CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5371|Reply: 51

Abe Kelantan Masuk Thailand Cari Stok Petai Murah-Murah, Bawa Balik Malaysia Boleh Untung RM60,000!

[Copy link]
Post time 21-8-2023 06:44 PM | Show all posts |Read mode
“Jual petai untung RM60,000," kata seorang pengguna TikTok.


Lelaki dikenali sebagai Mohd Zaini Zawawi itu berkata dia mendapat keuntungan sehingga RM60 bagi setiap pek berisi dua kilogram petai.


Perkongsiannya itu ternyata mengejutkan warga maya kerana tidak menyangka makanan yang dijadikan ulam itu mampu memberi pulangan lumayan.








Malah dia turut berkongsi cara untuk mendapatkan keuntungan sebanyak itu hanya dengan menjual petai.


“Ni saya share rahsia, sekarang memang harga (petai) jatuh... murah. Ada orang jual RM50 hingga RM60 tapi saya jual RM30 sahaja.


“Bila masanya saya boleh untung sehingga RM60? Apabila stok petai terputus, satu Malaysia tidak ada petai tapi saya ada,” ujarnya menerusi akaun Restoran Kak Sal Kelate.





Menerusi perkongsian video itu juga, dia mengakui menyimpan stok dalam kuantiti yang banyak.


Jelasnya jualan akan mencecah RM60 sekilogram apabila harga petai melambung naik sehingga RM100 per kilogram.


“Kalau simpan 100 kilogram dah RM6,000. Kalau satu tan dah RM60,000.


“Memang senang dapat duit tetapi kita perlukan modal dan kena pandai jual. Alhamdulillah, saya ada permintaan daripada restoran dan pengusaha yang buat sambal hijau serta sambal tempoyak,” katanya lagi.


Tambahnya, dia akan membuat banyak stok untuk sambal petai dan tempoyak.


“Sekarang orang tak cari (tempoyak) tapi tunggu durian habis, dia keluar dengan harga yang berbaloi-baloi.


“Alhamdulillah buat masa sekarang saya ada lima buah freezer untuk simpan stok,” ujarnya.


Mohd Zaini Zawawi berkata, kesemua petai tersebut dibelinya di Betong, Thailand.


Menurutnya, harga yang dibeli hanyalah sekitar belasan ringgit sahaja terutama sekali semasa terdapat lambakan stok seperti sekarang.


“Saya beli yang dah siap kupas kulit... selalunya beli 300 kilogram setiap kali masuk ke Thailand.


“Lagipun sekarang harga tengah murah, jadi saya beli banyak dan simpan buat stok,” ujarnya yang kemudian menjual semula kesemua stok tersebut.


Bijak ‘bermain harga’, peniaga berusia 40 tahun ini mengakui petai tempatan tidak mempunyai stok yang banyak seperti di Thailand.


Malahan kebanyakan yang dijual di pasaran pada masa ini diperoleh dari negara jiran tersebut.


Dia yang sudah berniaga petai selama lima tahun turut menyatakan stok yang disimpan kekal segar kerana tidak direndam di dalam air.


“Petai yang sudah dikopek lebih segar dan tak mudah rosak kalau dibiar sehingga tiga atau empat hari... jangan rendam dalam air.


“Kalau nak simpan lebih lama, terus masukkan ke dalam peti sejuk beku,” ujarnya yang berasal dari Jeli, Kelantan dan kini menetap di Permatang Pauh di Pulau Pinang.


Menyusuri ruangan komen, kebanyakan pelayar TikTok menyatakan hasrat untuk membeli petai yang dijual kerana dikatakan lebih murah berbanding pasaran.


Pun begitu, tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman berniaga sepertinya.


“Betul bos. Sekarang petai murah sebab banyak... masa mula-mula hari tu saya pun jual sepapan RM1.50, dapat untung berganda.


“Itu kiraan kasar saja, kena kira juga kos elektrik untuk simpan freezer.


“Saya pun tengah simpan stok petai jeruk, dah ada 200 kilogram. Masa petai putus stok, permintaan tinggi,” ujar beberapa warga maya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2023 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Besarnya petai kau!

GMO ka?

Tapi Telen memang murah2 bapak ah banding Malaysia. Jeles.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2023 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jazaa100 at 21-8-2023 06:49 PM

Skrg ni ikan bilis pun byk dari telend....

Murah byk dari bilis langkawi, pangkor atau sabah ...
Quality lebih kurang je ....elok pun, ikan bilis pangkor sekilo rm60, Ikan bilis telend sekilo rm18 je ....

