CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8253|Reply: 98

Wanita Meraung Wang Simpanan Tabung Haji Dan ASB RM473,225 Lesap Angkara Phone Scam

[Copy link]
Post time 12-9-2023 01:47 PM | Show all posts |Read mode
IPOH –Seorang wanita berputih mata apabila wang simpanan Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera (ASB)  berjumlah RM473,225 lesap selepas menjadi mangsa penipuan panggilan telefon atau phone scam.


Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, wanita berusia 55 tahun itu pada mulanya dihubungi pada 25 Januari lalu oleh seorang individu tidak dikenali yang memperkenalkan diri sebagai pegawai syarikat insurans.


Katanya, dalam perbualan telefon itu, individu terbabit telah bertanya kepada mangsa sama ada telah menerima wang tuntutan insurans sebanyak RM78,000.


Gambar Hiasan




“Wanita itu kemudiannya dihubungi seorang lelaki mendakwa pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada 31 Januari lalu yang meminta mangsa membuat laporan polis berkaitan wang tuntutan insurans yang tidak wujud.


“Panggilan telefon juga disambungkan kepada seorang lelaki yang mendakwa sebagai peguam dan memaklumkan mangsa terlibat dalam kes penggubahan wang haram,” katanya di sini hari ini.


Menurut beliau, pada 3 Februari lalu, mangsa telah menerima panggilan telefon daripada dua ‘pegawai polis’ yang mengajar cara-cara membuat pindahan wang.


Katanya, atas arahan suspek, mangsa telah membuat pengeluaran wang Tabung Haji dan ASB berjumlah RM458,000 dan dimasukkan ke dalam akaun banknya sendiri.


“Selain itu, mangsa juga telah membuat lima transaksi berjumlah RM35,000 ke dalam tiga akaun bank milik individu lain kononnya untuk membayar kompaun atas kesalahan jenayahnya.


“Mangsa hanya menyedari ditipu selepas menerima notis pemakluman daripada bank pada Ogos lalu bahawa terdapat 17 transaksi berjumlah RM438,225 daripada akaun bank wanita itu ke beberapa akaun bank tidak dikenali antara 9 Februari hingga 28 Mac lalu,” katanya.


Tambah beliau, jumlah kerugian dialami mangsa sebanyak RM473,225 dan dia yang berasal dari Bercham itu membuat laporan polis berkaitan penipuan itu semalam.


“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2023 02:06 PM | Show all posts
kesiannya
banyak pulak tuu
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 02:09 PM | Show all posts
adduhhhh seramnyaaa...

kadang2 kerana nervous, tak boleh fikir dengan baik..
so ikut jer... adddooiii... mudah2an dijauhkan ler dari perkara2 tak baik....
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku paling tunggu scammer call...seronok maki kaw2...

Kesian sungguh kat perempuan ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by aechae at 12-9-2023 02:17 PM

Scammer konon2 dr takaful/insurans ni my bro pnah dpt call.. mmg sbiji2 dia sebut nama mak iols n no ic n bgtau ada dpt duit hasil claim dgn etiqa bln 3 lps bla bla bla…nsib adik iols x bodoh lh sbb my mom mmg xda takaful so nk claim mcm mna n my bro pn ex-etiqa tau lh mcm mna SOP klu ye pn ada claim etc…
Buat report polis lps tu sbb ada pihak lain tau no.IC my mom je..ntah ada tindakan lnjut ke x tau lh
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Tukarla sapa pun jadi menteri, masalah scammer ni macam langsung tak disentuh...kalau ada pun tak serius nampak gayanya...
Apa yg susah bebenor nak jahanamkan sindiket ni???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-9-2023 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Habis duit kerja lelah selama ni… semoga yg buat kerja terkutuk ni semua mati dlm keadaan terseksa. Bkn sng nak kumpul duit zaman skrg ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah banyak kes macamni...macam mana scammer ni tahu mangsa2 ni banyak duit dalam bank?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2023 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena berenti mengutuk mangsa kot...sbb pada aku scammer level2 gini bukan calang2
Tembak je obat dia...takyah tangkap
Hantar black ops...itu je yg aku nampak
Kesian mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 02:39 PM | Show all posts
Pesan kpd semua, jika ada terima call drp yg tak dikenal, biarkan saja. Jgn jawab. Memang cara skammer, ketakutan atau dikaitkan bersalah disisi undang2 adalah langkah pertama menjebak mangsa. Pertama2 akan dikatakan terjebak dgn pengubahan wang haram. Yg menghubungi mangsa juga bukan seorang, panggilan berpindah2 dari seorang kpd seorang yg lain, menokok tambah cerita konon mangsa terlibat dgn kesalahan undang.
Panik, panik adalah situasi yg akan membuat mangsa gelabah dn tak dpt berfikir waras.
Akhirnya terjebak.
Yg herannya, apakah tidak ada cara untuk membendung penipuan begini?
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Please la, sekali sekala mmg teringin nak tgk org2 mcm ni kena berkas. Balik2 mangsa je yg buat report. Yg scammer tu, x pernah dapat detect utk kena tangkap..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Please la, sekali sekala mmg teringin nak tgk org2 mcm ni kena berkas. Balik2 mangsa je yg buat report. Yg scammer tu, x pernah dapat detect utk kena tangkap..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Waaah duit TH ngan ASB pun scammers dah mampo sedut?
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
aechae replied at 12-9-2023 06:16 AM
Scammer konon2 dr takaful/insurans ni my bro pnah dpt call.. mmg sbiji2 dia sebut nama mak iols n no ...

Mak aiol lak kena scammer Telekom. Punya la berbuih mulut aiols yakinkan dia tu scammer, baru dia nak percaya. Memang dapat nombor IC segala. Celaka punya networking dahsyat scammer ni.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu yg aku heran.. kenapa poliss tak boleh detect scammer ni semua. FYI.. Mleysia poliss nii dia org ada hacker unit dia sniri tauu.. @ dia org memang dapat detect tapi keep it secret..maybe jugak laa
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Org politik pon satu hall..tak ada sorang pon yg sentuh isu scammer.. heran betol Mèsia nii  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2023 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Bnyknya duit. Kerja apa Ms muda dulu tu yg smpi bnyk sgt duit ni.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
selani replied at 12-9-2023 02:35 PM
Dah banyak kes macamni...macam mana scammer ni tahu mangsa2 ni banyak duit dalam bank?

ofc la dr staf bank jugak yg jual data customer..
subahat la ada komisen kot
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 03:27 PM | Show all posts
jiwasemangat replied at 12-9-2023 02:56 PM
Itu yg aku heran.. kenapa poliss tak boleh detect scammer ni semua. FYI.. Mleysia poliss nii dia org ...

tertanya juga, tak kan unit risikan kita ni tak boleh detect calling dari mana, buat serbuan ke apa ke
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 03:32 PM | Show all posts
no tak kenal jgn jawab acik
atau pun bila rasa lain mcm tanya no ic ke terus letak je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:11 PM GMT+8 , Processed in 0.058814 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list