View: 3715|Reply: 20
|
Aisar Khaled Peruntuk RM60,000 Seminggu Untuk Sedekah Kepada Pengikut Bertuah
[Copy link]
|
|
Aisar Khaled menghadiahkan sebuah motosikal Yamaha LC kepada penghantar makanan, Muhammad Shahrul Shah Abu Bakar yang berjalan kaki selepas motosikalnya disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika sekatan.
Dalam tempoh kurang 24 jam, Aisar berjaya menjejaki lelaki dikenali Muhammad Shahrul yang menetap di Sepang, Selangor dan membawanya ke kedai motosikal berhampiran bagi memberi kejutan.
Kata Aisar, dia dihujani mesej peribadi dan komen di media sosial yang memintanya untuk membantu lelaki berkenaan.
Foto: IG
"Kelmarin saya baru saja pulang dari menghadiahkan 10 buah motosikal dan kereta kepada pengikut saya di media sosial. Saya memang peruntukkan RM60,000 seminggu untuk pengikut bertuah.
"Kemudian semalam saya menerima mesej dan komen daripada pengikut yang minta saya membantu penghantar makanan ini. Tanpa fikir panjang saya terus dapatkan nombor telefon dan berjumpa Muhammad Shahrul di Sepang, petang semalam.
"Saya belikan dia sebuah motosikal selain sumbangan duit untuk dia meneruskan kehidupan. Melihat reaksinya yang terkejut dan menangis apabila dihadiahkan motosikal cukup menyentuh hati saya.
"Sebenarnya ramai yang menghubunginya untuk membantu, tapi dia menolak kerana sudah menerima bantuan daripada saya. Kalau ikutkan dia tidak mahu kisahnya tular kerana enggan membebankan sesiapa," katanya kepada Harian Metro.
Menurut Aisar, niat baik yang dilakukan bukan untuk membuktikan dirinya insan berhati mulia atau kuat bersedekah, sebaliknya dia pernah berniat untuk membantu individu dalam kesusahan apabila dia mempunyai pendapatan kukuh.
"Sebenarnya setiap hari saya menerima ribuan mesej yang minta bantuan. Saya ini bukanlah badan bukan kerajaan (NGO) atau bank, saya hanya mampu beri apa yang saya ada.
"Saya beri bantuan kepada sesiapa saja yang saya terdetik nak beri, tapi tidaklah mampu berikan kepada semua orang. Saya beri motosikal dan kereta pada setiap Sabtu dan Ahad pun sebab ramai pengikut yang memerlukannya.
"Wang yang saya peruntukkan ini adalah hasil daripada perniagaan di TikTok. Dulu saya pernah berniat jika sampai satu tahap saya nak hulur bantuan kepada seberapa banyak yang mungkin.
"Saya dah buat kerja (amal) ini sudah lama, tapi saya tidak kongsikan. Dulu jumlahnya pun tidak sebanyak sekarang. Alhamdulillah Tuhan beri saya rezeki untuk saya kongsi kepada orang yang memerlukan," katanya. -CARI
Sumber:Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah. banyak duit hamba allah ni. |
|
|
|
|
|
|
|
marla69 replied at 14-9-2023 06:51 PM
Alhamdulillah. banyak duit hamba allah ni.
Cmn byknya duitt.. |
|
|
|
|
|
|
|
Forex
Gigih nak tunjuk terpaling bersedekah tapi sumber |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa dia ni?....anak sapa?..artis ke cane?.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak kenal. Tp nak tahu. Cemana boleh jd kaya sgt. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni muka comel jgk tp jgn bukak mulut.hilang terus kecomelan yg sikit itew.
Sebelum ni dia forex trader kan yg katanya beli rumah juta2 pakai cash hujung2 kantoi sewa jah.lepastu mcm dh brenti main forex.jd pelakon la apa mcmtu.now join forex lg ke?ke ada sumber lain?sbb xsilap dia prnah bgtau keluarga dia org biasa.kiranya dia cerita dia ni naik sendiri dr bawah.
Utk sedekah je seminggu 60k.sebulan dah 240k utk sedekah shj.utk diri sendiri mesti lebihhhh dr tu..cepat betul dia kaya |
|
|
|
|
|
|
|
Sebulan hampir suku juta ringgit dia tabur gitu je. Niaga apa ni? |
|
|
|
|
|
|
|
washing machine ker..wonder duit terlebih lebih ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sembahan ahli2 FB dia ni. Pantang ko komen tak elok sikit pasal dia, siap ko kena tembak bertalu-talu. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa dibelakang dia ada someone yg laburkan duit.. Kalau betul kaya naper pi Sarawak kelmarin naik flight economy class jer.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebelum ni yg kantoi kata dah beli rumah rupanya rumah sewa tu dia jugak kan? |
|
|
|
|
|
|
|
road tax insurance semua tolong byrkan sekali x |
|
|
|
|
|
|
|
Cuci cuci cuci |
|
|
|
|
|
|
|
Mendobi amalan mulia....???? |
|
|
|
|
|
|
|
Badan dap muka boleh tahan.. tapi tu la perangai dia.. tapi.. kalau dia hulur iols sambut je |
|
|
|
|
|
|
|
Orang melayu mudah kena tipu hidup-hidup. |
|
|
|
|
|
|
|
Whorayusss..? Aiols bukan nak hati hitam tau tapi iols memang buruk sangka sikit bilaa orang yang kaya n keluar duit mudah2 macam tu. Sedangkan kerjaa nyaa xtau buat apa. If kata diaa bisnesman pon xkan laa sampai sekaya itu. Haa gitchuu |
|
|
|
|
|
|
| |
|