CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8748|Reply: 246

Lengang, Hujung Minggu Pun Tak Penuh- Pelancong Langkawi Merudum, Penginapan Bajet Nazak!

[Copy link]
Post time 18-7-2023 09:56 AM | Show all posts |Read mode
LANGKAWI – Jumlah kemasukan pelancong ke Langkawi didakwa merudum, menyebabkan pengusaha penginapan bajet meliputi hotel bertaraf tiga bintang ke bawah berdepan kesukaran untuk beroperasi.


Kemasukan pelancongan yang merosot ke pulau itu dipercayai disebabkan perkhidmatan feri yang kurang daripada 10 perjalanan sehari kepada hanya lima.


Tinjauan mendapati, kebanyakannya lengang walaupun pada cuti hujung minggu.


Foto: Wikipedia




Pemilik penginapan Cenang Inn, Zainol Husin berkata, secara purata, tempatnya hanya mendapat kurang daripada 20 peratus tempahan sejak beberapa bulan lalu.


“Keadaan ini menyebabkan kami tidak dapat menampung kos operasi seperti bayaran pajakan tanah dan gaji pekerja.


“Namun, disebabkan saya mempunyai perniagaan lain yang lebih baik, jadi saya terpaksa gunakan keuntungan tersebut bagi menampung keperluan penginapan ini,” katanya kepada Kosmo.


Sementara itu, Pengurus Operasi Kampung Guest House, Mohd. Farizal Padzil berkata, dia mula merasakan kekurangan tetamu dan kedatangan pelancong sejak beberapa bulan lalu.


“Disebabkan ini adalah perniagaan milik keluarga, jadi saya sendiri terpaksa melakukan pelbagai kerja bagi menjaga tempat ini.


“Mujur sahaja tiada hutang dan tanah ini juga adalah milik keluarga, kalau tidak, pastinya kami tidak bertahan,” ujarnya.


Dalam pada itu, Pengarah Motel Melati Tanjung, Raniza Ahmad berkata, walaupun penginapannya terletak betul-betul di tepi pantai, dia hanya menerima kira-kira 30 peratus tempahan sahaja pada cuti umum dan cuti hujung minggu.


“Kami hanya mampu gajikan pekerja dengan bilangan sangat minimum untuk beroperasi,” ujarnya. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2023 09:59 AM | Show all posts
Orang ramai lebih suka ke Songkla dan seumpamanya sebab lebih murah
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 10:00 AM | Show all posts
Tau takpe.. raykat dah mula jimat cermat brg byk nak naik bulan Ogos ni yaachh
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Kementerian Pelancongan kena aktiflah buat promosi nak tarik pelancong.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 10:04 AM | Show all posts
over rated sgt dah pun Langkawi island ni. mostly harga barang & perkhidmatan mahal. melancong dlm negara pun mahal, alang2 baik ke luar negara yg distance lebih dekat.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
langkawi tu pun air keruh je kan bukan lawa mane, koh lipe sebelah tu lg lawa turqoise air dia. pi thailand lg best murah pun murah byk aktiviti mknn sedap byk aktivity leh buat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2023 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Ituler tak pilih tun det lagi....

DOLAT


Kahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
selani replied at 18-7-2023 10:04 AM
Kementerian Pelancongan kena aktiflah buat promosi nak tarik pelancong.

Apa nusi buat?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2023 10:09 AM | Show all posts
Langkawi ni banyak dah jadi concrete
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
kenapa asyik cerita langkawi jer
ada kaitan dgn PRN kah
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Ssrius ke dah lengang?
Boleh la nk pi
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 10:15 AM | Show all posts
tak berbaloi pergi langkawi. barang2 pun mahal. ambik kesempatan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
selani replied at 18-7-2023 10:04 AM
Kementerian Pelancongan kena aktiflah buat promosi nak tarik pelancong.

Menteri pelancongan sibuk ....

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
KamikuP replied at 18-7-2023 10:00 AM
Tau takpe.. raykat dah mula jimat cermat brg byk nak naik bulan Ogos ni yaachh


Aku rasa mmg langkawi aje yang specific tersangkak...

Iols tengok flight ke malaysia semua fully booked siap companies tengah increase flight frequency utk tampung kedatangan pelancong and business travellers ke KUL...

Every month, airline companies kena recruit staff (pilot and cabin crews)
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak juga klu tgk MB Sanusi sjk pegang tampuk pemerintahan Kedah jarang aku dgr dia sibuk promote Langkawi,promote KXP di Kulim saja banyak.Politik politik juga tp perlancongan kn promote berterusan.MP Langkawi yg menang ke atas Tun M pun level mcmmana,blh pula persoalkn ada CCTV/ spy dlm Parlimen sdgkan sah2 ada siaran lgsung ????
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 10:19 AM | Show all posts
mahalllllllll kat sana...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2023 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Maybe skrg ramai lajak ke perlis naik tren.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Muntri takmo serbu langkawi ker?
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 10:25 AM | Show all posts
itulaa sapa suruh mahai sgt. dh laa nk p sana kena naik feri, roro or flight ja,pastu nnt nk kena sewa kereta plak. pastu hotel harga mcm haram.mkn pun mahai nk mampossss. baik p siam walau duit malaysia jatuh.lg puas hati,mkn murah, hotel murah
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Mat pet, mat tarik, mat batu , mat lalok, mat pusing tegar je asik ulang alik sana... mata biru, mata hitam, mata coklat, mata hijau semua ada..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.200892 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list