CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11104|Reply: 121

Shuib Kesal Ada Staf Menyesal Kerja Di Bubblebee

[Copy link]
Post time 6-7-2023 04:16 PM | Show all posts |Read mode
Selepas isu kematian isterinya, Allahyarham Siti Sara Raissuddin difitnah, pelawak Shuib mendedahkan dia juga sering mendengar cakap belakang mengenai perniagaan air minuman Bubblebee miliknya.








Katanya, ada suara-suara mendakwa kedainya mendapat tajaan Freemason dan menjadi lubuk ‘mencuci’ duit haram.


Ketika pertemuan bersama individu yang memfitnah dia dan arwah isterinya berkenaan isu Freemason, baru-baru ini, Shuib mengambil kesempatan itu untuk memberi penjelasan mengenai tuduhan terhadap perniagaannya.







Katanya, Bubblebee sudah mempunyai puluhan cawangan di seluruh Malaysia dan menjana RM150 juta dalam tiga tahun.


Shuib juga kesal apabila ada pekerja meluahkan rasa menyesal bekerja di kedai minumannya berikutan ragu-ragu dengan keberkatannya selepas tuduhan tidak berasas itu menjadi bahan bualan netizen di media sosial.




  













Justeru, usahawan itu berharap agar segala fitnah terhadap perniagannya dihentikan. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2023 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
ciri2 kedai terlibat bisnes cuciduit; bukak outlet merata tapi customer x ramai

freemason tu x target orang macam soeb, tapi addy kana suka la
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye ye je sales gempak sampai camtu
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 04:39 PM | Show all posts
ada ker lagi yang beli tu???
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 04:43 PM | Show all posts
Tapi.. setiap kali I lalu Bubblebee ni tak pernah ada orang.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Berapa total cukai dia kena bayor setahun eh?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2023 05:14 PM | Show all posts
suku sakat kak kilometer gak...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pernah nampak org tiap kali lalu kedai ni.. ZUS yg berdepan dgn kedai ni ada la org.. grab pun tunggu dpn zus.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2023 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye ye tidak je ko ebbbb

Branch sini sunyi eb mcam tanah perkuburan.
Tapi tak tau la kot Jin di kira pelanggan.

Hijab hakak tertutp dek.
X dpt tgok Jin.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 05:27 PM | Show all posts
Kak @dudaberhias tanak komen ke? Kecik besar kecik besar je ios baca 150mil tu. kek mamasab boleh kambus belakang umah. Yang air diabetes ni acaner?
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
vanillaninja replied at 6-7-2023 04:43 PM
Tapi.. setiap kali I lalu Bubblebee ni tak pernah ada orang.

Anak aku tealive beli boleh abis...ngk dia beli bumblebee ni...dr bentuk aiskrim ke jd air..tak abis ke sudah....
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat area rumah iouls ni ada 2 chatime, 2 tealive dalam radius kurang 10km. Dan tiap2 outlet ni kalau pergi waktu lunch / dinner.. even petang pukul 4 pon ramai orang. Semalam i pergi dengan anak pukul 12.30 tempat duduk pon xde padahal tu outlet yg besar ada kerusi & meja. Anak i sampai sedih x dapat rasa strawberry pudding tu sebab teringin sangat, last belikan sebelum bulan puasa. Meanwhile outlet air si soeb ni ambik shoplot corner yg besar tapi sendu ya amat. Xtahu la camna dorang boleh pusing capital & survive dengan demand yg sikit
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Staff2 situ dpt gaji cmne kalau xleh rolling modal per outlet..?
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 06:06 PM | Show all posts
yela harga dia bagi iols agak mahal untuk cup saiz kecik gitu. Pernah cuba nak beli kat foodpanda dulu tapi tak jadi sebab rasa tak berbaloi. Ujung2 meols beli Tealive je yang lebih berbaloi, tadi baru je beli ada satu kedai bubblebee area umah iols ni tapi nampak sunyi je noks, tak tau la kalau students rajin cikcur ke situ
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 06:31 PM | Show all posts
ada lagi ke yang beli bubbblebee ni nokkk...

lagi sedap tealive dan chatime kot dah ada macam2 perisan kat situ...

yang bubble bee ni dah so yesteryears... macam empunya tuan jugak la...

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 06:33 PM | Show all posts
belilies replied at 6-7-2023 05:27 PM
Kak @dudaberhias tanak komen ke? Kecik besar kecik besar je ios baca 150mil tu. kek mamasab boleh ka ...

khennn 150 mil sekali dia bagi... choiiii...

agen2 kek mamasabariah keras kejung yang baling kat anjing pun mati dah boleh bersara dan start keje buat air manis tahap potong kaki kat bubble bee ni...

dah tempang nanti boleh jadi jodoh kepada bad indigo yang berangan nak ada awek tu....
sian pakcik tempang tu dia pun nak bahagia cari jodoh...

harap2 pekerja bubble bee yang dah tempang nanti sudi ye kahwin dengan orang tu...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2023 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
vanillaninja replied at 6-7-2023 04:43 PM
Tapi.. setiap kali I lalu Bubblebee ni tak pernah ada orang.

Betul sgt tk caya meols keuntungan tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
mawarika replied at 6-7-2023 05:17 PM
Tak pernah nampak org tiap kali lalu kedai ni.. ZUS yg berdepan dgn kedai ni ada la org.. grab pun t ...

yg outlet yg ada kopi org kerja mmg cari la. keperluan untuk celik sampai ptg kaedahnya. yg manis2 ni entah la
mayb rasa sekali cukup.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada ke 150 cawangan,??? sbb dengarnya nk bukak satu outlet 1 mil. Berani dia sebut 150 jota ya? Dedulu kena panggil sprm x ingat ke
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Kangkung1M at 6-7-2023 10:14 PM
laksmanabentan replied at 6-7-2023 04:39 AM
ada ker lagi yang beli tu???

Soeb kata sekarang dia ada 69 cawangan air madu. Setiap cawangan menawarkan lebih 30 menu.

Selepas arwah meninggal, sambutan terhadap air madunya meningkat 6 kali ganda. Maka, tidak hairanlah perniagaan air madu Soeb peroleh hasil jualan sebanyak RM150 juta dalam masa 3 tahun.

Tambah Soeb lagi, beliau sekarang tidak mahu dikenali sebagai seorang selebriti, sebaliknya sebagai 'the real  bussinessman'

Dalam masa terdekat, Soeb bakal buka cawangan di luar negara seperti Indonesia, Thailand dan Singapura.

Artikel penuh kalian boleh baca di bawah.

  

Sesiapa yang berminat nak jadi rakan niaga Soeb, bolehlah hubungi nombor di bawah.
(Oh Soeb pakai cermin mata sebab tu dia tak perasan  kesalahan ejaan Successful)

  

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-10-2024 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.055321 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list