CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1750|Reply: 20

Along Tak 'Lepas' Walau Hutang RM51,000 Dah Selesai, Tiba-tiba Dakwa Belum Habis Bayar

[Copy link]
Post time 17-7-2023 05:35 PM | Show all posts |Read mode
Perit melunaskan hutang pinjaman dengan Along belum berakhir walaupun selepas berjaya menyelesaikan bayaran pinjaman RM51,000.


Lelaki dihantui 'azab ngeri' mula apabila Along terbabit mendakwa dirinya masih berhutang.




Muhammad Shahmie bersama Pengerusi Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA, Datuk Seri Michael Chong membuat aduan berkaitan penipuan Along yang mendakwa dirinya masih berhutang. FOTO IHSAN MCA




Malah, lebih malang dan memalukan apabila Along terbabit turut menyebarkan poster gambar mangsa, dikenali Muhammad Shahmie, 25, di kawasan Kampung Laksamana, Gombak, dekat sini, pada 14 Jun lalu.


Menceritakan bagaimana dia terjebak dalam kejadian itu, Muhammad Shahmie berkata, dia pernah membuat pinjaman dengan Along sebanyak RM32,000 dan berjaya melangsaikan hutang itu pada awal tahun ini sebanyak RM51,000.


Menurutnya, selepas itu dia sudah tidak mahu membuat pinjaman lagi kerana bimbang dengan keselamatan diri.


"Bagaimanpun pada hujung Mei lalu, ketika berada di rumah di Gombak, dia dihubungi seorang lelaki mendakwa dirinya Along dan memberitahu saya masih berhutang RM20,000.


"Dia juga meminta saya menjelaskan hutang terbabit jika tidak mahu rumah disimbah cat namun saya menafikan masih berhutang kerana sudah menjelaskannya," katanya ketika hadir membuat aduan di Pejabat MCA, di sini, hari ini.


Katanya, dia sudah membuat dua laporan polis di Balai Polis Selayang pada 31 Mei lalu dan 14 Jun lalu berhubung kejadian ini.


Sementara itu, Pengerusi Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, pihaknya menerima sebanyak 178 kes Along seperti ini membabitkan jumlah pinjaman RM15.4 juta.


Menurutnya, mereka yang membuat pinjaman dengan Along dinasihatkan menyimpan rekod bukti menjelaskan bayaran dan mengambil dokumen pinjaman itu supaya tidak digunakan sekali lagi oleh Along untuk memerangkap peminjam konon masih berhutang.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2023 06:38 AM | Show all posts
Biasala along... Selagi boleh pusing dia pusing nk perah habis2
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Along ni scammer dan perompak paling kejam..elok dibunuh semua...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 18-7-2023 07:46 AM
Along ni scammer dan perompak paling kejam..elok dibunuh semua...

Mangsa tu patut jadi macam John Wick. Bunuh semua along yg duk kacau dia dari bawah sampai atas.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 18-7-2023 07:53 AM
Mangsa tu patut jadi macam John Wick. Bunuh semua along yg duk kacau dia dari bawah sampai atas. : ...

Oh..best ke citer tu...tapi x minat keanu reeve...hehe..minat jason statham lagi
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 18-7-2023 07:55 AM
Oh..best ke citer tu...tapi x minat keanu reeve...hehe..minat jason statham lagi

Keanu dah tua ni mcm tk herlok kan...jason tu walau botak tp nmpk herlokkkkk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2023 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 18-7-2023 08:03 AM
Keanu dah tua ni mcm tk herlok kan...jason tu walau botak tp nmpk herlokkkkk

Iyerrr cik ketam....mcm tu la pandangan mata ai...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by asmurai at 18-7-2023 08:20 AM

Penguatkuasa majlis agama patutnya bantu polis  tangkap semua scammer along penipu ni. Jenayah riba lagi berdosa besar berbanding zina. Tapi kerja tangkap along ni lagik susah kut banding tangkap org berzina. Nak kena ada skill macam john wick
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2023 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 18-7-2023 07:53 AM
Mangsa tu patut jadi macam John Wick. Bunuh semua along yg duk kacau dia dari bawah sampai atas. : ...

Setuju. Kalo btl strategi x susah pun nak hapuskan org. Tp tu la kena ada strategi.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 08:24 AM | Show all posts
taman I dah kena kacau along, random antar 'ugutan' kepada org taman. ramai yg dapat surat yang diposkan hanya ada alamat tanpa nama. semua pakat buat report polis. org yg tak terlibat jadi mangsa kacau
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 10:28 AM | Show all posts
pokokmeranti replied at 18-7-2023 08:24 AM
taman I dah kena kacau along, random antar 'ugutan' kepada org taman. ramai yg dapat surat yang dipo ...

kenapa along kacau orang taman u?
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 10:58 AM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 18-7-2023 10:28 AM
kenapa along kacau orang taman u?

nak bagi malu kat peminjam tu kot

bila orang taman dah tau, mesti orang taman tu hambat peminjam tu suruh bayar dekat ahlong tu


Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 01:23 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 18-7-2023 10:28 AM
kenapa along kacau orang taman u?

push factor utk suruh org taman paksa si pemimjan bayar. tapi semua penduduk taman tak kenal dgn wajah peminjam
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 01:28 PM | Show all posts
dekmieDandy replied at 18-7-2023 10:58 AM
nak bagi malu kat peminjam tu kot

bila orang taman dah tau, mesti orang taman tu hambat peminjam  ...

tiada siapa dalam taman yang kenal dgn peminjam.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 01:58 PM | Show all posts
pokokmeranti replied at 18-7-2023 08:24 AM
taman I dah kena kacau along, random antar 'ugutan' kepada org taman. ramai yg dapat surat yang dipo ...

iols plk dorg wsp
cerita sekian2 psl jiran ni pny hutang
siap ada gmbr dgn surat perjanjian
mmg sah2 lah terpampang muka



Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 02:28 PM | Show all posts
pokokmeranti replied at 18-7-2023 01:28 PM
tiada siapa dalam taman yang kenal dgn peminjam.

maknanya ahlong tu lar kena scam

dapat alamat palsu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2023 03:30 PM | Show all posts
heran sgt polis langsung tak boleh lumpuhkan along.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 04:43 PM | Show all posts
dekmieDandy replied at 18-7-2023 02:28 PM
maknanya ahlong tu lar kena scam

dapat alamat palsu

bukan along tu peduli/tahu kena scammed. risau akan datang simbah cat ke rumah yg xde kaitan
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 04:44 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 18-7-2023 01:58 PM
iols plk dorg wsp
cerita sekian2 psl jiran ni pny hutang
siap ada gmbr dgn surat perjanjian

ada juga kes macam nie. along masa nak bagi pinjam dia ambil semua no contact dalam phone. sekali x bayar dia pergi hantar pada kenalan
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 04:48 PM | Show all posts
pokokmeranti replied at 18-7-2023 04:44 PM
ada juga kes macam nie. along masa nak bagi pinjam dia ambil semua no contact dalam phone. sekali  ...

tu lah
dok pk mcm tu jgk
klu x mcmn tiba2 masuk wsp dr org tak dikenali
tp isi bergambarnya adalah jiran kita

btw jiran iol tu x lm lps dpt wsp tu dia pindah balik kg



Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.150031 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list