CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3116|Reply: 54

Ada Plot Twist- Individu Dedah Cikgu Dianiaya, Ponteng Mengajar 7 Bulan Sebab Perangai Pelajar Sangat Teruk Dan Keras Kepala

[Copy link]
Post time 20-7-2023 03:30 PM | Show all posts |Read mode
Sebelum ini media melaporkan tiga orang bekas pelajar sebuah sekolah menang saman RM50,000 setiap seorang selepas bertindak menyaman guru bahasa Inggeris mereka gara-gara tidak masuk mengajar selama tempoh 7 bulan.


Guru tersebut didapati bersalah melanggar hak perlembagaan plaintif di bawah Perkara 5 dan Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan.


Bagaimanapun seorang individu tampil membuat pendedahan mengenai kisah ‘sebenar’ tentang apa yang berlaku di sebalik kes tersebut.


3 pelajar yang menang saman




Di Instagam, seorang lagi bekas pelajar membuat kenyataan di mana dia  meminta orang ramai untuk tidak menyalahkan guru tersebut 100% kerana ada kisah di sebaliknya.


Dalam kenyataan itu, individu berkenaan mendakwa guru berkenaan enggan lagi mengajar kerana sikap pelajar yang teruk dan buruk.


"Cikgu itu memaklumkan dia tidak mahu lagi masuk ke kelas kerana perangai pelajar. Dia bukannya tidak mengajar selama 7 bulan seperti yang didakwa, ada juga masuk dan beri kerja sekolah seperti kebiasaan.

















"Sebenarnya pelajar yang bermasalah! Perangai pelajar yang teruk terhadap guru tersebut. Guru itu juga memaklumkan bahawa jika terdapat sebarang masalah mengenai subjek, boleh jumpa di bilik guru."


Menganggap guru tersebut sebagai teraniaya, individu tersebut merasakan hukuman yang dikenakan terhadap Cikgu Jainal itu sebagai tidak munasabah selain menuduh para pelajar yang menyaman guru itu mempunyai ‘orang dalam’ bagi memfailkan kes.


Di akhir kenyataannya, individu itu berharap guru berkenaan terus bersabar dan yakin bahawa kebenaran akan terbukti suatu hari nanti. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2023 03:39 PM | Show all posts
nohhhhhhhhhh kena dgr cte dua2 pihak dulu. tgk muka 3 org murid tu pon aku ada rasa tak sedap ati
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
karangan tu tulis bm je la cik kak, awal2 aku ingat nak tulis english a-z sampai tengah jalan dia rojak dgn english berterabur. malu cikgu jainal weh..lagi satu kata cikgu tu tegas, ngan budak2 nakal pon kalah eh sampai merajuk tak masuk kelas? sekolah mana ni aneh2 je cikgu dgn murid pon. btw kat korea baru ada kes cikgu muda bunuh diri tak tahan kena buli dgn murid/parents

Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu kena Saman pun jgn risau. Insurance yg akan bayar. Semua kakitangan awam dilindungi insurance.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
rosedemon replied at 20-7-2023 03:39 PM
nohhhhhhhhhh kena dgr cte dua2 pihak dulu. tgk muka 3 org murid tu pon aku ada rasa tak sedap ati



Baca ni

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
So kalau murid nakal memang takyah masuk kelas ke apa? Kau tu rentua bangka cikgu pulak.. pandai pandai lah kontrol murid. Diorang nak belajar ke tidak lantak laaa..yg penting kau masuk kelas mengajar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-7-2023 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tetap salahkan cikgu tu. Tak masuk kelas sbb budak2 nakal, bukan alasan yg konkrit. Sepatutnya cikgu ni dah kena buang kerja, makan gaji buta. Kalau xnk ngajar, berenti. Jgn menyusahkan org. Ko ajar je laa asalkan ko dah fulfill tanggungjawab ko. Budak nk belajar ke tak, lantakkan je laaa. Kalau jd b40 kendian, sapa suruh malas belajar, khuen??
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 04:25 PM | Show all posts
mahkamah dah putuskan dah pun, your rant is useless
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2023 04:40 PM | Show all posts
Siapalah tu nak tegakkan benang basah, kes dah dibicarakan kat court, bukti2 dan saksi2 dah bagi kenyataan, court dah putuskan budak2 tu menang, tiba2 dtg seko buat surat layang cerita sebaliknya hermmmm biasalah tu nak cuba bersihkan imej. Kou ada bukti sebaliknya masa kes bejalan dah serah pd court, nape tak buat huh
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 04:40 PM | Show all posts
aku baca part ' my english is not quite good' terus malas nak baca..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 04:44 PM | Show all posts
lulz, so kalau kelas belakang, cikgu memang boleh ponteng ke??

Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawak pulak baca komen kna dgr cita 2 2 pihak.
Menda dh dgr kt court bg 2² pihak dh dol.
Yg menuduh pon dh sembang,yg dituduh pon dh sembang.
Dh tutup buku pon.
Agk unprecedented kes ni.
Murid saman cikgu malas masuk mngajar.
Murid 1 cikgu 0.
Something to ponder.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Cookingholic at 20-7-2023 05:04 PM

Sambungan dia lagi jahanam. Since this problem is related to english, i will at least tryto use it here. Ape kena mengena??
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 20-7-2023 04:40 PM
aku baca part ' my english is not quite good' terus malas nak baca..

Sambungan dia lagi jahanam. Since this problem is related to english, i will at least tryto use it here. Ape kena mengena??
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 05:14 PM | Show all posts
7 bulan ko ponteng mengajar tu.. ko pi ke x ke sekolah? ko mmg x pi sekolah kan..? mmg MIA terus kan? lg nak buat cerita sedih.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 05:32 PM | Show all posts
Butohlah ilmu tak diberkati. Lepas tu kau ingat rezeki cikgu tu diberkati lah pulak bila ponteng tak mengajar?

Ni lah bangangnya orang malaysia, takut sangat nak report pasal kebebalan cikgu yang jenis sial macam ni. Aku sampai sekarang takkan halalkan perangai cikgu aku yang suka suka tampar budak tak tentu pasal, yang mengajar tak habiskan silibus sebab tak kompeten langsung jadi cikgu.

Aku doakan biar diorang ni nanti berak tak lawas, kentut tak pernah habis, cucu taknak rapat dengan diorang, kena semut-semut tak hilang kebas, nak tidur malam tak boleh terkenangkan macam-macam dosa diorang pernah buat dengan anak murid.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2023 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu2 subjek lain tak merajuk ke dgn tiga budak ni?

Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb students nakal cikgu tak masuk kelas tapi terima gaji bulan2? Kenapa tak berhenti aje jadi cikgu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lattehazelnut at 20-7-2023 05:40 PM

Xfaham bab bawah tu..
Dia student ke cikgu?
Karangan budak tadika pun lg make sense..
Seriuslah budak spm sekarang tahap mcm tu je..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Setengah jalan baca karangan ex student tu, tiba2 rasa nak gila dengan penggunaan ayat rojak. Apasal tak tulis dalam BM je dol [em:13:]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.077216 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list