CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3282|Reply: 92

Lelaki Merungut Makan Di Kedai Ambil Nasi Tanpa Lauk Dicaj RM4 - 'Apa Kau Merepek Ni?'

[Copy link]
Post time 16-7-2023 08:15 AM | Show all posts |Read mode
Berikutan peningkatan harga barang ketika ini, golongan kelas pertengahan dan bawahan adalah yang paling merasai kesannya.


Baru-baru ini, tular sebuah hantaran di Facebook oleh seorang individu yang mendakwa harga makanannya tidak berpatutan, mengundang perhatian warga maya.


Katanya, harga RM4 yang dikenakan untuk sepinggan nasi tanpa lauk seperti ikan mahupun ayam adalah sangat mahal.










Individu tersebut turut memuat naik sekeping gambar hidangannya untuk dinilai oleh warga maya.


Kelihatan dalam gambar yang dimuat naik iaitu nasi dengan kicap, sambal tempe goreng campur kacang tanah, sambal belacan serta ulam kobis bersama segelas air kosong.


Bagaimanapun, perkongsian individu itu bukannya disokong sebaliknya dikecam oleh rata-rata warga maya.


Hampir semua mereka berpandangan harga yang dikenakan untuk hidangannya dianggap munasabah lebih-lebih lagi ia bukan dibeli di gerai sebaliknya restoran.


"Hahaha dia pergi makan dekat restoran. Gelas pun tauke pakai jenis gelas mahal. Tiba-tiba dapat pelanggan macam ni.


"Tempe sekeping dah RM1.20 bang. Macam baru keluar gua. Kau buat sendirilah tempe bang. Sambal belacan tanam lada sendiri, kobis pun sama," demikian komen netizen.


Bagaimanapun menerusi ruangan komen, individu tersebut tetap mempertahankan pandangannya malah berkata harga yang sepatutnya dikenakan setakat RM3.








Namun beberapa netizen tampil membuat kira-kira bagi setiap item yang diambilnya untuk menunjukkan rasional di sebalik harga RM4 yang dikenakan pihak restoran.


"Nasi RM1.50, ulam dan sambal belacan RM0.50, tempe RM2.00. Ini pun mahal ke?


"Cubalah abang pula yang meniaga... nak tengok berapa ringgit nak letak," demikian antara komen netizen.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2023 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Lorrrr dgn lauk mcm tu RM4 berbaloi la...kalau ko ambil ikan..harga ikan tu sendiri dah RM8...belum sayur , air , sambal semua
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2023 09:05 AM | Show all posts
dah tau mahal napa tak masak sendiri

atau tunggu depan restaurant tungu orang sedekah nasi dan lauk

org masak penat2 komplen - bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2023 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Dasar manusia brengset. agaknya bg free br dia puas hati. Ko ingt sambal Tempe ikan bilis tu buat pakai air laut. Bodoh. Tambah sengget blh dpt menu Rahmah. Nasi, protein,sayur + air lg. Kan berbaloi.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2023 09:30 AM | Show all posts
noor2 replied at 16-7-2023 08:17 AM
Lorrrr dgn lauk mcm tu RM4 berbaloi la...kalau ko ambil ikan..harga ikan tu sendiri dah RM8...belum  ...

adik meols last week dia gi makan kat food court mana ntah tpi bukan kat KLCC...amik nasi putih + ayam 2 ketul kecik lps tu tempe skit...RM17..
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2023 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
midori888 replied at 16-7-2023 09:30 AM
adik meols last week dia gi makan kat food court mana ntah tpi bukan kat KLCC...amik nasi putih +  ...

Ayam seketul brp...

Akak pi restoran mesti tanya...tapi akak x suka ayam, suka ikan lagi...owner restoran tu jawab bila tanya harga ikan dia kata semua harga ikan minima RM8...bergantung saiz...lagi besar, lagi mahal..x kirala kembung ke, keli ke, jenahak ke...

