CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 13614|Reply: 68

Keluarga Hamid Gurkha Tuntut RM10,000 Dari Astro

[Copy link]
Post time 2-10-2023 09:22 PM | Show all posts |Read mode
Keluarga Allahyarham Hamid Gurkha mendakwa masih menanti wang berjumlah RM10,000 daripada Astro yang tertunggak sejak tahun lalu sehingga sekarang.


Anak ketujuhnya, Nor Azian berkata, pelawak itu diberikan Anugerah Sepanjang Zaman MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era 2021 (AME2021) yang berlangsung pada 29 Mei tahun lalu dan menerima wang berjumlah RM10,000.






"Sebulan selepas itu, bapa meninggal dunia pada 14 Jun tahun lalu. Sebenarnya selepas program itu berakhir, kami tunggu duit masuk tapi sehinggalah dia meninggal dunia pun tiada juga. Kami pun macam dah terlupa berkenaan duit itu.


"Kemudian emak ingatkan hal ini dan saya hubungi produksi AME2021 dan diberitahu wang itu ada, namun kami perlu berikan dokumen kematian dan sebagainya.


"Saya berhubung dengan wakil produksi bernama Lala yang banyak membantu. Saya bagi dokumen ini yang diserahkan kepada Jabatan Kewangan dan Undang-Undang, tapi selepas itu mereka diam saja," katanya kepada Harian Metro.


Tidak berpuas hati, Azian kemudian menghubungi mereka semula dan dimaklumkan wang terbabit kena difaraid kerana sudah menjadi pusaka.


"Saya tanya mereka apa perlu kami buat dan mereka kata mahukan surat. Sebenarnya kami dah berbincang adik-beradik dan bercadang nak beri wang ini sepenuhnya kepada emak sebagai tanda kasih sayang.


"Kami tak bercadang nak ambil duit itu dan buat surat kasih sayang mengatakan nak beri kepada emak.


Selepas buat dan hantar, mereka diam juga.


"Kemudian Jabatan Undang-Undang beritahu Lala, dokumen ini tak diterima kerana tiada pengesahan mahkamah. Saya seterusnya rujuk kepada pejabat agama dan tanya apa yang perlu dibuat dalam tuntutan faraid," katanya.


Menurutnya, dia diberitahu perkara ini bukanlah sukar kerana apabila semua adik-beradik sudah setuju dan buat surat, ia boleh diterima.


"Kemudian mereka sekali lagi kata kena ambil peguam pula. Bagi saya, takkan perkara ini nak kena guna peguam. Agak rumit nak bayar peguam lagi sedangkan wang yang dituntut cuma RM10,000. Kakitangan mahkamah yang kami jumpa pun tak galakkan kami guna peguam dan minta kami angkat sumpah.


"Saya dah ambil nama adik beradik, manakala kakak kedua uruskan angkat sumpah kerana yang sulung dah meninggal dunia. Jadi dia uruskan hantar kepada mereka," katanya.


Masalah ini berterusan apabila pihak terbabit masih membisu diam dan Azian menghubungi Lala semula minggu lalu.


"Saya masih tunggu keputusan ini sekarang. Kasihan dengan mak dan arwah bapa kerana perkara yang tak selesai ini. Emak sampai bertanya ada atau tiada? Kalau tiada cakaplah tiada, tak payahlah kita nak pening-pening.


"Emak dah lebih 80 tahun, jadi banyaklah dia fikir nak guna duit itu untuk buat kenduri dan sebagainya. Bukan nak cakap Astro tak nak bayar, tapi kalau boleh, kami minta percepatkan proses itu.


"Kami bukan nak doa, tapi berapa lama lagi dia nak hidup. Entah sempat atau tidak dia nak rasa duit itu. Kalau dia tiada lagi susah nak selesaikan benda ini," katanya.


Menurutnya, jika sekiranya perlu menggunakan peguam, mereka akan melupakan saja perkara ini.


"Kami bukan orang berada untuk bayar kos peguam. Kami akan anggap sagu hati yang nak diberikan itu hanya kata-kata. Ia macam tak ikhlas nak bagi," katanya.


Sementara itu, Ketua Saluran Astro Ria, Warna & Prima, Norzeha Mohd Salleh ketika dihubungi berkata, pihaknya akan mendapatkan maklumat daripada pasukan AME serta penerbit dan akan memberikan penjelasan dalam masa terdekat ini.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2023 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesimpulannya, Astro memang babi forever and ever.

