CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 344|Reply: 2

Nenek 87 Tahun Selamba Naik Paragliding, Sukarela Nak Terbang Dulu Sebab Mahu Anak, Menantu Tak Rasa Takut

[Copy link]
Post time 21-7-2023 06:25 PM | Show all posts |Read mode
Seorang warga emas berusia 87 tahun menaiki paragliding tandem mendapat perhatian ramai.


Menurut pilot paragliding, Chris Lammert, ketika datang bekerja pada Isnin, dia menjangkakan ramai pelanggan muda bakal melakukan paragliding bersamanya di Lohan, Ranau, Sabah.


Namun dia sangat terkejut mendapat tahu salah seorang pelanggannya pada hari itu adalah Madam Thong, seorang wanita sudah lanjut usia dari Rawang, Selangor.


Foto: FB




Lebih mengejutkan, Madam Thong secara sukarela ingin melakukannya terlebih dahulu semata-mata mahu anak perempuannya yang berusia 50an untuk melakukan aktiviti mencabar ini kerana dia terlalu takut.


“Saya tak tahu mengenai perkara ini tetapi kakitangan pendaftaran biasanya akan memberikan kes seperti ini kepada saya (atas kepakaran).


"Saya dapat tahu Madam Thong sedang bercuti bersama keluarga, dan dialah yang memujuk anak dan menantunya untuk mencuba paragliding," katanya.


Selepas berkongsi video di Facebook, warganet menyatakan rasa kagum dan memuji keberanian warga emas itu.


Ditanya bagaimana reaksi Madam Thong semasa berada di udara, katanya, wanita itu tenang berbanding beberapa pelanggan yang lebih muda di mana mereka 'terbang' dengan lancar dari Bukit Hampuan dan mendarat di Kampung Dilik di Sabah.


“Anak perempuannya sangat prihatin dan mengingatkannya supaya berhati-hati dengan kaki, tetapi saya lihat dia (Thong) datang dalam keadaan bersedia dengan alat sokongan lutut.


“Ketika kami di udara, untuk menenangkannya... saya berborak dengannya sambil menunjukkan gunung, lembah, dan bangunan seperti kompleks sukan.


“Nampaknya, dia banyak mengembara sebelum ini termasuk ke Australia dan England kerana dia suka mencuba perkara baharu. Dia berjaya menceriakan hari saya apabila membuat isyarat bagus (thumbs up) apabila kami mendarat," tambah Lammert.


Walaupun Madam Thong menjadi pelanggan tertuanya setakat ini, Lammert berkata salah seorang rakan sekerjanya mendakwa telah melakukan paragliding bersama seorang lelaki berusia 90 tahun dari Singapura sebelum ini.


"Tetapi saya gembira dapat memberikan pengalaman ini untuknya, kerana orang tertua yang saya bawa untuk paragliding sebelum ini ialah ibu saudara saya yang berusia 71 tahun," kata Lammert, yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam paragliding.


Dia juga berkongsi fakta menarik yang mana golongan wanita paling ramai mencuba aktiviti mencabar ini, walaupun pelanggan mereka terdiri daripada kanak-kanak hingga orang dewasa berusia 60an.


“Sejak syarikat ini bermula pada 2014 di Ranau, kami boleh katakan 80 peratus pelanggan paragliding tandem kami adalah wanita, 10 peratus kanak-kanak dan 10 peratus lagi adalah lelaki,” katanya. - CARI


Sumber: mStar/ The Star
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2023 07:02 PM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 21-7-2023 07:03 PM

wow paragliding dah ada ropernya di sabah, Mesia..

ini yg aku bagi idea dulu kpd Kedah (sbb Sanoosii komplen tanah Keda mandatori tanam padi)

buat paragliding dari Gubung Jerai

mcm yg ada buat di Queenstown, New Zealand
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2023 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
go nenek go!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.068386 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list