|
|
Zarina Anjoulie memaklumkan bahawa dia tidak mahu terburu-buru memikirkan soal perkahwinan.
“Sudah bertunang balik dan alhamdulillah happy. Saya rasa sekitar bulan lepas. Dua-dua saling memujuk, mengalah, rindu. Kami dua-dua gila disebabkan itu boleh bergaul sangat baik.
 Foto: IG
“Anak dia sayang anak saya, begitu juga anak saya. Kami memang sudah cukup rapat. Malaslah lagi nak cari orang lain.
“Niat itu ada, tapi macam orang cakaplah jodoh itu di tangan Allah. Saya tak tahu. Mungkin akan menjadi, mungkin tidak. Apapun, pertama sekali kami masing-masing kena jadi lebih baik daripada kesilapan lalu,” ujar Anju.
Bukan itu sahaja, Anju juga mengakui dia mengambil pengajaran daripada hal lalu bagi memperbaiki diri dan hubungan.
“Belajar untuk bersabar, tak ulang buat silap yang sama. Selepas itu baru bincang kahwinkah atau macam mana. Yang penting itu nak kukuhkan diri sendiri dulu, kukuhkan hubungan kami.
“Kami nak ambil pendekatan perlahan-lahan. Satu langkah pada satu masa. Mungkin sebelum ini terlalu tergesa-gesa. Tiga bulan terus kemaruk cinta. Muhasabah diri dululah kan,” katanya lagi. -CARI
Sumber: XTRA
|
|