Banyak kes dah kan meka penaya artis yang kerja under meka.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2023 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
10k je pon urusan kemain macam nak tuntut 1 juta hengget.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2023 09:41 PM | Show all posts
semoga dipermudahkan segala urusan keluarga arwah...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2023 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Binodino at 2-10-2023 09:55 PM

Astro. What do you expect? Nak terminate account pun bukan main susah lagi. Call customer service berjam tunggu sambil layan lagu kak mitch bunga2 cinta berulang kali. Macam takde lagu lain. Dah la sesuka hati terminate channel, lepas tu ganti ikut suka bagi channel tamil. Kau ingat aku paham?
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2023 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga dipermudahkan urusan family pak amid
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2023 10:13 PM | Show all posts
sebabtu iols cakap.. legal department astro ni takleh pakai...
10k pun nak suruh waris hire lawyer...
kalau ada common sense, astro la yg setelkan urusan tu sbb waris semua dah bg kerjasama buat surat semua...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2023 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus tindakan anak arwah keluarkan cerita ini.  10k tak kan asteruk tak de nak kasik famili arwah? Kalau nak kasik duit tu, malam tu pun boleh kasik cheque. Atau lepas event tu boleh hantar cheque tu or online transfer. Dah ada budget untuk hadiah nie, apa hal peram duit tu sampai hari ini?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2023 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun dah meninggal org nya tapi Wang tu korang dh janjikan semasa beliau masih hidup...jgn keji sgt blh x astro management oiii
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2023 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Asterok jawab pelan2 dgn waris.. selagi tak selesai TIDAK Di MAAFKAN.. jawablah merangkaklah korang pelan2.  
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2023 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
orangnya dh xde dh.. mesti asteruk rs dah boleh abaikan gitu ke?? buat malu jek..
perjanjian tetap perjanjian.. esok2 x dpt balasan kt donia.. kt akhirat ko merangkak cri pak hamid ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan segala urusan tuntutan..

Tiada penyesalan langsung aku terminate astro subscription...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Bangsat punya Astenuk. Setakat 10k kau dok tolak sana sini. Janji ular betul.
Baguslah aku dah stop Astenuk ni drpd 2019
Sikit aku tak rindu. Rancangan2 mcm taik
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg selalu iols doakan astro melingkup tapi kesian pulak dekat pekerja2 astro yg tak bersalah tu. Hanat ye astro dah lama terminate pun still call2 suruh ambik pakej mcm2 lagi. Kalau ada prob nak contact punya payah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 01:55 AM | Show all posts
...saya hubungi produksi AME2021 dan diberitahu wang itu ada, namun kami perlu berikan dokumen kematian dan sebagainya.



Oh perangai jahannam apakah ini? Kenapa perlu surat mati? Hadiah diterima masa beliau masih hidup..byk media publish berita kematian arwah, kau buta hati ke Astrok?? Faraid tu lepas terima hadiah tum bukan sebelum...mmg jahannam sgt Astrok ni...boleh cepat la melingkup..

Utk keluarga pak hamid, boleh rujuk pada dato aishah minta nasihat sheol..

Try Tribunal Pengguna juga maybe? Byk bukti..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 01:58 AM | Show all posts
saya hubungi produksi AME2021 dan diberitahu wang itu ada, namun kami perlu berikan dokumen kematian dan sebagainya.


Oh perangai jahannam apakah ini? Kenapa perlu surat mati? Hadiah diterima masa beliau masih hidup..byk media publish berita kematian arwah, buta hati ke Astrok?? Faraid tu lepas terima hadiah baru proceed, pandailah family dia menguruskan..yg kau busybody mengarah itu ini tu da kenapa...cepat la melingkup..

Utk keluarga pak hamid, boleh rujuk pada dato aishah minta nasihat sheol..

Try Tribunal Pengguna juga maybe? Byk bukti online..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2023 02:02 AM | Show all posts
Nizleen86 replied at 3-10-2023 12:54 AM
Mmg selalu iols doakan astro melingkup tapi kesian pulak dekat pekerja2 astro yg tak bersalah tu. Ha ...

Nak kesian pun susah..staff jugak yg mengarah itu ini..iols believe the managerial staff ada kuasa utk sign off surat hadiah...RM10K je pun..but tipikal company scammer...mcm2 alasan utk lari lepas berjanji

Yg penaja2 scammers semua tu sekepala la tu..kalau company yg ada maruah, depa x allow scammers jadi penaja...buat buruk nama company jah


Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 02:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Asberuk mmg loser!!!! Mmg patut ramai yg terminate.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 02:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Benda budget tahun lepas xnak pakai yg tahun ni lah tu. Tahun lepas close tanpa review payent yg spatutnya buat ke....
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 03:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Binodino replied at 2-10-2023 09:53 PM
Astro. What do you expect? Nak terminate account pun bukan main susah lagi. Call customer service be ...

Mmg betul punyalah payah nk terminate acc.. asek bz je line department yg nk terminate acc tu.. last2 I call bahagian customer service pertanyaan akaun suh dia pass call ke department tu.. terus dpt bercakap.. x bz pulak.. hanat tol..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 10:59 AM GMT+8 , Processed in 0.522254 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list