View: 4165|Reply: 75
|
60 Tahun Tak Cuci Balang Sos, Pemilik Dedah 'Rahsia' Makanan Sedap, Restoran Kekal 3 Generasi
[Copy link]
|
|
Tokyo, Jepun: Sebuah restoran popular di Tokyo, Jepun, mencetuskan kontroversi selepas mendakwa snek daging atau satay dicelup ke dalam balang sos yang tidak pernah dibersihkan sejak lebih setengah abad.
Abe-chan, sebuah kedai makan 'jalanan' yang terkenal di daerah beli-belah Azabu Juban Tokyo, baru-baru ini dipaparkan dalam rancangan televisyen Jepun yang popular di mana ia mendedahkan bahawa salah satu rahsia kejayaannya ialah balang sos yang ditutupi dengan gelatin.
Keliling balang tersebut juga dipenuhi dengan sisa sos tumpah yang telah mengeras sepanjang tempoh berkenaan.
Menurut pemilik generasi ketiga Abe-chan, balang itu tidak pernah dibersihkan sejak enam dekad lalu, yang nampaknya menyumbang kepada rasa sos yang sedap dan kaya dengan rasa.
Daripada membersihkan balang sos setiap hari, selepas ditutup, kakitangan di Abe-chan hanya menuang lebih banyak sos ke atas sisa hari itu bagi menguatkan aromanya. Sisa sos di keliling balang bukanlah pemandangan yang paling menyelerakan apabila memesan makanan jalanan, tetapi bagi pemilik Abe-chan ia adalah 'harta' berharga.
Abe-chan dilaporkan diasaskan pada tahun 1933 oleh datuk pemilik semasa, dan balang sos telah wujud sejak zaman awal itu.
Tradisi menambah sos tanpa benar-benar membersihkan bekas telah dihormati oleh ketiga-tiga generasi, dan pemilik semasa yakin bahawa ia menyumbang kepada kejayaan perniagaan keluarga.
Semasa rancangan televisyen, pakar ditanya tentang potensi bahaya kebersihan dengan hanya menambah sos baru dalam bekas yang tidak dibersihkan selama beberapa dekad.
Pun begitu, jawapan yang diberikan mengejutkan kerana sos tidak akan mengalami pencemaran sekiranya dipanaskan dengan haba yang sepatutnya.
Selain itu, percubaan di mana air bersih ditambahkan ke dalam bekas yang penuh dengan air hitam sebanyak 365 kali menunjukkan bahawa kebanyakan kandungan asal tidak wujud pada akhirnya.
Jadi ia tidak seperti balang sos sebenarnya mengandungi sos dari 60 tahun dahulu.
Dalam pada itu, beberapa pelanggan Abe-chan mempertahankan kedai makan itu dan mendakwa mereka telah makan di sana selama bertahun-tahun serta tidak pernah mengalami sebarang masalah kesihatan.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Melayu mana ada perniagaan sampai 3 generasi sebab tak da rahsia dlm bisnes...so plain kebudayaan Melayu. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa rasia kedai mamak pulakk? |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7: Apa rasia kedai mamak pulakk?
bulu yg banyak, mungkin *[em:4:]* |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7: Apa rasia kedai mamak pulakk?
bulu yg banyak, mungkin *[em:4:]* |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7: Apa rasia kedai mamak pulakk?
Air ludah,air ketiak masam..melayu meroyan masa pkp sebab tak boleh lepak kat mamak. |
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh: Melayu mana ada perniagaan sam ... ko ni xpnh pegi kelantan terengganu kan.. Bersepah peniagaan melayu berpuluh2 tahun. Kt melaka pon ada. Bezanya org melayu niaga xletak papan tanda. Ko ni xtgk majalah 3 ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7: Apa rasia kedai mamak pulakk? selalu kannnn kte kata kari mamak sedap sedapp. Agaknyaaa dah berapa lama agaknyaaa umur kari tu eh. Hahahah |
|
|
|
|
|
|
|
Kat US tu pun pernah aku tengok food doku rehsia ayam goreng sedap adalah kerana deols guna minyak sama sejak berpuluh tahun lepas. Minyak lama tu jadik cam ibu minyak. Deols just tambah2 minyak baru gitu. |
|
|
|
|
|
|
|
Persatuan Restoran India Muslim tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
kotor lah....tu pon ada gak yang berani beli |
|
|
|
|
|
|
|
tumpanglalu74 replied at 15-10-2023 09:12 PM
https://vt.tiktok.com/ZSNjHnNfj/
Suara latar tu yg x tahan tu siap sebut macam2..kembang tekak... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo resto cina yg mmg claim 3 generasi apa bagai mmg depa akan tinggalkan lebihan sup tu and continue masak yg baru dlm bekas yg sama dan the cycle continues
|
|
|
|
|
|
|
|
so idok la basi food nya?? kepam |
|
|
|
|
|
|
|
ada la, cuma tak commercial aje...kedai2 di pantai timur banyak 3-4 generasi...
|
|
|
|
|
|
|
|
Perkataan "Maju". Ali Maju la, Sahab Maju la, Akbar Maju la, Din Maju lah. Tiap2 hari customer sebut Maju...Majuuu.. Maka, majulah bisnes deyols sampai bila2.
|
|
|
|
|
|
|
|
kita pulak kebiasaan pakai nama megah holding, ada je perkataan holding dekat belakang tu
|
|
|
|
|
|
|
|
lanacondor replied at 15-10-2023 08:53 PM
ko ni xpnh pegi kelantan terengganu kan.. Bersepah peniagaan melayu berpuluh2 tahun. Kt melaka pon ...
Orang tak nak puluh tahun...orang nak ratusan tahun...ade ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|