Setelah sekian lama tidak menjadi bualan ramai, nama usahawan, Vivy Yusof kini menjadi perhatian di laman media sosial selepas ada yang mendakwa dirinya mengambil kesempatan di atas konflik berlaku di Palestin.
Pemilik jenama dUCK itu sedar atas kecaman ramai dan tampil memberikan penjelasan atas tuduhan yang dilemparkan oleh netizen mengenai penjualan koleksi tudung serta aksesori terbarunya.
Dapat dilihat dalam IG Story, dia memaklumkan syarikatnya sama sekali tidak mengambil hasil dari penjualan koleksi dUCK Palestin tersebut.
Katanya, semua keuntungan dari hasil jualan koleksi tersebut akan disalurkan ke organisasi bukan kerajaan, Viva Palestina Malaysia (VPM) untuk bantuan seperti barangan hospital, bekalan perubatan, tempat perlindungan serta makanan.
Tambahan Vivy lagi, ia sama sekali tiada pembayaran balik cukai dengan jualan amal yang dilakukan melalui koleksi dUCK Palestin seperti andaian netizen.
Bahkan, niatnya memperkenalkan koleksi ini juga merupakan atas permintaan ramai atas tanda solidariti untuk Palestin.
|