CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 508|Reply: 4

Majikan Melayu Paling Mudah Bagi Cuti, Suka Belanja Minum Dan Makan, Bagi Bonus Tapi Mudah Sangat Ditipu Pekerja

[Copy link]
Post time 21-7-2023 04:55 PM | Show all posts |Read mode
Seorang pengguna Facebook, Hanafi Azizi menyifatkan majikan Melayu adalah yang paling mudah memberi cuti kepada pekerjanya serta sering bertolak ansur dalam apa jua situasi.


Menurut Hanafi, dia sudah berpengalaman bekerja dengan majikan yang mempunyai latar belakang berbeza termasuklah berlainan kaum.




Gambar Hiasan




“Saya dah kerja dengan tiga majikan berbeza kaum. Yang saya tulis tak semestinya saya buat, tetapi berlaku dalam lingkungan kerja saya.


“Majikan Melayu. Kelebihan boleh toleransi datang lambat. Sangat faham keadaan pekerja. Nak cuti biasanya mudah dapat, asalkan ada sebab kukuh.


“Kenal ahli keluarga pekerja, kalau nak solat, masa dan tempat tak ada masalah dan majikan suka belanja minum dan makan. Bonus walaupun tak banyak, tapi biasanya ada untuk hari raya,” katanya dalam satu hantaran hari ini.


Tambah Hanafi, di dalam kelebihan yang dimiliki oleh majikan Melayu, namun mereka ini juga dilihat mudah ditipu pekerja sendiri disebabkan sifat terlalu berlembut dan gemar memberi peluang kedua.


“Terlalu berlembut, macam takut dengan pekerja. Jarang tekan pekerja melainkan terpaksa. Agaknya risau kena khianat atau dendam. Jarang campur urusan secara aktif kalau ada isu bertengkar sesama pekerja, majikan suka balik rumah tinggal pekerja,” dakwanya.


Di ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan perkongsian individu tersebut.


“Saya setuju, bila saya kerja dengan majikan Melayu, ada kenduri kahwin atau anak sakit mereka izinkan cuti, kalau majikan lain kena ada alasan sekukuh batu bata baru dipertimbangkan, sebab bagi mereka operasi syarikat nombor satu,” kongsi Azmin Nor.


“Betul lah tu, sebab itu sebagai majikan ada masa boleh berlembut, ada masa kena tegas, takut pekerja sendiri pijak kepala, tapi biasalah orang Melayu penuh dengan lemah lembut, kasih sayang dan tolak ansur. Seronok bekerja dalam suasana pekerja dan majikan ada keserasian dan timbang rasa,” kata Aisyah. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2023 05:00 PM | Show all posts
apa pula review majikan cina dan keling?
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2023 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 21-7-2023 05:00 PM
apa pula review majikan cina dan keling?

"lu takmok kelija...manggala,nepal,myanmar,indon,pakis...ada ma..wa apa takut"-majikan lain
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2023 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 21-7-2023 05:00 PM
apa pula review majikan cina dan keling?

Anak lu sakit,doktor jaga ..apahal mau cuti??
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2023 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
X jgk. Ada je majikan melayu yg MCM lahanat. X de toleransi. Kaki tekan mengalahkan Cina komunis. Kalo jumpa majikan melayu MCM tu dpt ied MCM siti Kassim pun BGs jgk.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.230653 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list