CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2405|Reply: 43

[Dunia] Jokowi rasmi HSR pertama Asia Tenggara, berkelajuan lebih 350kmj

[Copy link]
Post time 3-10-2023 09:06 AM | Show all posts |Read mode
Jokowi rasmi HSR pertama Asia Tenggara, berkelajuan lebih 350kmj

https://www.utusan.com.my/luar-n ... ajuan-lebih-350kmj/

Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
3 Oktober 2023, 9:00 am


JOKO Widodo berharap perkhidmatan HSR pertama Asia Tenggara itu mampu mengurangkan kesesakan trafik di bandar-bandar utama. - AFP

JAKARTA: Presiden Joko Widodo (Jokowi) merasmikan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) pertama di Asia Tenggara yang menghubungkan Jakarta sehingga Bandung.

Katanya, projek tersebut menjadi ‘daya penarik’ terbaharu untuk golongan pelabur menjadikan Indonesia sebagai destinasi perniagaan mereka.

“Kereta api ini diberi nama Whoosh, sepadan dengan kelajuannya yang mencapai 350 kilometer sejam.

“Saya harap, orang ramai menggunakan pengangkutan ini supaya kegiatan mereka dapat dipermudahkan,” kata Jokowi.

Kementerian Pengangkutan Indonesia sebelum itu meluluskan permit operasi untuk projek berkenaan.

Projek tertunda yang bernilai bilion dolar itu disokong China, selain perkhidmatannya dapat mengurangkan masa perjalanan antara Jakarta dengan bandar utama lain.

Menterinya, Budi Karya Sumadi, berkata perkhidmatan HSR itu sudah melepasi syarat kebolehlaksanaan operasi dengan kelulusan permit tersebut.

“Alhamdulillah semua ujian dan pensijilan sudah dijalankan supaya kita dapat mengeluarkan permit operasi bagi membolehkan HSR menjalankan operasi komersialnya tidak lama lagi,” katanya dalam kenyataan.

Kereta api peluru buatan China itu dibina untuk membawa lebih 600 orang pergi dan balik dari Jakarta dan Bandung dalam masa 45 minit dan adalah sebahagian daripada inisiatif infrastruktur Jalur dan Jalan China.

Ia boleh mencapai kelajuan sehingga 350 kilometer sejam dan menelan belanja usaha sama China-Indonesia lebih AS$7 bilion (RM32.86 bilion) untuk dibina.

HSR membabitkan laluan sejauh 142.3 kilometer dengan 13 terowong dan mempunyai empat stesen iaitu Halim, Karawang, Padalarang dan Tegalluar.

Terdahulu, Budi Karya berkata, perkhidmatan HSR akan dijalankan secara berperingkat sebelum operasi menyeluruh membabitkan 68 perjalanan sehari.

“Kita turut menyediakan rel pengantara bagi memudahkan penumpang HSR sampai ke Kota Bandung dari Stesen Padalarang.

“Operasi secara berperingkat ini dijalankan bagi membolehkan pengendali menyesuaikan dan memaksimumkan perkhidmatan HSR” katanya.

Beliau berkata, bagi pelaksanaan operasi awal orang ramai akan dapat menikmati diskaun harga tiket bagi menarik minat mereka menggunakan pengangkutan awam itu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2023 09:12 AM | Show all posts
Tahniah Indonesia. Di Malaysia ni banyak sangat berpolitik
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 09:13 AM | Show all posts
sepatutnya malaysia ada KL-Bangkok-Singapore HSR
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
HSR pertama? Selama ni org kata kat indon takde apa2
LRT tade bagai ini siap ada HSR lg.
Kalau dulu projek HSR malaysia tu diteruskan siapa yg akan siap dulu dan jadi yg pertama ya?

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 11:05 AM | Show all posts
funded, built by, and imported technology
from China

majority local indonesia ramai takkan mampu naik HSR nih
sebab ticket fee nya di tentu kan oleh pelabur china
income dari HSR ni pun pegi pada mereka

HSR ni mostly to cater tourist, investor and middle class local
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 11:16 AM | Show all posts
pendek je rupanya ya, 143km ke aku baca tadi

itu kalau drive 2 jam dah sampai

nak naik HSR ni, dengan tiket mahal lagi, sape je mampu nak naik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2023 11:18 AM | Show all posts
Suchi replied at 3-10-2023 09:15 AM
HSR pertama? Selama ni org kata kat indon takde apa2
LRT tade bagai ini siap ada HSR lg.
Kalau dulu  ...

sepatutnya plan nk buat HSR tu dari mana ke mana sis?
iols tertinggal ketapi slow
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 11:20 AM | Show all posts
Suchi replied at 3-10-2023 09:15 AM
HSR pertama? Selama ni org kata kat indon takde apa2
LRT tade bagai ini siap ada HSR lg.
Kalau dulu  ...

Singapura dan Malaysia telah mengumumkan bahawa cadangan keretapi laju yang akan dimuktamadkan pada akhir 2014 dengan tarikh dijangka siap pada tahun 2020.[8]
Cadangan untuk menghubungkan Singapura perlu dipertimbangkan oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam Bajet 2014. Menurut mesyuarat yang telah diadakan pada 7 April 2014, lokasi yang bermungkinan untuk keretapi berkelajuan tinggi ke Tuas Barat, Jurong Timur atau Pusat Bandaraya Singapura.[9][10] Pada 6 Februari 2015, Jawatankuasa Bersama Peringkat Kementerian Malaysia-Singapura bagi Iskandar Malaysia (JMCIM) yang dikeluarkan dalam satu kenyataan akhbar dengan menyatakan bahawa Singapura telah mengumumkan Jurong Timur sebagai sebuah lokasi untuk kereta api berkelajuan tinggi, tetapi tidak disambungkan ke stesen MRT yang sedia ada pada tahun 2015.[11] Pembinaan kereta api itu dijangka bermula pada tahun 2016.

