CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 4126|Reply: 7

Issey Kongsi Detik Cemas Anak Hampir Dirempuh Kereta Mengundur, Harap Orang Ramai Tak Buat Spekulasi

[Copy link]
Post time 7-9-2023 03:10 PM | Show all posts |Read mode
Penyampai radio, Issey Fazlisham berkongsi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan detik cemas apabila isteri dan anaknya hampir dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Puncak Alam, baru-baru ini.


Menerusi muat naik di Instagram itu,  video tersebut menunjukkan detik sebelum sebuah kereta merempuh sebuah premis kedai dan lebih mengejutkan, isteri dan dua anak serta anak saudaranya berada dalam bangunan tersebut untuk membeli barangan keperluan haiwan.






"Ketika ini, isteri saya, anak buah, Umaira dan Iyyen berada di dalam kedai.


"Aimi sedang memilih barang kucing, anak lelaki saya paling hampir dengan kejadian," tulisnya.


Issey meluahkan rasa syukur kerana kejadian tersebut tidak menimpa keluarganya namun bersimpati dengan mangsa yang terlibat.


"Alhamdulillah, Allah lindung kami sekeluarga. Kecederaan berlaku pada mangsa di luar. Katanya terus dirawat di hospital dan kecederaan ringan.


"Alhamdulillah semuanya selamat. Saya bersimpati dengan apa yang terjadi. Ketika ini saya tiada di tempat kejadian.


"Bagi pihak saya dan keluarga, kami syukur tidak ada apa yang berlaku. Saya doakan untuk masa akan datang agar semuanya terhindar dari kemalangan seperti ini lagi," katanya.


  



Dalam pada itu, Issey turut berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenai insiden tersebut kerana pihak yang terlibat sudah meminta maaf.


"Tujuan saya kongsikan video ini agar kita semua lebih berhati-hati. Saya berharap kita semua tidak membuat apa-apa spekulasi kepada pemandu dan mangsa.


"ihak keluarga pemandu pun ada menghubungi saya untuk minta maaf. Saya doakan semuanya dipermudahkan. Katanya, semuanya sudah selesai dengan bantuan pihak polis. Hati-hati yan semua. Jaga diri," katanya.


Terdahulu, Selasa lalu sebuah rakaman video memaparkan sebuah kereta mengundur laju dan merempuh premis kedai menyebabkan seorang kanak-kanank cedera ringan.




Sumber: Xtra, IG Issey
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2023 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Ic anak dia ke
Alhamdulillah semoga xde kecederaan yg memudaratkan...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2023 03:20 PM | Show all posts
budak baju pink tu trcampak masuk dalam kedai ke?? i thought dia terperosok masuk bawah kereta.. nauzubillah
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2023 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah terkejut tgk, kenapa keta tu tiba2 ngundur gitu?
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2023 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Brader tu masuk gear reverse tapi die perasan mcm dh masuk gear drive kot..nmpk die mcm nk gerak bile jalan depan tu clear..sekali gerak kebelakang plak..selamat adik tu xde apa2
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 07:42 AM | Show all posts
nasib ada guni pasir byk2 tu.. dpt halang kete tu dari masuk kedalam lagi.. alhamdulillah adik tu cedera ringan je.. tp tgk dr kamera luar mcm teruk.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2023 07:50 AM | Show all posts
semoga semuanya baik2 sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 08:08 AM | Show all posts
bambimo replied at 7-9-2023 03:15 PM
Ic anak dia ke
Alhamdulillah semoga xde kecederaan yg memudaratkan...

Bukan rasenye
Diorang just ada di tempat kejadian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 06:33 PM GMT+8 , Processed in 1.582158 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list