Tak rangup?....sama je rangup nya....dah masak sambal, kau nk rangup mcmana lg ....yg penting sambal kau tu sedap, cili bebetul masak
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2023 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Tuhari aii p kelas tiktokshop diorang cakap skg ni baju2 cantik tak payah p Borong china dah..borong dari thailand jaa yuu..kain,design & jahitan lg cantik dari jahit pukal cina sana. Transportation pun murah ja..siap hantaq depan rumah kot.ada trip. Banyak jerung phirana dah tak borong china sbb pakai forwarding agent rega boleh tahan jugak skg ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2023 07:59 PM | Show all posts
lain kali jgn lah viral - rugi nanti cina pun tiru
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2023 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
TOPwind: lain kali jgn lah viral - rugi ...
itu la.. semua bnd nk bgtau org.. ????
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2023 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
untung 60k tak la selalu maknanya kan? sesekali bila stok petai msia terputus. btw, bagus pandai cari peluang meniaga.
restoran kak sal kelate ni mcm kat permatang pauh je ke nama resto sama???
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2023 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
tak takut lembaga cari ke


lembaga hasil dalam negeri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2023 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuba chek betul ke petai ori atau sintetik

Mcm buah gajus yg berlambak2 stok kat thailand dgn padang besar tu tak caya aku tu ori buah. Pernah tgk kat utube gajus cottage industri buat dari tepung. Sbb tu size sepesen smuanya
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2023 09:05 PM | Show all posts
kaka xmakan petai. sbb bila kentut jiran sebelah pengsan
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2023 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
..tunjukkan laa resit lhdn bang non, setakat cakap sappaa pon boleyy..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2023 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Semalam jiran hantar petai 5 papan .katanya petik sendiri kat umah mak dia.. mmg lain macam ranguup Dan kurang bau dari yang selalu makan.petai vs kerdas/genuak kuat lagi bau genuak
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2023 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
glump replied at 21-8-2023 09:55 PM
Semalam jiran hantar petai 5 papan .katanya petik sendiri kat umah mak dia.. mmg lain macam ranguup  ...

Petai yg betul sedap tumbuh liar dalam hutan.Mcm yg dijual orang asli kat jln nak naik Cameron tu..petai kpg yg ditanam kurang umpp...bau tak sama dgn petai hutan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2023 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramainya org makan petai dan tempoyak
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2023 08:02 AM | Show all posts
ptt la besar mata petai yg jual..rupanya dr thailand
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2023 08:07 AM | Show all posts
bakpo abe duk negeri isley klate SSJKP tapi loni dok di negeri komunis penang?

kalu duk di klate xley wak niago kow guano?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2023 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
jfq replied at 21-8-2023 08:35 PM
Cuba chek betul ke petai ori atau sintetik

Mcm buah gajus yg berlambak2 stok kat thailand dgn padan ...

Thailand ni susah nak caye...lebih kurang China je.

Ko percaya ke Petai boleh fresh camtu letak kat luar?
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2023 02:19 PM | Show all posts
glump replied at 21-8-2023 09:55 PM
Semalam jiran hantar petai 5 papan .katanya petik sendiri kat umah mak dia.. mmg lain macam ranguup  ...

arwah m. zain aka labu pnh sebut buah genuak
gugel2 pnh la nmpk org jual di pasar
x pnh makan

jering pnh mkn tp x leh masuk

petai, makan gitu2 je
but only on weekend
xnk tandas opis berbau sungguhpun org x tau
but x best rasa biar org x selesa sbb kita sndri pun x suka org lain buatkan kita rs x selesa
know what i mean

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2023 05:31 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 22-8-2023 02:19 PM
arwah m. zain aka labu pnh sebut buah genuak
gugel2 pnh la nmpk org jual di pasar
x pnh makan

Alah kau makan weekend pun, kencing hari Isnin pun still berbau lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2023 05:36 PM | Show all posts
ally9970 replied at 22-8-2023 05:31 PM
Alah kau makan weekend pun, kencing hari Isnin pun still berbau lagi..

mana de lah


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
‘Tiada lagi suami Melayu terakhir’, Fattah Amin dan Fazura Sah Cerai Talak Satu
CARI-HBZ‘Tiada lagi suami Melayu terakhir’, Fa
Views : 106071 Replies : 4838
Kebanjiran warga China beli rumah di Malaysia memberi kesan negatif yang dirasai rakyat tempatan - Dr Muhammad Najib Razali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
YgBenarKebanjiran warga China beli rumah di Mal
Views : 31583 Replies : 8
Sila Pilih Jawapan.....
telracsSila Pilih Jawapan.....
Views : 6977 Replies : 12
Muslim marry 4...
BoomibulatMuslim marry 4...
Views : 9773 Replies : 80
PEKERJA AUNTIE ANNE’S CIUM DOH DIBERHENTIKAN, PREMIS DI MID VALLEY DITUTUP SEMENTARA
YgBenarPEKERJA AUNTIE ANNE’S CIUM DOH DIBERHEN
Views : 41961 Replies : 84
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 33213 Replies : 77
Ibu sanggup kayuh basikal dalam gelap untuk jemput ambulans buat netizen kagum
YgBenarIbu sanggup kayuh basikal dalam gelap un
Views : 8457 Replies : 4
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 104502 Replies : 5759
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 105348 Replies : 1660
Tips nak jadi jutawan dalam masa satu tahun. Semoga bermanfaat
YgBenarTips nak jadi jutawan dalam masa satu ta
Views : 33239 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 02:26 PM GMT+8 , Processed in 0.077702 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list