View: 17066|Reply: 185
|
Siti Nurhaliza Alami Masalah Peti Suara Berpanjangan, Reda Andai Allah Tarik Kelebihan
[Copy link]
|
|
Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza memaklumkan dirinya berdepan masalah peti suara semasa merakamkan album ke-20 berjudul Sitism.
Mengakui sukar untuk masalah peti suara itu sembuh, Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 44, berkata dia reda sekiranya bakat yang dimiliki itu ditarik sedikit demi sedikit.
"Bila kata akan terus menyanyi, kita tidak tahu sampai bila kita akan terus menyanyi.
"Saya memang reda, sampai satu ketika memang lama sangat nak pulih semula... saya dah reda kalau Allah nak tarik sikit.
"Kalau pada usia saya 40an ini suara saya nak kasar ke, serak ke, saya okay sahaja. Menyanyi ikut kemampuan. Saya memang positif sahaja," katanya kepada mStar.
Siti berkongsi perkara itu semasa ditemui di sidang media pelancaran album Sitism yang berlangsung di The Face Suite Kuala Lumpur pada petang Rabu.
Berkongsi mengenai rakaman album Sitism, Siti berkata pembikinan penuh mengambil masa kira-kira tiga bulan kerana masalah peti suara itu.
Memandangkan masalah kesihatannya itu membimbangkan dan berlarutan lama, dia juga mengambil kesempatan berdoa di depan Kaabah semasa Ramadan lalu bagi mendapat kesembuhan segera.
"Kak Rozie (pengurus) yang nak tentukan saya sihat. Saya berjumpa pakar dan doktor berkali-kali. Nak boleh sihat terus itu pun memang ambil masa juga.
"Bila saya nak sihat anak pula sakit dan saya pula yang terpaksa menjaganya.
"Sebagai penyanyi suara kita adalah aset kita, risau juga sebab banyak komitmen kerja. Saya berserah kepada Allah sahaja.
" ada Ramadan lalu saya berdoa di depan Kaabah agar diberi kesembuhan secepatnya," ujarnya.
Dalam pada itu, Siti berkata dia enggan mengambil pusing kata-kata netizen yang membandingkan suaranya tidak sama seperti sebelum ini.
"Sebelum ini ada juga peminat bercakap-cakap mengenai perubahan suara tersebut tapi itu bukan satu benda yang saya ambil berat. Apa Allah nak beri, Allah beri. Kalau Allah nak tarik dia tarik!
"Kita kena sentiasa bersyukur dan positif sahaja selebihnya saya buat ikut kemampuan. Album ini pun semampunya saya hasilkan," luahnya.
Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi lapan lagu pada 30 Jun lalu dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September.
Lagu dalam album Sitism sehingga kini telah mendapat 1.6 juta strim sejak dilancarkan.
Album ini juga memuatkan 12 lagu yang turut menghimpunkan komposer dan penulis lirik dari dalam dan luar negara.
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
meols dengar lagu2 siti orgasm ni kat spotify pakai airpod / headphone clear jelas betul ye suara sheols rosak siap tak potong lagi part2 serak kering tu.. bukan serak basah ye.. sian ye tokkkitty kena kerja on track jugak di usia2 diva ni, demi kelangsungan hidup biawak tua, biawak gundu, biawak-biawak retis sendu, terpaksa buat live menjual sampai ke awal pagi ye kat tiktok tu.. terjuih2 bibir sheols menjual...nyanyi free... sian ek. |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh rehat lah... Kita yg tengok pun letih dr muda bawa ke hampir tua.
Bolehlah nyanyi suka2 bila nak buat special appearance je. |
|
|
|
|
|
|
|
suara dia makin x sedap.. asal penyanyi industan makin tua suara makin sedap ye |
|
|
|
|
|
|
|
sian gak dia xde berehat sgt..faktor usia mmg la suara akan jd lain juga..entah la xtau nape retis lain suara ada yg masih sama ada yg makin ok ada yg makin x ok |
|
|
|
|
|
|
|
Aku dh lama rasa suara dia dah x sedap.. sejak lagu bukan cinta biasa... sengau |
|
|
|
|
|
|
|
Lohhhhhhh mmg dh x sedap suara die... Pastu tukang buat lagu pon x sedap... Tambah die nyanyi dgn sora garauu... Eh buatla bende lain... |
|
|
|
|
|
|
|
nak kesian pun susah, sebab sendiri yg tak mau berehat2. rehatla tokti, reta byk dah tu. bg piah pulak sambung nyanyi nnt |
|
|
|
|
|
|
|
lagu tok ti dgn dato' awie tu sedap.....ni ada dlm album SITISM kah..?
|
|
|
|
|
|
|
|
ada satu mitos ni, nak maintain suara, jgn beranak.
Lata mangeshkar tu tak kawin2, boleh la maintain suara sedap smp hari ni. urat2 tak putus..haa gitu
|
|
|
|
|
|
|
|
ayukpingu replied at 21-9-2023 11:50 AM
ada satu mitos ni, nak maintain suara, jgn beranak.
Lata mangeshkar tu tak kawin2, boleh la maint ...
Pernah dengar juga ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
tok k dgn anak2 tok K yang besar2 tu x kerja kah..???
x agak2 klu semua tok ti tanggung...kejam jugak tu.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Aritu tgk ct nana pun jumpa doc pakar kat hukm, ada masuk kamera dlm mulut
Pastu bawak balik sebeban ubat
Katanya peti suara problem sbb kena covid berkali2.
|
|
|
|
|
|
|
|
Suara tak sedap
Lagu pun tak best
Fesyen pun hauk |
|
|
|
|
|
|
|
cashhhhhh lah sebab sanggup nyanyi lagu menjaga juburmu |
|
|
|
|
|
|
|
boleh jaga atok lps ni
ok la tu |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg suara dia da lama da tak sedap. Mkin tebal besar. Lari jauh dari suara dulu. Benak2 dia je yg menyanjung lebih2 kononnya msih takde penyanyi yg bleh "down" kn suara tokti. Pleaseeee la. Kalo nk kata faktor usia, liza hanim elok je lg suara dia. Takde pun jd tebal garau. |
|
|
|
|
|
|
|
ayukpingu replied at 21-9-2023 11:50 AM
ada satu mitos ni, nak maintain suara, jgn beranak.
Lata mangeshkar tu tak kawin2, boleh la maint ...
Tp tokti tak beranak normal,
kalau meneran dgn teknik salah leh rosak gak suara tu jd serak
Sbb tu jgn sesuka hati menjerit terlolong meneran sesaja sblm waktunya
Drama tv selalu merepek tunjuk konon teruk sgt beranak nih,pdhal masa duk sakit kontraksi tu mana ada bising2 pun Duk mendesah je la mcm org sakit perut tu.
Bila tiba nak meneran pun takde gak bising.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pernah juga dengar mitos ni
baru tahu lata mangeshkar tak kawin2
tapi penyanyi lelaki tak pernah veranak
bila dah semakin berusia suara pancit jugak uols
ada teori tak pasal pasal ni
|
|
|
|
|
|
|
| |
|