CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 15182|Reply: 20

Murid 8 Tahun Jadi Mangsa Buli, Buta Dicucuk Lidi Bakso

[Copy link]
Post time 17-9-2023 10:19 PM | Show all posts |Read mode
Jakarta: Seorang murid sekolah rendah berusia lapan tahun dari daerah Gresik di Jawa Timur buta akibat dicucuk dengan lidi bebola daging oleh pelajar senior yang membulinya.


Kejadian tersebut dilaporkan menimpa seorang kanak-kanak perempuan di perkampungan Menganti 7 Ogos lalu ketika menyertai pertandingan sempenan sambutan kemerdekaan Indonesia di sekolahnya.


SAMSUL Arif sedih anak perempuannya kini buta gara-gara dibuli pelajar senior bulan lalu.-AGENSI




Bapa mangsa, Samsul Arif, 36, berkata, ketika sedang asyik berlatih di padang sekolah, anak perempuannya yang hanya dikenali sebagai SAH tiba-tiba ditarik seorang pelajar senior menuju ke kawasan lorong berhampiran bilik guru dan memaksanya memberikan wang.


SAH enggan menuruti kehendak pelajar senior itu menyebabkan dia berang dan terus menusuk mata mangsa dengan lidi bakso.


“Saya membawanya ke Hospital Cahaya Giri di Bringkang, Menganti. Kemudian saya dirujuk ke RSMM Jawa Timur, hingga akhirnya saya dirujuk semula ke Hospital Daerah Soetomo.


“Anak saya sudah sebulan tidak ke sekolah. Kalau tengok mata kanannya nampak macam biasa, tapi sebenarnya dia tidak dapat melihat kerana sarafnya sudah rosak akibat tikaman lidi itu.


“Anak saya kini masih trauma dan takut sangat malah sehingga kini masih tidak mahu bercakap banyak,” katanya kepada wartawan Kompas.com.


Samsul berkata, dia dan isterinya sudah cuba meminta pihak sekolah menunjukkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sekolah itu untuk mengetahui pelajar yang menjadikan anak mereka buta namun, pihak sekolah enggan berbuat demikinan.


“Saya dah minta pihak sekolah tunjukkan kamera CCTV tapi tidak dibenarkan. Anak saya tak tahu nama pelajar senior itu dan hanya mengecam wajahnya tetapi dia kan tidak boleh melihat lagi sekarang,” kata Samsul.


Samsul berkata, dia sudah membuat laporan polis dan berharap kes itu akan disiasat segera.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2023 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Eee ya allah teruknya budak2 kat sana level hardcore laa.. cucuk masuk terus dalam mata.. bakal2 jadi pembunuh kalau dibiar. Saya kira berita dari Uganda ternyata....
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2023 07:57 AM | Show all posts
Semoga laknat hidup pembuli tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2023 09:47 AM | Show all posts
kejadian berlaku dlm sekolah,kalau pihak sekolah xnk babitkan pelaku maka pihak sekolah la kena bertgwb,tp keluarga mangsa mungkin bukan org ternama jd xleh buat apa2
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2023 09:48 AM | Show all posts
Atata replied at 17-9-2023 10:21 PM
Eee ya allah teruknya budak2 kat sana level hardcore laa.. cucuk masuk terus dalam mata.. bakal2 jad ...

mentaliti sana lebih teruk,
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2023 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Atata replied at 17-9-2023 10:21 PM
Eee ya allah teruknya budak2 kat sana level hardcore laa.. cucuk masuk terus dalam mata.. bakal2 jad ...

Kat sana memang kuat membuli...diorg gi sekolah sebab just untuk membuli..hasil didikan Sukarno kaki buli di Asia Tenggara zaman dulu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2023 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 18-9-2023 09:55 AM
Kat sana memang kuat membuli...diorg gi sekolah sebab just untuk membuli..hasil didikan Sukarno ka ...

Kurang hajar.. anak2 miskin lah agaknya, mak bapak pun miskin. Zaman sekarang, orang kaya2 yang beradab berbudi bahasa, orang miskin yang kurang hajar jahat dan provokatif. Terbalik ngan orang dulu2
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2023 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
copy_paste replied at 18-9-2023 09:48 AM
mentaliti sana lebih teruk,

Terlampau ramai rakyat kott
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2023 10:22 AM | Show all posts
Dulu ada srg budak ni, satu sekolah dengan anak masa tadika. Cikgu memang cukup pening. Hari2 kerja dia cucuk orang dengan pensil. Anak selalu mengadu dia suka buat dia.
Satu hari tu I terambik lambat sikit dari Tadika. I ternampak dia tarik tangan anak sampai terjatuh. Dah jatuh tu dia tarik lagi kat lantai tu. Dah la anak I kurus je waktu tu.
Apa lagi, I terus tukar tadika la.

