Beberapa potongan video yang membincangkan tentang kemunculan Imam Mahdi yang dijangka bakal muncul pada tahun 2024 kecoh dibincangkan di media sosial.
Susulan itu Ustaz Azhar Idrus atau lebih mesra dipanggil UAI tampil menjelaskan perkara ini ketika menyampaikan ceramah di sebuah masjid.
Menerusi potongan video dimuat naik BacalahHub di TikTok, UAI memaklumkan bahawa wajib bagi seorang Muslim itu untuk mempercayai kemunculan Imam Mahdi yang merupakan salah satu tanda besar kiamat.
Gambar Hiasan
Namun begitu, UAI menasihatkan kepada semua umat untuk tidak menentukan bila tarikh Imam Mahdi itu akan muncul kerana ia merupakan salah satu perkara yang ghaib.
"Imam Mahdi akan terbit (muncul), insya-Allah akan terbit wajib kita percaya sebab disebut oleh Rasullulah SAW.
"Bila Nabi yang sebut kita (wajib) percaya, kalau Facebook yang sebut kita tak percaya.
"Cuma jangan kita letak tahun kerana dia ghaib (tetapi) akan muncul.
Menurut UAI, setiap apa yang hendak diperkatakan itu perlulah mengikut dalil serta nas yang telah diperkatakan oleh Rasulullah SAW.
"Jadi kalau kita nak sampaikan, cakaplah seperti mana yang Nabi cakap yakni (Imam Mahdi) akan muncul.
"Tetapi kita lebih pandai pula dari Nabi, kita cakap akan muncul tahun 2024, macam dululah kecoh kiamat pada 2012.
"Tidak ada orang yang tahu kiamat tu bila, meskipun tak diberitahu tarikh wajib kita yakin sudah kerana Allah cerita akan berlaku begitu juga seperti (munculnya) Imam Mahdi, Dajjal, Nabi Isa dan sebagainya.
"Apa yang kita nak ceritakan mengenai benda yang akan datang, mesti kena ada sandaran, kena ada nas.
Tambah UAI lagi, apa yang menjadi masalah kepada masyarakat hari ini ialah kebanyakan mereka suka untuk menambah-nambah sehinggakan perkara itu menjadi masalah dan asbab kepada ketakutan dalam diri masyarakat.
"Seperti contoh Nabi Muhammad kata, Nabi Isa akan turun di satu menara berwarna putih di Damsyik, Syria, jadi ceritalah yang sebetulnya.
"Jangan pula cerita pula menara itu berwarna biru dan sebagainya, tak boleh memandai-mandai sebab Nabi sebut menara putih.
"Begitu juga dengan Imam Mahdi, ada tak Nabi sebut tahun? Hah itu masalahnya.
Di akhir video tersebut, UAI menasihati kepada semua untuk sentiasa bersama dengan para alim ulamak supaya dapat tergolong dalam golongan yang mengikuti Imam Mahdi apabila muncul nanti.-CARI
Post time 24-7-2023 11:27 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Mcm ni, imam mahadi mmg akn muncul, esok pon boleh. Sbb kita wajib percaya tp kalau duk letak2 tarikh ni mmg mengarut. Ni slh 1 cara nk sesatkan umat islam. Mcm tilik nasib, tilik future
..messiah tu pun tah-tah dah ada cuma orang ramai tak sedar akan kewujudan dia sebab telah difitrahkan ke atasnya akan bersikap introvert - introverts are typically more comfortable interacting with small groups of people rather than large groups. Ramai yang masih dok jangka orangnya pasti lah macam seorang icon pujaan dan ramai followers.,.
Post time 24-7-2023 01:46 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by ninja boy at 24-7-2023 01:53 PM
Bgnn tinggi2 belum 100%,huruhara arab belum 100% huruhara dunia belum 100%, perang eropah tgh jalan, perang slps eropah perang yg tu tu belum, imam muncul bila manusia2 menderita 1 dunia, zaman itu korang bersediakah berebut kepala sapi berebut roti elec xde eectrik internet duit collapse sana sini huruhara