CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9507|Reply: 131

2 Timbalan Pendakwa Raya, 15 Polis Ditahan Di Pusat Hiburan

[Copy link]
Post time 19-8-2023 06:25 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Seorang pegawai kanan dan 14 anggota polis ditahan bersama dua timbalan pendakwa raya ketika disyaki sedang berhibur di sebuah pusat hiburan di Jalan Dato Sheikh Ahmad di Seremban, awal pagi tadi.


Mereka ditahan dalam serbuan dilakukan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman kira-kira jam 2.30 pagi.






Berdasarkan laporan polis yang tular di media sosial, hanya seorang daripada yang ditahan disahkan negatif hasil ujian air kencing dijalankan, manakala selebihnya berada di bawah pengaruh dadah termasuk dua timbalan pendakwa raya terbabit.


Semua pegawai dan 14 anggota yang ditahan itu bertugas di pelbagai jabatan termasuk Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Nilai dan Tampin, selain Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Seremban serta Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri.


Sementara dua timbalan pendakwa raya ditahan itu masing-masing bertugas di Shah Alam dan Negeri Sembilan.


Berdasarkan laporan JIPS, semua yang disahkan mereka positif berada di bawah pengaruh dadah jenis Ketamin, Amphetamin dan Methamphetamine.


Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.


Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, mengesahkan serbuan dilakukan JIPS Bukit Aman dengan kerjasama IPK negeri di pusat hiburan terbabit awal pagi tadi.


Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran terperinci dengan alasan ini siasatan awal masih dijalankan.




Sumber: BH Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2023 06:59 PM | Show all posts
keh keh keh

arahan siapakah ini yang membuatkan bukit aman begitu berani menahan boss sendiri?
semua ornag tahu, kalau polis jumpa TPR akan tabik hormat...
but hari ni mereka tahan boss mereka di kelab malam yag di jaga oleh 15 polis lain?
perang sudah bermula dalam AG's office nampaknya....

keh keh keh
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2023 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Aler polis pun bkn semuanya bersih. Kalo semua polis bersih x kan wujud pusat Judi haram Dan pusat pelacuran ni. Kdng tmpt2 mcm gini 100 meter dgn balai polis jer
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2023 07:10 PM | Show all posts
Kita nantikan apa kesudahannya nanti
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2023 07:20 PM | Show all posts
otai_g replied at 19-8-2023 07:02 PM
Aler polis pun bkn semuanya bersih. Kalo semua polis bersih x kan wujud pusat Judi haram Dan pusat p ...

keh keh keh

ni bukan kes polis lagi ni...
ni melibatkan TPR...the bosses...
who dares to touch them? even ketua polis negara pun tiada akan begitu berani cari gaduh dengan AG's Office maaa...
wa nampak it is a setup...permainan dalaman politik ofis...
adakah AG's sekarang dalam proses mau bersara?
jika ya, it will explain why....

keh keh keh
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2023 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes panas nieee....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-8-2023 07:43 PM | Show all posts
wau wau wau...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2023 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Eii keje gomen pun nk g kelab malam. Jijik sgt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2023 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Pegi night club x salah, walaupun penjawat awam, kerana mereka manusia biasa. Yang jadi salah sbb amik bahan terlarang.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2023 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Buatlah kelab malam di balai polis macam kat kajang aritu
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2023 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 19-8-2023 08:22 PM
otai_g replied at 19-8-2023 07:02 PM
Aler polis pun bkn semuanya bersih. Kalo semua polis bersih x kan wujud pusat Judi haram Dan pusat p ...


kt pusat hiburan dh 'dpt'...try pulo 'SERGAH' pusat judi & kongkek spa...mana la tau....tuah ayam jumpa kt kfc..kot bertuah..boleh..'jumpa disana...di sana'.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2023 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Positif pulak najis mereka dgn najis dadah
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2023 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Dovahkiin replied at 19-8-2023 08:12 PM
Pegi night club x salah, walaupun penjawat awam, kerana mereka manusia biasa. Yang jadi salah sbb am ...

baru nak tnya staf gomen blh tak berliburan ke kelab malam.
bab dadah tu mmg kalau terbukti terus buang kerja kan?
dulu ada kes tech iols kene serbu dok makan dadah+ada stok agak byk mmg terus digantung then jatuh pertuduhan terus jadi bekas pekerja.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2023 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Bakalan rosak otak sorang je negatif.

Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2023 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 19-8-2023 08:17 PM
Buatlah kelab malam di balai polis macam kat kajang aritu

Mcm vibe caprut rempit je. Tak mcm kelab malam jejai kalis covid pkp.

Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2023 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
keh keh keh

ramai x faham.ni...
ni bulan staff gomen biasa biasa maa...
bulan ksu bukan ksn..
ksu masih biasa lagi..ksn pun masih biasa lagi..
tapi ini tpr...
polis tahan dan tangkap..bawa kes tu pada tpr..
setiap negeri cuma ada seorang sahaja tpr..
satu malaysia ada seorang pendakwaraya...
so..kalau di negeri sembilan...ada seorang sahaja tpr maa...
kes di negeri sembilan..nak kasi putus dakwa atau tidak ditentukan oleh tpr negerii sembilan...dia adalah boss di negeri itu...ketua polis negeri pun di bawah dia..
so...kalau positif dadah...polis mahu bawa kes ke mana? pejabat penakwaraya...tpr mana nak dakwa kawan mereka sendiri?  tpr berhak memetuskan sendiri untuk dakwa atau tidak seseorang itu..
so...this is nightmare to polis la...cari pasal dengan boss sendiri...
kecuali di arahkan oleh tpr lain..yang di kenali lebih berkuasa di antara tpr...
mereka ada belas orang saja maa satu malaysia ni..
lu rasa mereka ta berkawan antara satu sama lain kah?

keh keh keh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2023 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2023 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kita tunggu kesudahan insiden ini semoga yang baik2 sahaja yang berlaku
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2023 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh ada nama kat tele ES
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2023 10:04 PM | Show all posts
Ah_Kwan replied at 19-8-2023 09:09 PM
keh keh keh

ramai x faham.ni...

kat mana nak tengok carta organisasi tpr ni? baru tahu 1 negeri ada 1 tpr je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.053262 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list