CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28352|Reply: 252

[Jenayah] Video pengkid menangis terisak-isak #231 Pendedahan teman ibu mangsa #215 [VIDEO] Budak 7 tahun mangsa dera ibu & pengkid, cucuh api rokok & seterika panas

[Copy link]
Post time 12-8-2023 06:25 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Friska at 16-8-2023 01:55 PM


Tangkap layar kejadian seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun disyaki menjadi mangsa dera seorang lelaki dan wanita di kawasan perumahan Bandar Layangkasa, Pasir Gudang, Johor baru-baru ini.

[VIDEO] Jiran serbu rumah, 'bongkar' budak 7 tahun jadi mangsa dera penjaga dengan kesan cucuhan api rokok atau seterika panas
Sabtu, 12 Ogos 2023
4:31 PM MYT

SEORANG kanak-kanak berusia tujuh tahun disyaki menjadi mangsa dera seorang lelaki dan wanita dipercayai penjaga kepada budak malang tersebut.

Kejadian itu dibongkar penduduk sekitar yang berada di kawasan perumahan Bandar Layangkasa, Pasir Gudang, Johor baru-baru ini.

Insiden itu turut dirakamkan oleh penduduk setempat yang merakam situasi semasa dengan budak itu berada dalam keadaan ketakutan dan menangis teresak-esak.

"Mana anak kau? Bawa keluar anak kau sekarang. Kau buat apa dengan anak kau ni?

"Astaghfirullahalazim... Kau ada otak ke tak ada otak? Ini kes dera bodoh," kata salah seorang jiran.

  

Bagaimanapun, lelaki dan wanita berkenaan juga dilihat menangis teresak-esak apabila jiran-jiran mula menyelak bahagian belakang baju budak lelaki itu untuk melihat bukti penderaan.

Lebih mendatangkan kemarahan penduduk, mereka mendapati belakang badan kanak-kanak tersebut mengalami luka yang teruk dipercayai akibat didera.

Daripada kesan luka itu ada kemungkinan budak malang itu didera dengan kesan cucuhan api rokok atau seterika panas.

Situasi itu mendatangkan kemarahan jiran sekeliling yang difahamkan segera bertindak melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.

Namun begitu, setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan media yang dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut.

  



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-8-2023 08:22 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2023 11:30 PM | Show all posts
Pengkid warganegara Singapura, yang berjilbab ibu anak yang didera







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2023 11:35 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2023 11:06 AM | Show all posts
Edited by Friska at 13-8-2023 11:07 AM


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2023 11:12 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-8-2023 11:51 AM | Show all posts
JKM Johor Bahru kesan waris kanak-kanak tujuh tahun mangsa dera
Bernama
Ogos 13, 2023 11:38 MYT

JOHOR BAHRU: Pihak Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Johor Bahru sedang mengesan waris yang layak dan sesuai bagi memberi perlindungan sementara atau tetap kepada kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang dipercayai didera ibu dan rakannya di Pasir Gudang, Jumaat lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor Khairin-Nisa Ismail @ Md On berkata pihaknya sedang mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara itu bagi tujuan penilaian bagi memastikan waris tersebut layak menjaga kanak-kanak berkenaan.

Beliau berkata kanak-kanak itu kini menjalani rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) selepas dibawa ke hospital itu, Jumaat.

"Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah menahan ibu kandung dan rakan kepada ibu kandung untuk tujuan siasatan pihak PDRM.

"Saya difahamkan bahawa kanak-kanak tersebut baru setahun bersama ibunya setelah berpindah daripada datuk dan neneknya di Pokok Sena, Kedah dan difahamkan ibu dan bapa mangsa telah bercerai," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa merupakan anak bongsu daripada dua beradik dan kakaknya berusia sembilan tahun masih tinggal di Pokok Sena bersama datuk dan neneknya.

Khairin-Nisa turut mengucapkan terima kasih serta tahniah kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor, Pasukan Pelindung Kanak-Kanak dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang bekerjasama dan pantas bertindak bagi menyelamatkan kanak-kanak tersebut.

"Terima kasih juga kepada orang awam dan komuniti setempat yang peka dengan keadaan sekeliling dan terus melaporkan ke talian kecemasan.

"Saya menyeru masyarakat untuk terus prihatin dan peka dengan sekeliling bagi menghindari kes penderaan kanak-kanak daripada berulang dengan melaporkan kes penderaan ke Balai Polis, Pejabat Kebajikan Masyarakat yang terdekat serta ketua-ketua masyarakat dan komuniti," katanya.

