CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 550|Reply: 5

Tahun Bila KL Kalahkan JDT, Kenapa Orang Ada Short Memory? - TMJ

[Copy link]
Post time 21-7-2023 05:08 PM | Show all posts |Read mode
Selepas kalah 0-2 kepada Kuala Lumpur City (KL City) dalam final Piala Malaysia 2021, Johor Darul Ta’zim (JDT) telah memenangi semuan perlawanan ke atas skuad The City Boys.


Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim percaya, detik malang di Bukit Jalil itu tidak akan berulang apabila kedua-dua pasukan berentap lagi dalam final Piala FA esok.




IG




Kekalahan di pentas akhir pada sambutan ke-100 Piala Malaysia ibarat mengejutkan harimau daripada tidur, dan memberi pengajaran besar kepada JDT untuk tampil lebih kuat.


Keazaman untuk bangkit daripada kekecewaan menyaksikan Harimau Selatan melakar sejarah menyapu bersih semua empat gelaran dalam liga domestik 2022.


Malah tahun ini, mereka memenangi semua 17 perlawanan Liga Super berturut-turut, dan dalam pertemuan terakhir menentang KL City, 3 Julai lalu JDT menang 6-1.


“Tahun bila dia (KL City) kalahkan JDT? 2021? Dah lama..kenapa orang ada short memory (memori pendek).


“Kita boleh kalah dan kita juga boleh menang. Kita kalah pada hari itu (final Piala Malaysia 2021) kerana bad day (hari buruk) dan kami tidak bermain seperti JDT bermain.







“Selepas itu, perkara terbabit tidak berlaku lagi apabila menentang KL City. Dalam empat atau lima perlawanan kita menang semuanya dengan menjaringkan 20 gol manakala KL City hanya satu gol saja,” katanya menerusi sesi soal jawab di laman sosial Johor Southern Tigers.


Tunku Mahkota Johor (TMJ) juga memberi peringatan kepada skuad The City Boys mereka akan berdepan pasukan berbeza kali ini dan tidak mudah untuk menumpaskan JDT di Stadium Sultan Ibrahim.


“Mereka kena tahu juga pasukan yang akan bertemu di final bukan pasukan yang lawan pada 2021. Kami berharap boleh menang dan mengcipta sejarah lagi,” katanya.




Sumber: UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2023 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by OshinDaSolja at 22-7-2023 02:49 AM

betul juga apa yg TMJ ckp... walaupun iollz warga IC 14, tapi iollz rasa Johor akan menang final nnt... chance untuk KL menang sangatlah tipis, maybe 0.01% je kot sebab prestasi semasa tersangatlah hauk... takpelah Johor ambil je la semua piala dkt korang...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2023 03:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Komen ko,xleh merendah diri sikit ke???walaupon macam impossible aq doakan kl menang malam esok...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2023 06:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagilah, bagilah semua piala kat JDT.... Ambiklah jangan gaduh2...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2023 09:23 AM | Show all posts
mesti kena menang, mesti kena lebih, mesti mau segala2 nya.

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2023 12:22 PM | Show all posts
Jangan lupa, print baju banyak-banyak waktu perlawanan akhir nanti, buat awal tak kalut.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 07:30 PM GMT+8 , Processed in 0.588776 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list