CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 8804|Reply: 7

Shahrulezad Puji Stesen Televisyen Terima Pelakon 'Tanpa Nama' Jadi Teraju Drama

[Copy link]
Post time 8-8-2023 12:17 AM | Show all posts |Read mode
Penerbit dan pengarah, Shahrulezad Mohameddin mengakui berpuas hati dengan 'trend' terkini pihak stesen televisyen yang menjadikan pelakon 'tanpa nama' sebagai tunjang utama drama.


Katanya, 'trend' tersebut bermula selepas kejayaan drama Projek High Council yang dijayakan oleh rata-rata pelakon baharu yang mencetuskan fenomena dalam kalangan penonton.






"Terima kasih kepada drama Projek High Council yang berjaya membuktikan pada stesen dan produser tanpa branding artis yang kuat dan popular tetap mampu membuatkan sesuatu naskhah itu stand out. Apa yang penting adalah cara kita nak jual cerita kita kepada audiens.


"Sebenarnya dah beberapa orang eksekutif stesen televisyen mula meluahkan rasa bosan kerana stesen sesama stesen berebut muka yang sama. Siang muka sama, malam pun muka yang sama.


"Tapi sekarang keadaan sudah sedikit berubah. Stesen dah mula perasan lambakan artis popular dengan muka balik-balik yang sama di semua stesen adalah sesuau yang tidak sihat untuk ekosistem industri drama itu sendiri.


"enonton dah mula bosan sebab balik-balik muka yang sama di semua stesen tapi cerita entah apa-apa," katanya menerusi hantaran di Facebook.


  



Tambahnya lagi, ada juga drama yang mempertaruhkan nama-nama besar dalam industri tapi tidak ke mana.


Oleh itu, dia berharap dengan perkembangan ini, bajet untuk drama boleh digunakan untuk pembangunan skrip serta kos pembikinan.


"Untuk semua bakal-bakal bakat baharu, saya harap perkembangan ini memberi harapan pada kalian. Bukan semua projek drama yang ada sekarang stesen concern pasal jumlah follower kalian.


"Yang penting sekarang adalah skill lakonan dan attitude. Muka pecah rumah sekali pun tapi kalau korang ada aura atau screen present yang kuat, insya Allah korang adalah bakat yang kita cari.


"Dalam Budak Hostel Otaknya Sewel pun Radiusone dah start guna khidmat unknown faces yang biasa-biasa sebagai pemain utama," katanya.


Menerusi komen-komen yang ditinggalkan warga maya, ramai yang memuji mutu lakonan barisan pelakon drama tersebut.




Sumber: Gempak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2023 10:32 AM | Show all posts
mat khalid tu hah
amik pakcik2 semua aman2 aje org tgk mengulang2 filem nya tu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2023 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kan, sampai sekarang masih lagi mengulang citer2 arwah. Best
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2023 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahah kan. Tipikal pakcik2 dok kg ni yang keja bekebun dgn lepak kedai kopi. Baru nampak hidup watak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2023 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Best ke citer ni citer pasai kehidupan kat asrama jugak la kan cam phc tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2023 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Malas nak tgk cerita ni sebab ada sharnaaz tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2023 01:45 PM | Show all posts
boleh layan dari ngadap citer melayu tk hbs kahwin paksa, rebut harta..hu..hu..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2023 10:29 AM | Show all posts
When you purchase a new home, it often comes with a builder warranty. This warranty provides coverage for certain components of the home, giving you peace of mind and protection against potential defects elis ridge winterville nc. Additionally, reputable builders often provide ongoing customer support, ensuring that any concerns or issues are addressed promptly.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel
kukukud4rttravel
Views : 1112 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 1818 Replies : 0
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 15810 Replies : 31
SATURO GOJO TAVEL TIPS
saturo1gojoSATURO GOJO TAVEL TIPS
Views : 4444 Replies : 0
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59687 Replies : 35
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25404 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 10406 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 07:37 AM GMT+8 , Processed in 0.048416 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list