View: 2155|Reply: 24
|
Taktik Nak Makan Free, Rider 'Cekup' Pelanggan Senyap-Senyap Turun Ambil Makanan Lepas Batal Pesanan
[Copy link]
|
|
Seorang penghantar makanan mendedahkan tindakan pelanggannya yang sengaja membatalkan tempahan demi mendapatkan makanan 'percuma'.
Kejadian berlaku di sebuah kondominium di Puchong, Selangor, menyaksikan pemuda dikenali sebagai Amirol bersemuka dengan seorang pelanggan wanita.
Modus operandinya adalah pelanggan yang tinggal di kediaman bertingkat seperti kondominium akan memberi arahan supaya penghantar makanan meninggalkan makanan di lobi.
Bagaimanapun, pelanggan kemudian membatalkan tempahan sebaik penghantar makanan beredar dan tetap akan mengambil pesanan yang 'dibatalkan' tadi.
"Apabila you suruh rider letak sini (lobi), lepas itu rider sudah letak dan jalan (beredar), you batal order. Kami yang akan 'digantung' (denda) tiga hari, tak boleh cari makan.
"Kalau you dah canceled, you tak boleh ambil makanan tu. Tadi order pertama you sudah canceled, makanan pun rider sudah angkat.
"Order ini pun you sudah canceled, tapi you turun bawah untuk ambil makanan ni. Saya tunggu you tadi, saya tunggu you turun ke bawah," katanya menegur taktik licik pelanggan tersebut.
Sementara itu Amirol yang sempat merakamkan video perbualan antara mereka turut mendakwa ia bukan kejadian pertama kali dilakukan pelanggan wanita itu.
Dakwanya lagi, pada hari berkenaan sahaja dia sudah cuba menipu sebanyak tiga kali.
"Ini (makanan) canceled, saya makan. Bukan you makan tau sebab itu barang sudah refund.
"Hari ini sudah tiga kali you canceled. Tadi kali pertama pagi, barang lain. Ini makanan daripada kedai sama termasuk yang saya hantar, you canceled.
"Nombor telefon you pun tak boleh call, nombor rumah you tak letak. You cakap ada dekat luar dan suruh saya letak dekat bawah sebab you kat luar, tapi sebenarnya you dekat atas (rumah)," katanya yang bersembunyi di belakang tiang bagi menjejaki pelanggan yang menipu itu.
Jelas Amirol, perbuatan pelanggan yang membatalkan pesanan tanpa alasan kukuh akan menyebabkan tugas mereka 'digantung' selama beberapa hari sekali gus menyekat peluang untuk mencari rezeki.
Penghantar makanan tersebut kemudian memberi amaran untuk membuat laporan polis, namun wanita berkenaan meminta supaya tidak berbuat demikian.
"You jangan buat macam ni, kami cari makan. Kalau you mahu makan, you order betul-betul.
"Selepas ini kalau saya dapat (tangkap) you lagi, saya lapor pada polis. You janji jangan buat lagi ya," katanya.
Di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan taktik yang dilakukan wanita yang bukan sahaja menyusahkan penghantar makanan, malah menyekat peluang mereka mencari rezeki.
"Dah lama dia buat kerja tu, makan percuma tiap-tiap hari.
"Baru dia tahu langit tu tak selalu cerah. Kali ni dia silap percaturan," demikian antara komen netizen.
Selain itu, segelintir netizen turut memuji penghantar penghantar makanan berkenaan kerana bersikap profesional meskipun ditipu pelanggan.
"Bro, kamu seorang profesional untuk mengendalikan dia. Kamu penyabar, kagum.
"Manusia yang hebat. Bukan daripada kekuatan tapi sikap pemaaf dan memberi pengajaran bukan hukuman. Ya Allah, murahkan rezeki dia," komen netizen. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
buat je la report polis..
ingat kiasu ni nak insaf ke..
takde nya.. |
|
|
|
|
|
|
|
sama ada jenis suka cheapskate atau saja jenis suka aniaya orang.... jahat |
|
|
|
|
|
|
|
Cina ke?