Biasa mmg akak akan ambil jenahak..paling kecik potongan RM 8....kalau slice yg besar sikit RM 12 dan seterusnya..kalau kepala mau RM 50..hihi..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-7-2023 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Rm4 for what he took tu murah la. Ayoyo
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2023 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin dia ingat macam kat kg nasi rm1 tempe rm1 ulam percuma air percuma. Jumlah rm2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2023 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasi RM 2
Sambal RM 1
Tu aje RM 3.. elok ko ambik nasi lemak
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2023 09:46 AM | Show all posts
amboiii nokk 2 scoop tu byk ler nok utk ko skali lahap. dasar pelahap tempe. btw aku pernah je kena charge RM8 utk nasi dengan telur masak kicap sahaja, takda air, takda sambal belacan, takda kobis
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2023 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
itula sapa suh beli kat kedai kalo kata dh mahal...sendiri masak la..yg berniaga biorla dia nk letak bape rega apa yg dia jual...terpulang kt kita...nak beli ke idok jer...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2023 09:54 AM | Show all posts
noor2 replied at 16-7-2023 09:35 AM
Ayam seketul brp...

Akak pi restoran mesti tanya...tapi akak x suka ayam, suka ikan lagi...owner  ...

ntah taktau...tapi dia makan kat foodcourt, bukan kat restaurant....slalu kalu foodcourt kan biasa lebih murah....
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2023 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
_blackbird replied at 16-7-2023 09:46 AM
amboiii nokk 2 scoop tu byk ler nok utk ko skali lahap.  dasar pelahap tempe. btw aku pern ...

Meh akak teka:

Nasi =RM2
telur =RM3
Kicap=RM2
Caj sewa pinggan=RM1

....
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2023 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
midori888 replied at 16-7-2023 09:54 AM
ntah taktau...tapi dia makan kat foodcourt, bukan kat restaurant....slalu kalu foodcourt kan biasa ...

Rasanya ayam dah naik RM7 seketul....rasanyala...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2023 10:01 AM | Show all posts
noor2 replied at 16-7-2023 09:56 AM
Rasanya ayam dah naik RM7 seketul....rasanyala...

oic..tapi kecik sgt ayam nyer kalu nak charge RM7....adik kata baik dia gi makan kat restaurant, tambah skit jer lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2023 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni saja buat bebal ke? Kalau nk bungkus lauk asing je pn akan kira rm5 terus dh skrg.
Ni nasi siap belacan air rm4 murah sgt oi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2023 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
midori888 replied at 16-7-2023 10:01 AM
oic..tapi kecik sgt ayam nyer kalu nak charge RM7....adik kata baik dia gi makan kat restaurant, t ...

Susah juga dgn peniaga ni....mmg kadang2 harga x sama...try ambil makanan sama untuk 2 hari..kalau harga sama tu..maknanya betulla harga dia..
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2023 10:25 AM | Show all posts
noor2 replied at 16-7-2023 10:13 AM
Susah juga dgn peniaga ni....mmg kadang2 harga x sama...try ambil makanan sama untuk 2 hari..kalau ...

adik first time makan situ sbb dkt dgn masjid dia pergi utk friday prayer, lps nie mmg dia takkan pergi lagi lah foodcourt tu...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2023 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Ko ingat tempe jatuh dari langit terus masuk pinggan ko ke hanat
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2023 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
midori888 replied at 16-7-2023 09:54 AM
ntah taktau...tapi dia makan kat foodcourt, bukan kat restaurant....slalu kalu foodcourt kan biasa ...

Foodcourt mall mahal...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Alice Chang Dakwa Sedang Hamil Anak Datuk Seri Berstatus Suami Orang?
YgBenarAlice Chang Dakwa Sedang Hamil Anak Datu
Views : 28451 Replies : 21
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 98915 Replies : 3912
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 72743 Replies : 784
Jumpa Doktor Setakat Nak Bagi Tarikh?” –Wanita kiciwa Adik Hidap Kanser Tahap 4 ‘Disidai’ Berjam-Jam Di Hospital Sultanah Nur Zahirah
YgBenarJumpa Doktor Setakat Nak Bagi Tarikh?”
Views : 33735 Replies : 63
Pelakon suara Doremon telah tiada
maklukpenggodaPelakon suara Doremon telah tiada
Views : 32806 Replies : 38
Maroon 5 in Kuala Lumpur
maklukpenggodaMaroon 5 in Kuala Lumpur
Views : 48500 Replies : 126
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 17398 Replies : 236
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 42460 Replies : 257
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 110996 Replies : 7259
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 75021 Replies : 706

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.081239 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list