View: 13114|Reply: 70
|
Saintis cipta hujan lebat di gurun
[Copy link]
|
|
DUBAI - Sekumpulan saintis berjaya menghasilkan kira-kira 50 hujan lebat di rantau Al-Ain, Abu Dhabi pada tahun lalu dengan menggunakan teknologi ion, lapor sebuah akhbar semalam.
Para saintis tersebut dilantik oleh Presiden Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan untuk melaksanakan projek rahsia itu.
Kebanyakan hujan lebat itu berlaku semasa kemuncak musim panas iaitu pada bulan Julai dan Ogos.
Semasa hujan itu turun pada tahun lalu, penduduk bingung dengan kehadiran hujan lebat tersebut yang kadangkala diikuti dengan ribut petir.
Para saintis ini menggunakan pengion gergasi berbentuk seperti terendak lampu yang dipasang pada batang-batang besi untuk menjana medan partikel bercaj negatif yang dipanggil elektron.
Keadaan ini menggalakkan pembentukan awan dan diharap dapat menghasilkan hujan.
Dalam satu video rahsia, pengasas syarikat Switzerland yang bertanggungjawab ke atas projek tersebut, Metro Systems International mengakui usaha itu akhirnya membuahkan kejayaan.
"Kami berjaya menghasilkan hujan," kata pengasas Metro Systems International, Helmut Fluhrer.
Pada bulan Jun lalu, Metro Systems telah membina lima tapak pengionan yang setiap satu mengandungi 20 pemancar.
Pemancar itu mampu menghantar bertrilion-trilion ion yang membentuk awan ke atmosfera.
Menurut akhbar Sunday Times, sistem itu dipercayai berjaya menghasilkan hujan buat pertama kalinya.
Projek untuk mencipta hujan itu dipercayai melibatkan kos £7 juta (RM33.21 juta). - Agensi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
adakah ini melanggar hukum tuhan? |
|
|
|
|
|
|
|
عن ابي هريرة قال قال رسول الله صلّى الله عليه وسلّم لا تقوم السّاعة حتّى أرض العرب مروجا وانهارا
Ertinya : Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Bersabda Rasulullah saw : "Tidak akan terjadi kiamat sehinggalah tanah arab yang tandus itu menjadi lembah yang subur dan dialiri sungai-sungai (Hadis riwayat Imam Muslim)
|
|
|
|
|
|
|
|
lepas ni bole lah selangor beli teknologi ni.... tiada lah amsalah tak cukup air seperti diwar-warkan syabas.... |
|
|
|
|
|
|
|
ingat gurun, kedah.... |
|
|
|
|
|
|
|
usaha,,,,tapi end up..akan ada kesan sampingan lah kan.... |
|
|
|
|
|
|
|
lepas nih bole la tanam rumput buat padang golf byk2 lagik |
|
|
|
|
|
|
|
antagenaiz Post at 4-1-2011 10:47
arab akan jadi kaya raya sehingga dapat menyedekahkan semula kekayaannya....Tanda-tanda besar tu |
|
|
|
|
|
|
|
tuhan dah bagi manusia akal......selagi tak melanggar larangan tuhan..gunakanlah untuk kebaikan sesama manusia |
|
|
|
|
|
|
|
DUBAI - Sekumpulan saintis berjaya menghasilkan kira-kira 50 hujan lebat di rantau Al-Ain, Abu D ...
antagenaiz Post at 4-1-2011 10:30
kos nya 7j pound sahaja, i wonder jikalau project ini di laksanalan oleh kerajaan malaysia, pasti kos nya 10 kali ganda untuk memberi percent di sana sini. |
|
|
|
|
|
|
|
bukan kah baru2 ni ada gurun yg diliputi salji... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 12# Changa
cukai je dh brape klu masuk malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
usaha,,,,tapi end up..akan ada kesan sampingan lah kan....
mehmet Post at 4-1-2011 10:49
kesan sampingan camne ek... maybe gurun2 ni mmg sepatutnya kering... bersebab... mcm kutub utara makin panas... mencair... impak kat alam seluruhnya... gitu la kot... uhuk.... |
|
|
|
|
|
|
|
mmg dh akhir zaman pon...
soo nak stop all those saintis hype sbb nak stop akhir zaman? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Changa at 4-1-2011 11:00
bukan kah baru2 ni ada gurun yg diliputi salji...
jAck666 Post at 4-1-2011 10:52
ia kah?seingat saya hanya pernah turun nya salju di UAE a few years ago di mana tidak silap saya tidak lah first time ianya berlaku di dalam history.
http://www.arabianbusiness.com/watch-video-of-uae-s-once-in-lifetime-snow-fall-80886.html
A blanket of snow has covered a mountain in a part of the UAE, a rare phenomenon for the desert Gulf country, according to local media reports. Al Jees mountain, 5,700 feet (1,737 metres) above sea level and 25 kilometres (15 miles) northeast of Ras Al Khaimah city, was covered in 20 centimetres (eight inches) of snow, the state news agency WAM said. "Although limited snowfall was recorded on the mountain some years back, for the first time the peak of the mountain was fully covered in snow," it said. Local authorities said temperatures plunged to minus 3 degrees Celsius (26.6 Fahrenheit) on Friday and again to below zero on Saturday, The National newspaper reported.
Major Said al-Yamahi of Ras al-Khaimah police told the newspaper that an area of five square kilometres (almost two square miles) was covered in snow. The emirates of Abu Dhabi and Dubai also had heavy rains on Friday and Saturday, in a spell of rare chilly weather in a desert state where summer temperatures can reach 50 Celcius (122 Fahrenheit). |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 15# dino
bila ais kat kutub cair ada impact kat peningkatan paras air laut...
xmustahil klu gurun nih ada hujan akan ada kesan sampingan ln plak... |
|
|
|
|
|
|
|
mmg dh akhir zaman pon...
soo nak stop all those saintis hype sbb nak stop akhir zaman?
True-X Post at 4-1-2011 10:55
mungkin mereka merasakan kiamat boleh di postpone atau di hapuskan jika menghalang tanda2 kiamat itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 5# antagenaiz
Tanah Arab dah start hujan lebat + petir lagi tu. Takutnyer. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|