View: 2268|Reply: 40
|
Makcik Simbah Asid Kerana Suami Orang Nak Berkawan, Dipenjara 12 Bulan
[Copy link]
|
|
Mahkamah Majistret Selayang hari ini menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan terhadap wanita warga emas kerana menyimbah asid ke atas seorang lelaki warga Pakistan sehingga mengalami kelecuran tahap satu di bahu kanan dan belakang badan, minggu lepas.
Hukuman diputuskan selepas Saira Abdullah, 62, mengaku bersalah mencederakan Inam Ullah, 37, dengan menggunakan cecair kimia di dalam lif Blok B Pangsapuri Laksamana Jaya, Kampung Laksamana, Batu Caves, Gombak, pada 1.10 pagi, 4 Julai lepas di hadapan Majistret Chai Guan Hock.
Utusan
"Tertuduh mengaku bersalah dan menjimatkan masa dan kos mahkamah. Dengan mengambil kira faktor kepentingan awam dan keseriusan kesalahan, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan bermula dari tarikh tangkap pada 9 Julai 2023," kata majistret itu.
Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.
Peguam Izleen Ismail dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Selangor yang mewakili Saira merayu hukuman ringan dengan alasan anak guamnya, seorang mualaf kini dalam proses penceraian dengan suaminya selain mengalami kemurungan teruk serta menghidap penyakit darah tinggi.
"Wanita ini sudah 32 tahun berumah tangga dengan suaminya. Bagaimanapun, tiga tahun lepas, dia mendapat tahu bahawa suaminya mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain," kata peguam itu dan menambah anak guamnya tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.
Menurut Izleen, dalam kes ini, tertuduh mendakwa dia telah diprovokasi mangsa (Inam) yang mahu berkawan dengannya walaupun lelaki itu sudah berkahwin.
"Tertuduh tidak boleh berfikir dengan betul dan mengambil tindakan sendiri (menyimbah cecair kimia) dan dia amat menyesali perbuatannya," katanya.
Timbalan Pendakwa Raya Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal memohon hukuman berat berbentuk pengajaran dikenakan terhadap tertuduh, mengambil kira kecederaan dialami mangsa kerana faktor kepentingan awam perlu mengatasi kepentingan peribadi tertuduh.
Mengikut fakta kes, hasil pemeriksaan doktor mendapati mangsa mengalami kesan lecuran tahap satu di bahu kanan dan belakang badan.
Dalam prosiding sama, Saira mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja mencederakan Jemilah Sabda, 60, isteri kepada Inam pada tempat, waktu dan tarikh sama, juga mengikut seksyen yang sama.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 Sept ini untuk sebutan semula kes.
Sumber: BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Plot Twist Pulak
Menurut Izleen, dalam kes ini, tertuduh mendakwa dia telah diprovokasi mangsa (Inam) yang mahu berkawan dengannya walaupun lelaki itu sudah berkahwin.
"Tertuduh tidak boleh berfikir dengan betul dan mengambil tindakan sendiri (menyimbah cecair kimia) dan dia amat menyesali perbuatannya," katanya. Makk aii.. udah si paku-pakis tu pulak kene tudoh nak ngorat dia. Watdehel..
|
|
|
|
|
|
|
|
tumpanglalu74 replied at 14-7-2023 02:46 PM
Makk aii.. udah si paku-pakis tu pulak kene tudoh nak ngorat dia. Watdehel..
Inam ni mmg minat dgn nenek2 kot. Umo baru 30an tapi bini sendiri pun 60thn. Ngorat plak nenek 62thn mmg logic la kot |
|
|
|
|
|
|
|
Adoi acik… dorg ni mostly mmg nk cari local acik tp yg ni dh ada bini acik cari la yg lain. Acik ada duit bole bisnes confirm lg depa suka.
Apa pn patut settle la dlu cerai tu x memasal jd kes dh |
|
|
|
|
|
|
|
Ke acik jeles kawan satu blok makcik dapat pucuk muda padu padat senak tu acik? ehehehehehe... |
|
|
|
|
|
|
|
nasib la ada rakaman cctv. tergamak ye simbah menyimbah asid kat orang |
|
|
|
|
|
|
|
maknanya at least ada 3 orang dalam lift pada waktu kejadian pukul 1.10 pagi? Wow!
|
|
|
|
|
|
|
|
gaduh geng pendatang ke ni..
nama masing-masing leluhur sangat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by salimrock at 14-7-2023 03:07 PM
Menurut Izleen, dalam kes ini, tertuduh mendakwa dia telah diprovokasi mangsa (Inam) yang mahu berkawan dengannya walaupun lelaki itu sudah berkahwin.
inam tu porovokas sebab mgkn nak nenek tu kot...
provok kasi jeles, cam dulu la kawan wa ada 2 orang kawan pompuan asik provok je ckp kawan lg sorang berlaku curang, last2 kawan wa sapu yg provok tu...hahaha
yg lagi sorang pn kena sapu juga...hahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
tumpanglalu74 replied at 14-7-2023 02:46 PM
Makk aii.. udah si paku-pakis tu pulak kene tudoh nak ngorat dia. Watdehel..
TL....hari tu mangsa claim dia kena simbah sbb org dengki dia berniaga.....
Rupanya paku pkis ni provoke...... |
|
|
|
|
|
|
|
Kemain si Inam ni taste yang oldies je. |
|
|
|
|
|
|
|
Pompuan Yang Dah Tak On
Memang takde napsu nak instigate. Biasenye penampilan pon dah tak jage termasok la andartu yang dah givap. Yang kuat nak menggatal ni fugi2 yang tiap malam kene toron je.. Malam kasi hasben, pagi kat ofis maseh terase lagi miang kat celah tu. Belom puas, silap2 kolig pon kene gode. Ramai je kat ofis aku spesis yang suke wat kolig zantan tangkap leleh dalam spender walopon dorang bini orang. Udah tak tahan dah sekor ni kat ofis aku gile bayang kat bini orang ni. Jalan macam on cloud 9 tiap hari. Tapi bini orang tu bukan nak kasi sume.. Gode2 gitu je memenohi kebosanan kat ofis.
|
|
|
|
|
|
|
|
akak2 polis skrg bermekap2
double cun
|
|
|
|
|
|
|
|
allshares replied at 14-7-2023 02:50 PM
Inam ni mmg minat dgn nenek2 kot. Umo baru 30an tapi bini sendiri pun 60thn. Ngorat plak nenek 62t ...
Bukan minat. Terpaksa nikah pompuan tua kerepot sbb nk stay kat sini. Bukan dia je buat style gini, ramai lg pakis nikah pompuan tua kerepot, bayar duit je. Kat nilai tu haaa, kawan aku citer, brp ramai pakis carik pompuan nak nikah.. sanggup bayar. Yg pompuan tua kerepot tu pulak, siap marah kalau org tegur jgn kawin dgn pakis, dituduhnya org dengki. Ingat ko je boleh kawin? Gittew acik2 kerepot kata. |
|
|
|
|
|
|
|
Kawen Arini
Pagi esok dapat kad PR dia blah cari awek indon..
|
|
|
|
|
|
|
|
bela diri tkde loyer ckp camtu terus jadik tajuk berita? |
|
|
|
|
|
|
|
ringan nya hukuman 12 bulan je |
|
|
|
|
|
|
|
Aikk
Elok je ko edit balek part andartu & jande tu ye.. Watever dude.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah kenapa nama2 korang ni semua nama non lokal? |
|
|
|
|
|
|
|
x paham ong laki taste kat pompuan beza berpuluh tahun.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|