Selain itu, talian hotline iaitu "Talian Kasih 15999" yang beroperasi 24 jam sehari juga disediakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi memudahkan orang awam melaporkan kejadian penderaan, katanya.

Semalam, Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata ibu mangsa berusia 27 tahun dan rakan perempuannya warga asing berusia 30 tahun ditahan kerana disyaki mendera mangsa di sebuah rumah di Bandar Layang Kasa, Pasir Gudang.

Kamarul Zaman berkata ibu kanak-kanak itu direman enam hari manakala rakannya direman tujuh hari bagi membantu sisatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sebelum ini, tular beberapa rakaman video dan gambar menunjukkan orang awam menyerbu sebuah rumah, dipercayai bagi menyelamatkan kanak-kanak yang disyaki didera oleh ibu kandung dan seorang rakannya.

-- BERNAMA

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Binodino replied at 12-8-2023 09:12 PM
Bagus jiran2 macam ni. Tapi macam mana dorang tau budak tu kena dera? Maap ler iols tak kuat nak ten ...

katenye setiap mlm dgr sore bdk meraung berjam2. tak tahan so jenjiran pakat serbu rumah tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-8-2023 02:57 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 04:35 PM | Show all posts
Rasa2 nya aku kenal pengkid ni. If I'm not wrong, pernah satu kerja same department tahun lepas. She got fired after bringing the gf to our workplace which security is very tight due to covid recovery centre. Tak silap aku awin namanya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 05:51 PM | Show all posts

Mcm mana nak explain eh. Dia ni spesis mulut takda insuran, suka maki2 orang. Sampai supervisor pun dia maki. So far tak pernah nampak dia gaduh depan mata, tapi ada ler beberapa insiden dia gaduh dgn orang. Yang sampai sekarang aku tak paham, dia pernah citer masa tengah tea break, dia cakap dia pernah tanya satu ustaz kalau dia mati jenazah boleh dimandikan/ kafankan sebagai seorang lelaki? Sebab dia dah ambil male hormones, tu yg dah tumbuh misai, bulu kat betis. Tukar jantina I don't think so, sebab dia hutang keliling pinggang juga.Entahlah ustaz mana yg dia tanya, ada ker katanya boleh diurus kan sebagai jenazah lelaki. Nau'zu billah
Aku dari zaman remaja memang banyak hang around budak pengkid ni. In general in my point of view, 90% perangai tak elok ( not saying I'm better than them) Especially bab ibadah, these pengkid dress like men, sengaja garau kan suara, cara jalan pun nak nampak macho tapi bila bulan ramadan, tanya kau tak posa ker? Uzur ! Takkan sampai sebulan

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2023 08:25 PM | Show all posts

Wan Noor Badri Wan Yahya, 38 (kiri) dan Firdaus Abu Hassan, 30, menunjukkan rumah lokasi kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang disyaki didera ibu serta kenalan di Bandar Layangkasa di sini. FOTO IZZ LAILY HUSSEIN

Tomboy dakwa mahu mengajar kerana mangsa degil - Jiran
Ogos 13, 2023 @ 3:59pm

Pasir Gudang: Keprihatinan jiran di Bandar Layangkasa di sini, membongkar penderitaan seorang kanak-kanak lelaki yang disyaki menjadi mangsa dera ibu kandung dan kenalannya, seorang wanita berperwatakan lelaki.

Seorang jiran, Wan Noor Badri Wan Yahya, 38, berkata mereka pada asalnya berbincang hanya untuk mendapatkan jawapan apa yang sebenarnya berlaku selepas kira-kira sebulan mendengar kanak-kanak itu sering menangis kerana dimarahi hampir setiap hari.

Bagaimanapun, mereka tidak menyangka selepas melihat keadaan kanak-kanak berusia tujuh tahun itu yang penuh dengan kesan kecederaan dan menyifatkan kes itu sebagai kes dera sebaik menyerbu rumah kanak-kanak itu pada kira-kira jam 12 tengah malam semalam.

"Sejak kanak-kanak itu bersama ibunya dan kenalan yang kami sangkakan 'suami' wanita itu berpindah menyewa di rumah berkenaan April lalu, kanak-kanak itu selalu ditinggalkan berseorangan di rumah ketika dua wanita itu pergi kerja yang difahamkan di Singapura.

