View: 7951|Reply: 59
|
[Tempatan]
'Turun dan lihat sendiri, bukan duduk kat rumah sambil makan beras import', tempelak Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh
[Copy link]
|
|
'Turun dan lihat sendiri, bukan duduk kat rumah sambil makan beras import', tempelak Dr Akmal
https://www.bharian.com.my/berit ... -sambil-makan-beras
Oleh Amir Mamat - September 22, 2023 @ 8:02am
[email protected]
Dr Muhamad Akmal Saleh
MELAKA: Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh kekal mendesak kerajaan supaya mengehadkan jualan beras tempatan hanya kepada rakyat Malaysia.
Ia sekali gus menempelak tuduhan Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) yang mendakwa cadangan berkenaan sebagai tidak masuk akal dan tidak berperikemanusiaan kepada warga asing.
"Tidak berperikemanusiaan, katanya. Lagi tak berperikemanusiaan apabila mengenangkan rakyat Malaysia hanya mampu tengok warga asing membeli beras tempatan yang disubsidi oleh kerajaan.
"Bila beras (tempatan) dah cukup (untuk rakyat Malaysia) dan ada lebihan, berilah (kepada) siapa nak beli. (Sekarang) ini isu beras tempatan (masih) tak cukup lagi," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sehubungan itu, Dr Muhamad Akmal yang juga EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka, meminta Presiden CASSA, Datuk Seri Dr Jacob George supaya turun padang dan melihat sendiri kesulitan rakyat tempatan untuk mendapatkan beras bersubsidi.
"Mohon Datuk (Seri) turun ke bawah dan lihat sendiri, bukan hanya duduk kat rumah sambil makan beras import," katanya.
George dalam kenyataannya hari ini, dilaporkan berkata, gesaan beberapa pemimpin politik supaya pembelian beras tempatan dihadkan hanya kepada rakyat Malaysia dianggap tidak masuk akal kerana langkah sedemikian dikhuatiri boleh mencetuskan huru-hara.
Katanya lagi, cadangan itu bukan sahaja tidak berperikemanusiaan kepada warga asing yang menetap di sini, malah tindakan jangka pendek yang hanya menyusahkan kerajaan.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, baru-baru ini, dilaporkan berkata, kerajaan tidak bercadang melarang penjualan beras putih tempatan kepada warga asing di negara ini.
Terdahulu, Dr Muhamad Akmal yang juga Ketua UMNO Bahagian Jasin dan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal mengutarakan cadangan berkenaan susulan kenaikan harga makanan ruji itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau yang kerja kat kedai, supermarket tu bangsa asing... ada potensi depa dah simpan sesiap bekalan utk depa.
|
|
|
|
|
|
|
|
kedai pun tak dapat bekalan beras tempatan macam mana nak jual?
|
|
|
|
|
|
|
|
Klu menteri asing dtg..nk kna tnya tukang msk ..pakai beras mana dlu ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Dulu Dulu..T20 Dan majoriti M40 mana ada org tgk dan beli sgt beras SST nih...diaorg lebih suka beli beras wangi or siam...or maybe pekedai pekedai yg beli... |
|
|
|
|
|
|
|
I suspect peniaga2, borong beras sebab dgr soksek beras nak naik rega. Kalau depa bagi 10-20 ringgit kat pekedai suruh simpankan pun berapa la sangat kalau depa dapat 10-20 kampit beras sst. Lepas tu jual nasi sepinggan RM2.50 alasan beras naik rega. Siapalah saja nak sorok beras kecuali ada matlamat tertentu.
Yg orang kita pulak selama ni melantak beras import tapi menyalak sana sini, time tu lah dia pula tiba2 nak makan beras tempatan, apa kejadahnya. Bila time lain, dia lah T20 dia lah M40 time macam ni gomen jahat pula.
|
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 22-9-2023 10:31 AM
I suspect peniaga2, borong beras sebab dgr soksek beras nak naik rega. Kalau depa bagi 10-20 ring ...
Kannn..semua nak jadi terpaling..
Zakat fitrah pun ada 3 level ikut jenis beras yg dimakan...
T20 dan majoriti M40 mana ada byar ikut level rm7 tuh...Ada kenalan aii..siap memilih makan nasi..kalau bukan basmati..mmg dia X makan..
