View: 2386|Reply: 54
|
9 Beranak Di Kelantan Duduk Di Rumah Terbengkalai Milik Orang Lain, Bapa Kerja Gaji Sehari RM60- Terpaksa Catu Makan, Tak Boleh Ke Sekolah
[Copy link]
|
|
KOTA BHARU: Sembilan beranak terpaksa tinggal dalam rumah terbengkalai milik orang lain di Kampung Berhala Lima di sini, malah dua dari anak keluarga ini juga tidak dapat bersekolah sejak sebulan lalu ekoran tidak mampu menyediakan wang saku.
Keadaan keluarga ini begitu daif dan mereka terpaksa menumpang di rumah itu ibarat pelarian ekoran tidak mampu menyewa kediaman lain.
Ketua keluarga terbabit, Aziz Mohd. Nor, 49, hanya bekerja sebagai buruh dengan pendapatan sekitar RM 60 sehari.
Foto:Utusan
Manakala isterinya, Nor Azleen Ahmad Azmi, 44, tidak bekerja dan kadangkala mengambil upah menjadi tukang cuci bagi membantu keluarga.
Aziz berkata, dengan pendapatan itu juga, dia terpaksa menanggung enam lagi anak berumur antara empat bulan hingga 16 tahun, manakala anak sulungnya, Fatihah Najwa Aziz, 18, yang tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini, baru sahaja bekerja sebagai tukang cuci dengan pendapatan harian RM60.
“Pekerjaan saya juga tidak menentu, jika ada kerja saya akan keluar ke tempat kerja, namun jika tiada, tiadalah duit belanja harian.
“Jadi saya tidak mampu hendak sewa rumah dan beri belanja sekolah untuk anak sejak kebelakangan ini, sehingga kami terpaksa catu makanan harian kami,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya, di sini baru-baru ini.
Aziz berkata, walaupun dia mendapat bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) iaitu Bantuan Khas Kanak-Kanak untuk anak-anaknya sebanyak RM750, namun wang itu hanya cukup-cukup untuk belanja harian dan dia kadangkala terpaksa panaskan lauk semalam dan makan mi segera untuk mengisi perut.
Menurutnya, apa yang diharapkan kini agar ada pihak yang sudi membantu meringankan beban untuk menyewa rumah dan dia dapat berpindah ke kediaman yang lebih selesa demi masa depan anak-anaknya.
“Setakat ini ada pihak yang masih prihatin termasuk orang perseorangan dan pihak badan bukan kerajaan (NGO) yang memberi sumbangan makanan dan barangan keperluan dapur selain jiran yang bersimpati dengan nasib kami dan meminjamkan motosikal ekoran saya tidak mempunyai kenderaan untuk ke tempat kerja dan menghantar anak ke sekolah.
“Apapun harapan saya agar nasib keluarga saya lebih baik selepas ini dan dua anak saya yang berada di tingkatan empat dan tahun enam dapat meneruskan persekolahan seperti biasa demi masa depan mereka,” ujarnya.
Kepada pihak yang ingin menyumbang bantuan kewangan boleh menyalurkan sumbangan di akaun Bank Islam di nombor 03111020837104 atas penama Aziz Mohd. Nor. –CARI
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
Forumers blum masuk la plk..
sempena hari jumaat ni, semoga korg anak-anak berusaha lah.. makpak tu hurm…. |
|
|
|
|
|
|
|
rasa macam dah masuk forum kisah family ni..
tapi tengok siapa yang up, hmmm..
dalam kelas tersendiri kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pendatang asing datang Malaysia bekerja kilang, potong buah kelapa sawit, potong rumput boleh dapat 3k-4K sebulan. Perempuan kerja kilang bokeh dapat RM3k+++++ sebulan. Kau lelaki warga tempatan merungut tak cukup makan! Apa yang kau tau buat anak! |
|
|
|
|
|
|
|
Yg kecik sekali umur brp tu...mcm selang setahun beranak ke cane |
|
|
|
|
|
|
|
pnt dh nk ckp..laki bini bodoh menutuh jer pndai |
|
|
|
|
|
|
|
bila kepala butuh lagi dipentingkan daripada kepala otak, macam ni la jadinya... anak2 dah tercicir sekolah tu tak mustahil mengulang semula kitaran daif macam tu.... orang bandar pun buat 3-4 kerja sampai awal pagi... kau balik mesin rumput, balik basuh baju boleh pulak senang2 beromen sampai ke subuh.. lepas tu merengek tak cukup makan pakai.... |
|
|
|
|
|
|
|
boleh la belajar camana warga asing survive bila masuk sini sehelai sepinggang. |
|
|
|
|
|
|
|
agak menghairankan golongan miskin ni kuat betul berjimaknya...nak berjimak boleh, tapi kena seiring dgn pendapatan ekonomi pasangan...
saya cadangkan supaya lelaki yg tidak berkemampuan sangat ni di pohon mengamalkan masturbasi sekerap mungkin...apabila air mani di pancut ke dlm rahim, insan yg terlahir harus di jaga dgn baik...bukan sekadar memancut sahaja... |
|
|
|
|
|
|
|
Anak2 tu rezekiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
mana boleh nak kerja..anak kecil sapa nak jaga... hahahahah |
|
|
|
|
|
|
|
"Nor Azleen Ahmad Azmi, 44, tidak bekerja dan kadangkala mengambil upah menjadi tukang cuci bagi membantu keluarga".
"anak sulungnya, Fatihah Najwa Aziz, 18, yang tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini, baru sahaja bekerja sebagai tukang cuci dengan pendapatan harian RM60".
Memang sejenis nak anak2 semua mewarisi kemiskinan. Mak bapak janji dapat sedap2, pastu beranak lagi. Sek2 dorg ni kena bagi sex educated. Dah tua tapi tak paham2.
|
|
|
|
|
|
|
|
ramainya anak..
kesian anak2 tak dapat kemudahan yang secukupnya...
bini pun menyanggup je beranak ramai |
|
|
|
|
|
|
|
Acik2 mungkin tak faham, nak suruh jantan ni jangan mencret samalah macam kata jangan makan sedang hidangan dah atas meja
JKM silalah ajar bini2 si miskin ni makan pil perancang. So far itu ubat yang paling mujarab. Jangan kasi kondom kat laki.
|
|
|
|
|
|
|
|
Yup, pernah ada thread. Aku ingat muka bini tu
|
|
|
|
|
|
|
|
kelantan? hmmmm...apa nak heran......bersepah yang mcm ni... |
|
|
|
|
|
|
|
x jumpa lagi ustaz/ustazah ckp psl rancang keluarga
dh smpi tahap anak berenti sekolah
at the same time duk menambah2 anak
ape tuuuu
|
|
|
|
|
|
|
|
every state pun ada lah
bkn asal sskjp
|
|
|
|
|
|
|
| |
|