"Kanak-kanak itu dilihat hanya dibenarkan bermain dalam kawasan pagar rumahnya, sehinggalah pada akhir Jun lalu, kanak-kanak itu terlepas bermain sehingga ke luar kawasan perumahan.

"Sejak itu, kami sering mendengar kanak-kanak itu dimarahi, dipukul dan dimaki hamun. Namun, sejak dua minggu lalu, keadaan semakin teruk kerana kadang-kadang anak itu menangis sehingga tidak bersuara dan ada yang pernah nampak dia dipukul menggunakan rotan," katanya ketika ditemui di rumahnya yang terletak di hadapan lokasi kejadian di sini, hari ini.

Wan Noor Badri yang sudah tinggal di kawasan itu selama tujuh tahun berkata, keluarga berkenaan tidak banyak bercampur dengan jiran di taman perumahan itu.

Ketika menyerbu rumah itu, Wan Noor Badri berkata, 'tomboy' terbabit masih lagi berlagak seperti dirinya seorang lelaki dan memaklumkan dia memarahi kanak-kanak dikenali sebagai Iman itu kerana itu caranya mengajar anak.

"Namun tomboy itu warga asing itu meminta maaf dan memberitahu dia memarahi Iman kerana kanak-kanak itu degil," katanya.

Bapa dua anak itu berkata, jiran di kawasan perumahan itu sememangnya rapat dan mereka yang bersatu dalam Persatuan Penduduk Bandar Layangkasa aktif menerusi aplikasi sembang WhatsApp untuk sentiasa mengambil maklum perihal kejiranan kawasan berkenaan.

"Kami di kawasan ini memang rapat dan selalu bincang pasal keadaan kejiranan kerana mahu kawasan ini selamat dan harmoni.

"Selama ini kami tidak pernah berdepan sebarang masalah seperti ini," katanya.

Pada masa sama, seorang lagi jiran, Firdaus Abu Hassan, 30, berkata mereka sebagai jiran bersyukur apabila berjaya menyelamatkan kanak-kanak berkenaan daripada terus menjadi mangsa dera.

"Kalau lihat keadaan mangsa, penuh kecederaan di seluruh badan termasuk kaki dan tangan. Bayangkan kalau kita sebagai jiran tidak bertindak awal kami akan terkilan," katanya.

Semalam, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki disyaki menjadi mangsa dera kepada dua wanita yang mana seorang daripadanya dipercayai ibu kandungnya.

Kejadian menimpa kanak-kanak itu terbongkar selepas jiran di kawasan perumahan berkenaan menyerbu rumah diduduki dua beranak itu.

Ibu kanak-kanak berkenaan adalah ibu tunggal, manakala kenalannya adalah wanita yang berperwatakan seperti lelaki (tomboy).

Video menunjukkan insiden orang awam menyerbu rumah berkenaan bagi menyelamatkan mangsa tular di media sosial yang turut memaparkan kecederaan agak teruk di bahagian belakang badan kanak-kanak berkenaan.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat dilaporkan berkata, ibu kepada kanak-kanak itu yang berusia 27 tahun ditahan reman selama enam hari bermula semalam, manakala kenalannya berusia 30 tahun yang juga seorang warga asing direman selama tujuh hari bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2023 09:21 PM | Show all posts


Tangisan, raungan “Iman” kerap didengar sejak dua minggu lepas – Jiran
By Bernama - 13 August 2023

PASIR GUDANG – Beberapa jiran kepada kanak-kanak lelaki tujuh tahun yang disyaki menjadi mangsa dera di Bandar Layang Kasa, di sini, mendakwa lebih kerap mendengar tangisan dan raungan “Iman” dipercayai akibat dimarah dan dipukul, sejak dua minggu kebelakangan ini.

Seorang jiran, Wan Noor Badri Wan Yahya, 38, berkata jiran sekeliling mula mendengar kedua wanita tersebut memarahi kanak-kanak yang dipanggil Iman itu pada 30 Jun lalu selepas mangsa dipercayai “terlepas” keluar bermain di luar kawasan rumah yang didiami mangsa.

Dia yang tinggal berhadapan rumah mangsa berkata selepas kejadian itu, mereka kerap terdengar suara jeritan dan tangisan mangsa dipercayai akibat dipukul, sejak ibu mangsa dan rakannya menyewa di situ sejak April tahun ini.

