CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 592|Reply: 4

Suami Tembak Isteri Ketiga Sebab Cemburu, Tuduh Ada Lelaki Lain

[Copy link]
Post time 20-7-2023 06:30 PM | Show all posts |Read mode
BANGKOK, Thailand – Gara-gara  cemburu, seorang lelaki menembak isteri ketiganya di sebuah kedai baju terpakai (bundle) di wilayah Pathum Thani dekat Bangkok.


Thaiger melaporkan, pegawai dan anggota Balai Polis Mueang Nakhon Pathom dikerahkan ke lokasi tembakan di sebuah bangunan tiga tingkat yang menempatkan kedai bundle itu.


Mereka menemui kesan darah di hadapan bangunan. Saksi memberitahu, seorang wanita bernama Araya Amusart, 27, dikejarkan ke hospital sebelum mereka tiba.


Foto: Thaurath




Lelaki bersenjata pula merupakan suami Araya sendiri, Chonkawee Deechan yang berumur 38 tahun.


Menurut laporan hospital, Araya berada dalam keadaan serius akibat peluru tersangkut pada tengkoraknya.


Selepas siasatan lanjut, polis mengesahkan bahawa suspek kes tembakan itu ialah Chonkawee.


Dia mempunyai tiga orang isteri dan seorang anak hasil perkongsian hidup bersama isteri pertama. Isteri pertama dan isteri kedua tinggal bersama Chonkawee,  manakala Araya menetap di lokasi berasingan.


Polis berkata, serangan itu bermotifkan cemburu. Chonkawee percaya bahawa Araya menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain dan berniat untuk meninggalkannya. Pada hari kejadian, mereka bertengkar dan berakhir dengan tembakan.


Polis menahan Chonkawee dengan dia dikenakan dua pertuduhan termasuk cubaan membunuh dan memiliki pistol tanpa permit. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2023 07:16 PM | Show all posts
isle ke gapo puak2 sie ni? muleh kawen sampai 3?
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Tau cemburu. Dia isteri sampai 3 boleh pula?
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2023 08:03 AM | Show all posts
mengada nak cemburu bagai ..yg kau tu pasang sampai 3 boleh lak
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2023 08:51 AM | Show all posts
lahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh dayus
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 08:48 PM GMT+8 , Processed in 0.064782 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list