Dah naik darjah satu, hantar pg kafa. Tengok2 satu kafa pulak dengan budak perempuan noti tu. Ok..masa tu I husnuzon lagi la. Tapi suatu hari tu, masa nak ambik time petang. Tengok tudung anak penuh darah. Menangis teresak2 dia time tu sambil anak srg akak ni pegang. Rupanya akan tu mak budak noti tu. Dia pegi tolak anak I sampai tersembab ke jalan. Luka dahi. Terpaksa la I pg bawak hospital kena 3 jahitan. Memang keesokan harinya memang I terus stopkan anak dari pg kafa tu. Duduk dengan pengasuh dulu. Lps tu terus pg cari kafa yang lain pulak. Sabar je la bila ingat balik.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2023 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Takpe jadi pembuli. Dah besar boleh la berhijrah ke malaysia. Boleh jual sate, bakso dan ayam penyet.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2023 10:58 AM | Show all posts
Atata replied at 18-9-2023 10:20 AM
Terlampau ramai rakyat kott

ye ramai sgt pun ye,kekayaan negara x serata,kawasan miskin mentaliti x semenggah
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 11:56 AM | Show all posts
Bullying sucks.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
aciksenah replied at 18-9-2023 10:22 AM
Dulu ada srg budak ni, satu sekolah dengan anak masa tadika. Cikgu memang cukup pening. Hari2 kerja  ...

Dahtu apa tindakan u seterusnya?? Takkan senyap je...dah berdarah2 tu, menyirapnya dengar. Melampau ye budak tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 02:20 PM | Show all posts
Aikiko replied at 19-9-2023 01:33 PM
Dahtu apa tindakan u seterusnya?? Takkan senyap je...dah berdarah2 tu, menyirapnya dengar. Melampa ...

Tak ada tindakan apa2 pun..sebab mak budak tu merayu2 minta maaf. I ni jenis lemah sikit kalau orang minta maaf. Mak budak actually tu memang lembut. Cuma anaknya tak tau la dari mana dapat peel mcm tu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 02:39 PM | Show all posts
aciksenah replied at 19-9-2023 02:20 PM
Tak ada tindakan apa2 pun..sebab mak budak tu merayu2 minta maaf. I ni jenis lemah sikit kalau ora ...

Bodohnya. Macam tu je jalan penyelesaian. Lebih baik tak payah cerita. Patutnya buat report polis atau hukum balik tolak mak budak lakanatullah tu balik macam apa yang anak dia buat kat anak awak.
Melayu ni mesti lembek patutlah asyik kena buli dengan bangsa lain.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 02:42 PM | Show all posts
semoga Allah swt menjatuhkan kemurkaan-Nya terhadap pembuli adik ini..Amin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2023 04:30 PM | Show all posts
rykall replied at 19-9-2023 02:39 PM
Bodohnya. Macam tu je jalan penyelesaian. Lebih baik tak payah cerita. Patutnya buat report polis  ...

Darjah 1 kot budak tu..perempuan pulak tu. Ntah la. Nak marah pun tak sampai hati. Mungkin ye la kot orang Melayu ni jenis lembut hati agaknya.  

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
rykall replied at 19-9-2023 02:39 PM
Bodohnya. Macam tu je jalan penyelesaian. Lebih baik tak payah cerita. Patutnya buat report polis  ...

Eh kau ni kenapa.. hahahahah tiber emo ish..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
aciksenah replied at 19-9-2023 02:20 PM
Tak ada tindakan apa2 pun..sebab mak budak tu merayu2 minta maaf. I ni jenis lemah sikit kalau ora ...

hm selalunya kalau mak lembut2 ni lah anak nakal nak mampos time kecik2. Sebab jenis tak pandai nak berkeras ngan anak. Kalau anak sorang ok kalau nak lembut2 gtu tapi kalau anak ramai tak dapat laa.. kena jg hanger kalau nakal. Budak2 ni kadang2 adik beradik rapat2, jadi ada geng kat rumah sama2 nakal. Pastu bawak perangai tu ke sekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2023 02:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Seram betul budak2 ni
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.054428 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list