Menurutnya, pergaulan Iman dengan kanak-kanak lain termasuk anaknya juga agak terbatas dengan kanak-kanak berkenaan hanya bermain di dalam kawasan rumahnya dan sering ditinggalkan berseorangan di rumah ketika dua wanita itu dipercayai pergi bekerja di Singapura.
“Pada awalnya, kami semua menganggap perkara biasa anak dimarahi ibu bapa namun apabila semakin kerap mendengar Iman meraung terlalu kuat  hampir saban hari sehingga boleh dengar dari rumah kami, kami rasa kami perlu bertindak sehingga persatuan jiran di sini bersepakat untuk melakukan sesuatu.

“Saya yang duduk di depan rumah mangsa memang kerap dengar suara mangsa dimarahi dan dipukul oleh wanita yang berperwatakan seperti lelaki itu yang pada awalnya saya sangkakan suami kepada ibu mangsa,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Susulan daripada itu, dia berkata persatuan penduduk mengambil tindakan untuk bersemuka dengan “pasangan” tersebut.

Seorang lagi jiran, Firdaus B. Abu Hassan, 30, berkata ketika penduduk menyerbu rumah tersebut, kedua-dua mereka telah menafikan melakukan penderaan ke atas mangsa, turut meninggikan suara serta menegaskan tindakan mereka adalah untuk mendidik anak tersebut.

“Bagaimanapun setelah ditanya dan disoal ramai jiran, yang mendapati  banyak kesan lebam, calar dan seolah-olah melecur pada anggota badan mangsa, seorang daripada mereka terus meminta maaf.

“Kami tidak bertindak melulu dan telah menghubungi pihak polis kerana kami mengesyaki Iman menjadi mangsa dera. Kami tidak sangka perkara ini boleh terjadi di kawasan kami tetapi kami bersyukur Iman dapat diselamatkan,” katanya.

Semalam, Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata ibu mangsa berusia 27 tahun dan rakan perempuannya, warga asing berusia 30 tahun ditahan kerana disyaki mendera kanak-kanak itu.

Sebelum ini, tular beberapa rakaman video dan gambar menunjukkan orang awam menyerbu sebuah rumah, dipercayai bagi menyelamatkan kanak-kanak yang disyaki didera oleh ibu kandung dan seorang rakannya.

— BERNAMA

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 04:10 AM | Show all posts
angio replied at 13-8-2023 04:35 PM
Rasa2 nya aku kenal pengkid ni. If I'm not wrong, pernah satu kerja same department tahun lepas. She ...

https://www.facebook.com/erwiin.putra.5 ni kan awin pengkid tu?

https://www.facebook.com/nurul.asyiqinzahir ni mak budak tu

layangkasa ni tak jauh juga dari desaru (via SDE).. ada budak ofis aku beli rumah situ.. ulang-alik gi keje naik motor lalu SDE
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2023 07:28 AM | Show all posts
Edited by Friska at 14-8-2023 11:01 AM

Wah terima kasih Kakak





Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 08:30 AM | Show all posts
Looking at the tattoos kat leher dia, confirm its her. Minah ni ler yg dia seludup bawak masuk kat tempat kita orang kerja. Time tu kita sumer kena pakai PPE sebab kita jaga red zone area. Dah beberapa kali dia bawak masuk gf siap suruh pakai PPE. You should know better that outsiders are strictly not allowed. Kesudahannya, someone report the matter to management, she was fired immediately. Padan muka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2023 08:38 AM | Show all posts
BoongaKertas replied at 14-8-2023 08:34 AM
nmpk mcm lelaki betul eh minah ni kalau pakai mask? siap mcm ada bulu dada. ngeri yach!

Datang kerja slalu pakai bermuda, saja nak tayang bulu kaki kat betis kot, lebat mcm betis jantan .. ewww

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 09:23 AM | Show all posts
raxief replied at 14-8-2023 08:58 AM
sg malays & their tattoos... hmmm... makin parah.. kat desaru coast ni bersepah aku tengok, mak be ...