Jika tidak tukar kerajaan hari tu....mungkin sudah 2 tahun kita berulang-alik KL - Singapore guna HSR.....90 minit



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2023 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Bahana salah pilih kerajaan

Mundur ke belakang negara dibuatnya

Dah la takde kemajuan dan projek mega sepanjang 5 tahun ni (kecuali projek2 zaman najib)

Bahkan benda basic beras, gula, telur pon takde
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 12:11 PM | Show all posts
kemaruk replied at 3-10-2023 11:57 AM
Bahana salah pilih kerajaan

Mundur ke belakang negara dibuatnya



diantara projek yg mampu merancakan sektor ekonomi dan pelancungan negara.
Hilang sebahagian besar peluang pekerjaan untuk anak2 kita dalam projek ini hasil dari kesilapan bapak2nya
memilih kerajaan.


Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 3-10-2023 11:57 AM
Bahana salah pilih kerajaan

Mundur ke belakang negara dibuatnya


Tapi tuan ..yg penting...hubungan silaturahim dap ngn umno...dlm kjaan perpaduan ini melebihi 'segala kejadian' yg ada di muka bumi Msia ini.....
#ItuYgPenting
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 3-10-2023 12:11 PM
diantara projek yg mampu merancakan sektor ekonomi dan pelancungan negara.
Hilang sebahagian bes ...

Projek2 mega zaman najib sperti TRX, PNB118, pan borneo, MRT, LRT extensions dan nak siap dah

Lepas ni nak pergi mana pulak engineer dan pakar2 tempatan nih bekerja kalau takde projek2 camni? Macam mana pula dengan vendor2 sme, kontraktor2 kelas d,e,f semua tu?

Ohya.. projek pembinaan semula stadium shah alam kan adaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 3-10-2023 12:15 PM
Tapi tuan ..yg penting...hubungan silaturahim dap ngn umno...dlm kjaan perpaduan ini melebihi 'seg ...

Ini kesinambungan dari kesilapan menjatuhkan kerajaan najib dahulu

Kalau najib tak tumbang, takdenyer wak jahit jadi presiden umno, takde nyer anwat jadi PM etc

Sekarang umno cuma nak survive jah sebab tu la terpaksa berpaut pada mana2 dahan
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 3-10-2023 11:20 AM
Jika tidak tukar kerajaan hari tu....mungkin sudah 2 tahun kita berulang-alik KL - Singapore gun ...

So ikutkan kita la yg akn jadi yg pertama di asia tenggara.
Mampu ketap bibir jelaaa tgk
Selayaknya pihak yg terlibat kena saman aritu.

Malaysia skrg dh mcm 5 tahun kebelakang gara2 dengki punya pasal.
Kotye pun nk tukar gomen takyah laa pi stop semua plan yg beri kemudahan kpd rakyat.

5 tahun yg sangat membazir tanpa apa2 pencapaian dan plan2 baru yg gempak selain ada virus baru jelaa
Pastu tiba la nk wujudkan balik GST la, kedai 1 malaysia laa
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 3-10-2023 12:19 PM
Ini kesinambungan dari kesilapan menjatuhkan kerajaan najib dahulu

Kalau najib tak tumbang, takde ...

boleh jer dlm rakyat 'dah x caya ngn sesapa'...ko 'buang' jer wak &  the gang...bersihkan umno...pilih yg layak dan berhak..kita tgk nt pru seterusnya...acaner.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
lifeline replied at 3-10-2023 11:18 AM
sepatutnya plan nk buat HSR tu dari mana ke mana sis?
iols tertinggal ketapi slow

KL- SG
Gara2 dibatalkan malaysia kena saman 300 juta
Cerdik sungguh laaaa

Pastu ada rakyat malaysia sama. gomen malaysia dan arahkan bayar sejuta sorang kat rakyat malaysia gara2 kes ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2023 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 3-10-2023 09:13 AM
sepatutnya malaysia ada KL-Bangkok-Singapore HSR

Yup patutnya zaman Najib dlo dh buat. Krjaan slpsnya g batalkan.. tapi bagusnya elokla warga2 asing ni boleh berhijrah ke Indonesia.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 3-10-2023 12:23 PM
boleh jer dlm rakyat 'dah x caya ngn sesapa'...ko 'buang' jer wak &  the gang...bersihkan umno...p ...

Umno jugak ler yang salah kankankan.. dulu dah elok2 ada najib, korang suruh buang

Sekarang suruh buang wak jahit pulak

Dulu dah tersilap fitnah najib, jadi ada kebarangkalian tak wak jahit juga mangsa fitnah?

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 12:52 PM | Show all posts
ifanonline replied at 3-10-2023 09:13 AM
sepatutnya malaysia ada KL-Bangkok-Singapore HSR

sepatutnya macam tu lah....

fasa 1 KL- Singapore...next fasa KL - Bangkok.



Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 12:55 PM | Show all posts
lanacondor replied at 3-10-2023 12:42 PM
Yup patutnya zaman Najib dlo dh buat. Krjaan slpsnya g batalkan.. tapi bagusnya elokla warga2 asin ...
takut warga2 asing yg berhijrah ke Indonesia antaranya pendatang warga Malaysia....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.054326 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list