CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 158|Reply: 0

[Kelantan] Pembeli pangsapuri terbengkalai tarik nafas lega

[Copy link]
Post time 19-6-2023 01:33 PM | Show all posts |Read mode

Pangsapuri di Lembah Sireh yang terbengkalai.

Kota Bharu: Lebih 120 pembeli pangsapuri di Lembah Sireh yang terbengkalai selepas pembinaannya tertangguh disebabkan Covid-19, kini menarik nafas lega apabila diberikan moratorium oleh Kerajaan Persekutuan.

Perkara itu diumumkan sendiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kampung Jaya, Pasir Hor di sini, semalam.

Siti Alizam Shafie, 35, berkata, dia berterima kasih kepada kerajaan kerana prihatin dengan masalah dihadapi pembeli rumah yang selama ini sudah membuat bayaran bulanan dengan potongan yang agak banyak.

"Alhamdulillah, saya menyambut baik dan gembira dengan pengumuman ini sekali gus dapat meringankan beban dan pada masa sama, ia adalah pilihan tepat memandangkan kami sudah lama membuat bayaran bulanan, namun projek ini masih tidak menunjukkan sebarang perkembangan.

"Namun, saya juga menggesa kepada pihak pemaju supaya dapat menyiapkan projek dengan segera," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, seorang lagi pembeli unit di situ, Dr Maryam Azlan, 43, berkata, dia menarik nafas lega dengan pengumuman penangguhan bayaran balik pinjaman pangsapuri di Lembah Sireh sehingga projek berkenaan siap.

"Bagaimanapun, pada masa sama, saya juga menunggu kenyataan rasmi daripada LPPSA (Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam) mengenai pinjaman perumahan yang sebelum ini membuat bayaran bulanan secara potongan.

"Saya mahu penerangan secara terperinci daripada pihak berkenaan mengenai pelepasan bayaran moratorium yang diumumkan oleh Perdana Menteri," katanya yang juga penjawat awam.

Media semalam melaporkan, Kerajaan Persekutuan bersetuju menangguhkan bayaran balik pinjaman kepada pembeli rumah pangsapuri kakitangan awam Lembah Sireh di sini, yang terbengkalai sejak 2020.

Perdana Menteri berkata, pembeli hanya perlu meneruskan bayaran selepas kunci rumah diserahkan kepada mereka.

Projek perumahan itu terbengkalai sejak tiga tahun lalu, namun pembeli terpaksa membuat bayaran pinjaman yang kebanyakan penjawat awam membuat pinjaman LPPSA.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ai-tarik-nafas-lega

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 158956 Replies : 3902
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 71225 Replies : 2929
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 3930 Replies : 15
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 102401 Replies : 2875
Want to tap into the exciting world of sports betting?
peterkester96Want to tap into the exciting world of s
Views : 4431 Replies : 1
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 13806 Replies : 97
Walaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok tetapi kajian tunjuk wanita Malaysia Ke-6 Paling Cantik Di Asia, Atasi Singapura & Thailand.Acik forum bangga?
YgBenarWalaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok
Views : 7909 Replies : 54
Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Tinot7Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Views : 5153 Replies : 40
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 188046 Replies : 1712
Penyasaran subsidi diesel perlu untuk selamatkan negara. Kata PM Anwar
mojarean_XPenyasaran subsidi diesel perlu untuk se
Views : 6745 Replies : 61

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 01:04 AM GMT+8 , Processed in 0.121572 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list