yg i curious tu betul ke idak?
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2023 03:32 PM | Show all posts
do it proper way la dia ni. komplen g tuntut kt mahkamah. ko memekak kt socmed, bnda btl pon org tibai ko gak. gn platform yg btl nk tntut hak tu. hayoo
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2023 03:48 PM | Show all posts
mahkamah ada kan, nak juga mencirit dekat wartawan. dah la menyimpang jauh. orang tanya pasal gambar, melalut sampai ke nafkah 100. bingit much.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2023 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Laki tak guna lah Hafiz ni. Kena lah hebohkan kat media ...nak tunggu mahkamah mmg lambat lahhh...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2023 04:00 PM | Show all posts
mehh acik forum ajar shuringai. buat proper way pi tuntut dekat mahkamah soal nafkah, soal balik bermalam sementara tunggu kes hadanah selesai. daripada menceceh kat social media, baik gunakan kebijaksanaan bekas pelajar MRSM Langkawi dengan proper way.

to HR pulak, please balas balik toksah duk menyorok. lagi seronok si shu ni menceceh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2023 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Patutnya si shu cakap kat ex-hb dia, selagi tak tambah nafkah anak selagi tu dia boleh guna gambar ex-hb buat marketing. Dah duit tak boleh kasi, bak sini pinjam gambar ko. Hasil utk anak2 jugak kan
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2023 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
KLau $100  untuk setiap anak..gamak bapaknya nak jaga sendiri.mak nya tu anto anak kat Duda nya tu n dapatkah hal lawata. Jerlah.tak payah nak meroyan sana sini. Ni kau meroyan nafkah sikit ,walhal kau yg nak ribut nak jaga Tak sanggup pisah jiwa keibuaan.emm .tengok ratu tu senyap je Duda jaga anak mrk.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2023 04:07 PM | Show all posts
Walaupun I menyampah dengan sheols tapi tak patut ya bagi nafkah anak RM100 sorang, kalau betul memang heols bagi RM100 jah???

RM100 tu berapa hari je boleh tahan. Apatah lagi sebulan?

Ke ada cerita lain? Sorry I susah nak husnuzon dengan sheols
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2023 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Upah akberdin boleh pulak....

Mak pak hr kena la buktikan depa profesionalisme kalau hr tak mampu  depa la kna
tanggung cucu

Xmunasabah la 100... isu jaga anak ke apa ke isu lain
Walau betul x betul shungai ni ckp tp nafkah anak jgn la diabai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 09:45 PM GMT+8 , Processed in 0.080639 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list