I'm Singaporean. Tengah menggangur time tu my fren call and offer the job at Covid recovery centre. Kerja senang jer, sent meals to those patients yg kena kurantin. Tapi kena pakai PPE sebab red zone area. Tak tahu plak kat situ banyak pulak pengkid. Klau dah pakai PPE macam mana lah aku nak kenal mana jantan mana betina. Aku syif pagi. Si awin pengkid ni syif petang. Klau jumpa pun bila team petang take over. Tak de lah aku rapat sangat dgn dia cuma aku pelik apalah si gf dia pandang kat spesis pengkid ni. Bagi aku banyak haram jer dari halal. Cari ler lelaki sejati or stay single

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2023 10:37 AM | Show all posts
belilies replied at 15-8-2023 09:57 AM
@admin6 kenapa tajuk posting dalam bahasa indonesia dibenarkan dalam forum cari?




Bapa kandung datang dari Kedah, sedia jaga anak didera bekas isteri... Mangsa makin sihat, nampak gembira
14 Ogos 2023

KANAK-KANAK lelaki berusia tujuh tahun yang didakwa didera ibunya dan rakan di Bandar Layangkasa, Pasir Gudang, akan ditempatkan dalam jagaan saudara maranya sebaik pulih.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor Khairin Nisa Ismail berkata laporan perubatan menunjukkan kecederaan pada badan kanak-kanak itu dilakukan menggunakan rotan.

“Saya melawat kanak-kanak itu di Hospital Sultan Ismail di sini pada Ahad (13 Ogos) dan dia dalam keadaan baik.

“Kanak-kanak itu kelihatan sangat gembira dan (akan diletakkan) di bawah jagaan bapa, bapa saudara dan datuknya yang berusia 27 tahun, yang berasal dari Kedah.

“Dia bagaimanapun hanya akan diserahkan kepada waris sehingga sembuh dan dibenarkan pulang,” katanya ketika dihubungi The Star pada Isnin (14 Ogos).

Kerajaan negeri turut menyerahkan beberapa sumbangan kepada keluarga berkenaan dan meraikan hari lahir kanak-kanak itu semasa lawatan itu, tambahnya.

Terdahulu, Ketua Polis Johor Komisaris Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata dua rotan dirampas dari rumah yang didakwa digunakan untuk melakukan kesalahan itu.

Suspek, ibu kanak-kanak itu berusia 27 tahun dan rakannya, seorang wanita warga asing berusia 30 tahun, ditahan sekitar jam 12.30 pagi Sabtu (12 Ogos).

Beliau berkata ibu itu kini ditahan reman selama enam hari sehingga Khamis (17 Ogos) dan rakannya, sehingga Jumaat (18 Ogos).

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana penderaan kanak-kanak.

Dilaporkan sebelum ini tangisan kanak-kanak itu telah membimbangkan sekumpulan jiran, yang memutuskan untuk bertindak dengan mengunjungi rumah itu dan meminta berjumpa dengan kanak-kanak itu.

Apabila ibu dan rakannya memberi alasan mengapa mereka tidak dapat melihat budak itu, jiran-jiran menghubungi polis.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2023 11:24 AM | Show all posts
Edited by Friska at 15-8-2023 11:48 AM


Bapa Mangsa Dera Dakwa Anak Dilarikan Bekas Isteri, Rupanya Dah Setahun Cari
Oleh Arini Saleh Pada 14/08/2023

Di TikTok, tular video memaparkan perkembangan terkini kanak-kanak lelaki 7 tahun yang disyaki didera ibu kandung dan rakan pengkid.

Perkongsian video memaparkan keadaannya di hospital itu dimuat naik oleh bapa kandungnya. Difahamkan, mereka sudah bertemu mata dan kanak-kanak itu dilihat ceria.


Menerusi ruangan komen, si bapa ada menjawab pertanyaan netizen mengenai lokasinya ketika anak didera.

Dakwa bapa, bekas isteri telah melarikan anak dan mereka terputus hubungan sejak September 2022. Selama setahun dia mencari anak dan mendapat khabar rupanya anak didera.




Jelas bapa lagi, dia tak pernah memukul anak dan berharap Allah SWT memberinya kekuatan. Dia berjanji akan menjaga anak dengan baik dan berusaha semampunya.

Apa yang papa buat untuk anak-anak papa tu antara papa dengan Allah. Janji papa sayang anak-anak papa. Anak-anak papa dunia akhirat papa..#iloveyoumyson


Terdahulu, Bernama melaporkan jiran kerap mendengar Iman menangis kena marah dan pukul sejak dua minggu kebelakangan ini.

30 Jun lalu, jiran-jiran sekeliling mendengar ibu kandung dan rakan pengkidnya memarahi Iman kerana Iman ‘terlepas’ bermain di luar kawasan rumah.