Bodo la tak report polis. |
|
|
|
|
|
|
|
Patutla gendut.. makan haram |
|
|
|
|
|
|
|
Klau grab nak cancel dia confirm dgn rider dulu..
Kalau foodpanda bukan masa dia hantar kne tangkap gamba ke? Bukan tu proof yg dia da hantar? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by kakikuDibibirmu at 17-7-2023 08:06 PM
GrabFood jugak yang bagus, pembeli hanya boleh cancel order sebelum pihak kedai makan accept nak siapkan order tu, lepas daripada tu, pengguna memang tak boleh cancel order lagi dah, hanya rider sahaja yang boleh cancel order.
Kalu lama sangat order tak sampai-sampai contohnya rider mati kena gelek dengan lori IndahWater, baharulah sistem GrabFood autorefund.
Bodoh punya sistem FoodPanda |
|
|
|
|
|
|
|
bodohnye rider tu, buat je la report polis, xpyh nak kesian2 customer hanat camniehh |
|
|
|
|
|
|
|
Ape punya polisi customer cancel, rider kena sekat job. Apa kaitan rider dgn customer change their mind |
|
|
|
|
|
|
|
Kn klu aku pun buat je report polis. Ibarat korg jgk kata 'org miskin' pun curi sardin kena dpt pengajaran. Apatah lg yg kes gini. Dh sengkek tu buat cara sengkek, mkn maggi ke, puasa ke , ni ada hati nk mkn free. ( yela kita sengkek , terus puasa, mkn biskut )( ada rezeki lebih balun la mknn puas2). |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau grab memang tak boleh cancel kan...
Dulu aku order makanan tapi tak sampai2 sebab time Raya tak cukup staff and byk sgt order. Kalau aku nak aku kena tunggu lama so aku suruh cancel jer tapi refund hanya dapat balik 2 weeks later...itu pun kena email kat restaurant tu. Grab tak leh buat apa2. |
|
|
|
|
|
|
|
Report polis. Jgn bagi muka. Lepas ni dia nak tipu apa pulak.
|
|
|
|
|
|
|
|
I tak blh brain polisi yg customer cancelled, rider pulak yg salah sampai kena sekat.
Ada sesiapa blh tlg explain? |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 17-7-2023 08:05 PM
GrabFood jugak yang bagus, pembeli hanya boleh cancel order sebelum pihak kedai makan accept nak sia ...
Tak juga sayammm
Grab hanya boleh cancel dalam tempoh 5 saat pertama selepas kita tekan order
Ada timer bulat kat skrin tu
Kalau dah terlepas tu
Kita kena tunggu kedai yang cancelkan (mungkin order banyak)
Atau rider cancelkan (mungkin kedai tutup)
Atau terlalu lama tunggu
Kita boleh contact service Grab
Dia akan cancelkan untuk kita
Gitewwwwwww
Macik cuma nambah info
Jangan marah arrrr |
|
|
|
|
|
|
|
Rogue98 replied at 17-7-2023 09:08 PM
Kalau grab memang tak boleh cancel kan...
Dulu aku order makanan tapi tak sampai2 sebab time Raya ta ...
Salah satu cara nak elak lewat refund atau nak cepatkan refund
Guna PayLater dulu
Payment done
Pastu uols terus bayar kredit tu
Sama juga
Point pun masih dapat
Tapi sekarang Grab hanya charge dekat bank lepas rider siap hantar
Cuma kalau kita komplen apa2
Memang lambat nak refund ke bank
Jadi guna je PayLater dulu
Sebab auto refund dalam sistem |
|
|
|
|
|
|
|
silap2 rider tu yang kena dgn panda lepas ni.
lepas tu kena kecam ramai2, baru panda lepaskan rider tu |
|
|
|
|
|
|
|
setakat ni tak pernah order makan guna rider
tak paham sangat ape korang cakap
heh |
|
|
|
|
|
|
|
Selalu kena dengan FP.
kalau bayar online, memang jarang la nak dapat makanan.LOL
bayar cash elok pulak makanan tu sampai.
nasib baik dapat je refund.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|