Gi kenduri pun..majoriti beriani tuh pakai basmati kan...
|
|
|
|
|
|
|
|
batmana replied at 22-9-2023 10:17 AM
Klu menteri asing dtg..nk kna tnya tukang msk ..pakai beras mana dlu ke?
Menteri asing of course dia hidang basmathi |
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 22-9-2023 10:31 AM
I suspect peniaga2, borong beras sebab dgr soksek beras nak naik rega. Kalau depa bagi 10-20 ring ...
I saspek pun gitu...ada penyorokan...ada akta sorok2 ni kan...tp ntah...la malaysiaku niii |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tengok, Sst and Ssi takder beza pun. Pacakaging jer beza. Maksudnya mudah je, pengilang package beras tempatan sebagai beras import untum jual pada harga dekat dua kali ganda. Orang dah investigate benda ni, tapi tak tau kenapa gomen taknak tingkatkan pengawasan biar benda berleluasa. Diorang suspek, mmg gomen akan naikkan harga kawalan beras tempatan. Tu yg pengilang lama dah minta. |
|
|
|
|
|
|
|
baguslah ada yang bersuara mcm ni. sekarang ni sepatutnya pentingkan rakyat sendiri dulu sbb ada masalah.
tekanan dari pengilang dan pengedar ini boleh dikurangkan dengan kerajaan sendiri buat ladang padi ... bolehlah jual ikut keadaan dan menjadi penimbang kepada harga yang lebih tinggi yang mungkin diminta dari pengilang lain
|
|
|
|
|
|
|
|
'Turun dan liwat sendiri, bukan duduk kat rumah sambil makan beras import', tempelak Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh |
|
|
|
|
|
|
|
kekekek replied at 22-9-2023 11:09 AM
Kalau tengok, Sst and Ssi takder beza pun. Pacakaging jer beza. Maksudnya mudah je, pengilang packa ...
Gomen malaysia mmg mcm ni, tak kira parti mana pun, tak pernah pikir pum pasal rakyat. Itu pasal la isu pati, warga asing mudah dpt ic, brg subsidi, penyeludupan tak prnah berkurang. Makin menjadi² ada lah.
Tka prnh diorg pikir pun pasal rakyat, asal tembolok sendiri penuh udah. |
|
|
|
|
|
|
|
Berhati hati lah wahai ketua pemuda pekembar
Shahril hamdan dan hisham jalil tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman najib dulu tak pernah jadi camni walaupon pernah beberapa kali berlaku krisis ekonomi dunia
Raykat merengek masa tu hanya kerana minyak diapungkan secara terurus kadang2 naik 5 sen kadang2 turun 5 sen
Bila naik 5 sen mula la 20 jenis meme disebarkan oleh penghasut, dan raykat2 merintih sengsara.. bila harga minyak turun 5 sen, dorang senyap, tapi main isu lain contohnya najib bermukah dengan ziana zain, tong simen, ahkak pink etc |
|
|
|
|
|
|
|
mohon presiden umno ambik tindakan terhadap mana mana ahli umno yg mengkritik kerajaan perpaduan |
|
|
|
|
|
|
|
Alahai cakap senangla nak limit penjualan kat msians only
Mekanism nya macamana
Penjual jugak yg kena setup the system and process
Alangkan jualan ron95 pun tak boleh nak kontrol sampai sinkapork pun laughing at our law |
|
|
|
|
|
|
|
honam replied at 22-9-2023 11:57 AM
mohon presiden umno ambik tindakan terhadap mana mana ahli umno yg mengkritik kerajaan perpaduan
Bagus.
And semoga ahli umno yang ditendang tu buat parti baru. Biar wak jahid melingkup dengan penjilat tegar dia |
|
|
|
|
|
|
|
Sebenar sistem dah korup...Nak reset memang susah sebab masing2 ada kepentingan.. |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 22-9-2023 11:41 AM
Gomen malaysia mmg mcm ni, tak kira parti mana pun, tak pernah pikir pum pasal rakyat. Itu pasal ...
Najib je berani hapuskan subsidi perubatan kepada warga asing dulu
Dan melalui GST, cukai dapat diambil dari warga asing nih dan disalurkan semula kepada rakyat malaysia melalui jenama2 1malaysia seperti BR1M, KR1M, klinik 1malaysia etc |
|
|
|
|
|
|
| |
|