Iman juga dikatakan sering ditinggalkan seorang diri ketika ibu dan rakan pengkid bekerja di Singapura. Sejak tinggal di taman perumahan itu pada April lalu, Iman hanya dibenarkan bermain di dalam kawasan rumah.
Iman sudah punya ibu baru

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2023 08:07 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2023 01:53 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2023 06:27 PM | Show all posts
Edited by Friska at 15-8-2023 11:38 AM






Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg baju belang kelabu tu lelaki ke? Mcm pengkid jer.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2023 07:05 PM | Show all posts



Ibu, 'tomboy' ditahan dera budak 7 tahun
Ogos 12, 2023 @ 6:53pm

Johor Bahru: Seorang kanak-kanak lelaki disyaki menjadi mangsa dera kepada dua wanita yang mana seorang daripadanya dipercayai ibu kandungnya.

Kejadian menimpa kanak-kanak berusia tujuh tahun itu akhirnya terbongkar selepas jiran di kawasan perumahan dipercayai di sekitar Bandar Layangkasa dekat Pasir Gudang di sini, menyerbu rumah diduduki dua beranak itu.

Difahamkan, ibu kanak-kanak berkenaan adalah ibu tunggal berusia 27 tahun, manakala seorang lagi wanita adalah rakannya yang berperwatakan seperti lelaki (tomboy) berusia 30 tahun.

Terdahulu, video menunjukkan insiden orang awam menyerbu rumah berkenaan bagi menyelamatkan mangsa tular di media sosial.

Dalam video berkenaan, turut memaparkan kecederaan teruk di bahagian belakang badan kanak-kanak berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan dibuat orang awam pada malam semalam.

"Tangkapan sudah dilakukan pada ibu kandung dan teman perempuan (tomboy) manakala mangsa dihantar ke HSI (Hospital Sultan Ismail) untuk rawatan," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001.

Mohd Sohaimi bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan memaklumkan Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kes berkenan.

Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Reti pula iblis2 ni nangis?
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Apsal tak sedekah penampar 10 kali sorang kat pipi bangsat2 ni? Eleeehhhhh nangis kononnnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh. Bila tengok video. Maaing2 tahan sabar rupanya.

Sampai berlubang2 belakang budak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 07:11 PM | Show all posts
Budak, even kau dera dia sekalipun dia tetap peluk kau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2023 07:16 PM | Show all posts
Minami2013 replied at 12-8-2023 07:04 PM
Indon ke? Kalo kat johor ramai jawa indon jongos.
Melayu Kakak, pacarnya pengkid sama ibu udah ditahan polisi. Ada video di atas Kakak
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ooo baju belang2 tu pengkid. Beriya menangis masa mendera ko pedulik lak.

Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
hashashes replied at 12-8-2023 11:11 AM
Budak, even kau dera dia sekalipun dia tetap peluk kau

Itulah innocence seorang kanak2.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jari10 at 12-8-2023 07:36 PM

Body shape pengkid semestinya gitu ya?
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg bahu belang tu menangis ke? Mcm dia pula mangsa Dera.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Babi betul ka manusia mcm.. darah daging kau sendiri pun kau sanggup buat mcm ni… harap di akhirat nnt kau pulak yg kena bkr.. maaf lah.. aku mmg benci dgn pendera ni… walau ko insaf sekalipun .. skit pun ko tak blh kurangkan kesakitan budak tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Kau ni setan. Kalau aku ada situ aku bawak budak tu pegi hospital. Teruk kena dera tu. Bagus jiran2 situ.. sabar betul. Allahuakhbar.. nak nangis tgk.. sakit tau tak! Kena cakar kucing pun dah pedih ni kan pulak kulit tersiat berdarah mcm tu .
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
ciksom replied at 12-8-2023 07:24 PM
Yg bahu belang tu menangis ke? Mcm dia pula mangsa Dera.

Menangis takut kena belasa. Eh pesai pengkid semua gemuk camni pastu dera budak kecik.  Bila nak kena teranjang dgn jantan tau plak takut siap ber sembah2 camtu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Astaghfirullah ...sakit hati aku
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Ehhhhhhh celakaaaaa maknya ckp tolonglah tolonglah...mmg Celaka elok diterajang cukup2 jantan betina tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Celaka punya betina dgn pengkid....benci aku tgk org yg dera anak
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Teruknya badan budak tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.155838 second(s), 53 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list