CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3009|Reply: 23

"Memang Setiap Tahun Beli Iphone Ke? Tak Gila Ka?" -Hak Masing-Masing, Hutang Tanggung Sendiri

[Copy link]
Post time 29-8-2023 03:23 PM | Show all posts |Read mode
Ada segelintir pihak yang kurang senang dengan golongan yang sentiasa ‘up to date’, sering membeli telefon model terbaharu.


“Memang setiap tahun beli iPhone baharu? Tak gila ke?” tulis seorang netizen di ruangan komen.


Menerusi satu ciapan di laman X (dulu Twitter), tangkap layar komen tersebut dimuat naik bagi mengupas isu ini yang sering mencetuskan perdebatan hangat.




Gambar Hiasan




Menurutnya, pembelian telefon dipengaruhi minat masing-masing asalkan ia tidak membebankan pemiliknya dengan berhutang atau membuat pinjaman.


“Minat orang unik, setiap orang berbeza. Asalkan tidak berhutang, bergolok-bergadai, tak salah pun. Takkan saya kena ikut minat anda bukan?


“Jika anda meminati kereta, adakah saya perlu meminati kereta?” ujarnya menerusi ciapan di Twitter @XavierNaxa.


Selain minat, jelasnya, pembelian telefon turut dipengaruhi oleh minda golongan ‘baik beli’ memujuk diri untuk memiliki model baharu.








“Ada yang mempertikaikan keputusan orang membeli iPhone. Katanya lebih baik melancong, mengapa paksa orang meminati perkara yang bukan dalam minatnya.


“Saya akui minat perlu berpada-pada selagi mereka atau saya mampu. Mengapa perlu pertikai? Ada kawan beli ‘sport rim’ sampai RM8,000. Adakah saya perlu mempertikai minatnya?


“Adakah saya perlu katakan ‘baik beli iPhone’? Sudah tentu tidak, bukan? Maka hargai minat orang. Setiap orang punya minat masing-masing.


“Orang kaya guna telefon sampai rosak sebab bukan minat mereka. Mereka juga mungkin suka kumpul kereta, barang mewah dan lain-lain. Tapi orang lain sebaliknya” jelasnya lagi.


Di ruangan komen, rata-ratanya tidak bersetuju dengan tindakan mempertikaikan seseorang itu membeli telefon pintar setiap tahun.


“Kenapa kena sibuk hal orang? Biarlah orang nak buat apa yang dia suka. Semua orang ada citarasa, minat dan hobi sendiri. Jangan kacau hidup orang.


"Hak masing-masing. Paling penting ukur baju di badan sendiri... keperluan dan kehendak. Fikir-fikirkanlah,” antara komen netizen.


Terdahulu, mStar melaporkan segelintir individu sanggup berhutang demi mengejar gaya hidup yang diimpikan.


Menerusi satu perkongsian di Twitter, terdapat seorang pembeli yang membuat pinjaman sehingga RM4,099 semata-mata untuk mendapatkan iPhone 11, 128GB.


Bagaimanapun, dia merungut kerana terpaksa membayar ansuran sebanyak RM165 selama 36 bulan. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2023 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Lps tu kje pinjam duit org xreti byar. Pundey prgai.. [em:29:]
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2023 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul la tu,hak masing2,asalkn jangan nanti ko ada masalah kewangan ko cari aq nk pinjam duit sudah
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2023 09:03 PM | Show all posts
Baru beli satu itupun sebab promo back to school, so bayar tax aje, iPhone free
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2023 09:09 PM | Show all posts
beli pon installment. yang penting.. masa angkat phone nak selfie.. orang nampak phone ada 3 mata. itu lah kepuasan yang dirasai pabila memiliki iphone terkini
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2023 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu je bende yang boleh dia banggakan

Takde benda lain pada dirinya yang elok.. muka huduh, otak bodoh, pakai moto ex5 cabok, kerja peon, rumah menumpang dengan makpak, totey tecit..

Atleast ada iphone14 untuk pikat awek
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2023 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
apalancut replied at 29-8-2023 09:09 AM
beli pon installment. yang penting.. masa angkat phone nak selfie.. orang nampak phone ada 3 mata. i ...

Haha ye, 3 mata tu yg penting, kena tunjuk kat orang.


Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2023 10:19 PM | Show all posts
Kangkung1M replied at 29-8-2023 09:16 AM
Haha ye, 3 mata tu yg penting, kena tunjuk kat orang.

Hahhahha buat tetiba jatuh dari poket , mau melaung agaknya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2023 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
faraway1 replied at 29-8-2023 10:19 AM
Hahhahha buat tetiba jatuh dari poket , mau melaung agaknya

Iphone tu takkan jatuh dari poket sebab...video tu dirakam untuk konten POV semata.

Si pelaku seorang content creator.

  

  
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2023 09:51 AM | Show all posts
tak sabar nak tunggu 15 pro next month ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2023 10:00 AM | Show all posts
Xiaomi 11T
Dah dua tahun pakai.
Hahahaha, beli phone atas kemampuan sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2023 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Ikutkan tanak beli pun baru tp ko taulah iphone ni tiap tahun dia ada upgrade itu ini update ios bagai tau2 tepon ko takleh nak guna sbb hanya tuk yg latest je so apa choice yg ada kena la beli baru.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2023 10:05 AM | Show all posts
Beli setiap 10 tahun sekali pun jadi la..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2023 12:01 PM | Show all posts
setelah 5 tahun usia iphone i, dan masih berkeadaan elok, iols putuskan utk beli iphone yg akan keluar next month ni. untuk keje juga kan gitu iols cover
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2023 12:07 PM | Show all posts
biarlah diorg...duit diorg...lain lah kalu guna duit kita...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2023 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
lantak la depa ada bajet utk gadget tetiap tahun so beli je la.
org lain sedia bajet utk travel tour world every year smpai habis globe pusing.
ada yg sedia bajet kereta 5thn sekali tukar baru
ada yg sedia bajet umah meletop2
ada yg sejenis all out...semua kene outstanding yg ni kalau stakat t20 paras hidung blh mampuihhh awal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2023 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Gaya hidup zaman now

Ipong terkini
Honda civic  satu
Alpard/ vellperi satu
Parking dlm poket atau laman
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2023 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
aku minat game, sampai sekarang dok riki2 ps5, last beli ps2 dulu, tapi fikirkan anak2, xpelah aku simpan jelah keinginan tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2023 01:57 PM | Show all posts
topik recycle oleh wartawan
tahun depan boleh recycle lagi topik sama
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2023 02:31 PM | Show all posts
Aku rasa aku nasib baik sbb kerja kat malaysia.
Kalau aku kerja kat Uk skrg ni dgn gaji aku dlm GBP, aku pun akan beli iphone setiap 2 tahun dan tukar kereta setiap 4 tahun.
Realitynya aku dudk kat malaysia gaji dlm RM aku pakai talipon android dr China 6x byr beli kat shopee. Pakai prepaid. Kereta 2nd hand. Loan 7 tahun. Ha Ha Ha
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.073493 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list