CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5483|Reply: 26

Tayang Badan Six Pack Dalam ‘Malbatt Misi Bakara’, Ikhram Juhari Bukan Menunjuk

[Copy link]
Post time 16-9-2023 10:19 AM | Show all posts |Read mode
Aksi tayang badan pelakon Ikhram Juhari dalam filem Malbatt Misi Bakara menarik perhatian penonton sehingga ramai mula menyedari kewujudan aktor ini.


Dipuji pandai menjaga badan, Ikhram atau Mohamad Noor Ikhram Juhari, 31, yang digelar sebagai abang takraw dalam filem itu menjelaskan tujuannya berkongsi video tubuh di media sosial bukanlah untuk menunjuk-nunjuk.






Sebaliknya, Ikhram berkata dia mahu memberi kesedaran kepada orang awam bahawa askar juga perlu untuk mempunyai semangat bagi mendapatkan bentuk badan sedemikian.


"Sebelum ini orang ramai hanya mengetahui bahawa bomba sahaja mempunyai six pack.


"Tapi, tujuan saya muat naik video tanpa baju adalah untuk memberitahu orang ramai, askar juga perlu buat badan.


"Mereka juga ditugaskan untuk menjaga negara jadi perlu ada badan sedemikian. Saya sebenarnya nak naikkan nama askar," katanya kepada mStar.


Berkongsi mengenai rutin dilakukan untuk mendapatkan bentuk badan idaman, Ikhram berkata dia membuat latihan fizikal dalam tempoh dua bulan.






"Sebenarnya saya mula main gim pada tahun 2015, tapi untuk diet (bagi filem ini) saya buat paling sekejap. 2 bulan 10 hari sahaja.


"Saya tidak makan karbo, cuma makan ayam rebus dan ambil protein. Selain daripada itu tidak ada apa," ujarnya.


Gara-gara memiliki tubuh idaman, pelakon ini mengakui jumlah pengikutnya di Instagram dan TikTok semakin bertambah.


"Di Instagram, daripada 47,000 sekarang naik dah nak sampai 55,000 pengikut. Di TikKok pula, sebelum ini daripada 38,000 sekarang mencecah hampir 50,000," ujarnya.


Ikhram juga mendedahkan bahawa dia tidak menerima sebarang kiriman mesej berbaur lucah, malahan peminat hanya melontarkan kata-kata positif selain bertanya cara untuk mendapatkan bentuk badan idaman.






"Mereka yang mesej ini bagi kata-kata positif. Mereka hargai dan nampak kesungguhan kita untuk buat kisah berkenaan askar Malaysia.


"Ada juga yang tanya progres buat badan. Berkenaan mesej berbaur lucah, memang tiada setakat ini. Semua benda positif sahaja," katanya.


Sebelum ini, Ikhram mendapat perhatian ramai apabila membuat hantaran gambar dan video berkenaan sixpacknya di akaun media sosial miliknya.


Rata-rata peminat meminta Ikhram untuk berkongsikan tips untuk mendapatkan badan seperti itu.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2023 04:17 PM | Show all posts
askar training course banyak.. bukan semata nak buat badan cantik jeee... and mostly badan askar kita mmg fit2...

tapi tidak utk pulis... majoriti gendut... how nak kejar perompak?
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
hensem mamat ni cerah sungguh dia….
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Bakat tak seberapa dia ni. Iols percaya heols akan jadi the next herol ajerin
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Badan heols sedappp nokk
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku kenal jugak kaki gym ni. Kenapa diorg suka tayang body? Sbb nk dpt body mcm ni susah ye uols. Even kalau cucuk steroid pun tak masuk gym hari2 tak jaga makan mmg tak menjadik. Kire mcm 1 kepuasan gitu pada diorg.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-9-2023 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Ak geli tengok badan dorang berpeluh berminyak berlemuih dalam filem tu. Turn off btl
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 08:48 PM | Show all posts
muka mcm ada iras2 sikit zul esbok

mohon betul2 jaga jangan jadi terlalu esbok sangat..

mcm ni pun dah okkkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2023 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
sleepandream replied at 16-9-2023 04:17 PM
askar training course banyak.. bukan semata nak buat badan cantik jeee... and mostly badan askar kit ...

Pulis xde masa nak training
Byk abis masa bertugas
Tu x jaga badan esp yg keja opis
Askar slalu kat kem mmg ade training je
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 08:54 PM | Show all posts
tak salah pun tunjuk, kami tau bukan senang berkorban nafsu makan untuk dapatkan dan maintain badan macam tu, yang kami marah, dah tau berlipat2 nak juga pakai legging... grrrrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 08:59 PM | Show all posts
haruslah replied at 16-9-2023 08:51 PM
Pulis xde masa nak training
Byk abis masa bertugas
Tu x jaga badan esp yg keja opis

but why pulis2 thailand ke indo ke jumpa jaga trafik ramping2 je sis...
pulis2 kita hmmm susah nak cakap
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
cntik bdn dia

rakyat marhein xyh la over sado esbok
sado fit fit dh ok
xyah lah lebo lebo
geli tgk bdn beso mcm trnasformer

orgmsia gedabak2
yg tlbih sado, yg montel lg gendut
baik pompuan baik laki even ankdara
xjg pmknan dan senam
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Sempga dapat tido dekat doxpacknya sambil dirangkul erat2 oleh irham
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
eh kalau muka herlok badan pun herlok haruslah ditunjuk. moga dapat ku gosok2 n belai badannya itu. semaknya org sebelah tu, tgk muka pun tak lalu nasib dia x bukak baju.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
baru lepas skodeng ig abam. muka abam lebih kurang, muka laki si hidung PZ
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
irvene replied at 16-9-2023 11:03 PM
eh kalau muka herlok badan pun herlok haruslah ditunjuk. moga dapat ku gosok2 n belai badannya itu.  ...

Kan kakak. Dah helok sedap takkan nak sorok kan.. iols teringin nak baring atas perut heols yg kekar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2023 01:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Body mantaps weh, ketinggian pun not bad la utk lelaki Melayu. Aku suka kalau body mcm tu. Tak suka yg buat  badan kt gym tp part atas jdi mcm kotak. Pastu dh la pendek, nmpk mcm Humpty Dumpty pun ada
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2023 02:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi skang dah x nmpk berlakon drama dah.. klu tak micheal Ang selalu amik dia kan
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2023 03:32 PM | Show all posts
Awat tek mcm tek pompuan? ekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2023 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan adik jul esbok ke ni
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:20 PM GMT+8 , Processed in 0.220838 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list