CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 1374|Reply: 60

Penduduk Tempatan Berharap PM Berjaya Selesaikan Isu Air Di Kelantan

[Copy link]
Post time 14-5-2023 04:09 PM | Show all posts |Read mode
Kota Bharu: Rakyat negeri ini berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat menyelesaikan masalah bekalan air bersih sekali gus menamatkan derita mereka sejak sekian lama.


Pesara, Omar Hassan, 69, berkata, rata-rata rakyat Kelantan mahu isu ini dinoktahkan dengan segera.


"Saya harap Perdana Menteri berjaya dalam menyelesaikan masalah air yang membelenggu penduduk Kelantan.






"Sebagai rakyat, saya mahu ianya selesai dengan segera memandangkan air ini adalah keperluan harian," katanya yang tinggal di Wakaf Che Yeh, di sini.


Menurutnya, kediamannya mengalami masalah gangguan bekalan air sejak empat hari lalu yang disyaki berpunca daripada paip besar yang tersumbat.


"Saya sudah membuat laporan kepada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) hari ini dan berharap ia dapat diselesaikan," katanya yang membina telaga tiub sebagai inisiatif ketika mengalami masalah bekalan air.


Suri rumah, Nor Ashikin Ramli, 40, berharap Perdana Menteri akan segera mencari dana dan membantu rakyat Kelantan untuk menyelesaikan isu air berkenaan.


"Masalah ini dihadapi oleh ribuan penduduk menyebabkan kami buntu dan terpaksa membina telaga tiub bagi kegunaan harian termasuk untuk mandi dan membasuh pakaian.


"Namun, besar harapan saya dan masyarakat di negeri ini untuk melihat dan merasai sendiri pengalaman menggunakan air bersih tanpa gangguan yang lama.


"ada masa ini, di kawasan saya kerap berlaku gangguan air menyebabkan saya menggunakan sumber telaga tiub," katanya yang tinggal di Kampung Talak, Tumpat.


Perdana Menteri sebelum ini berkata, Kerajaan Persekutuan akan mencari dana dan menyelesaikan masalah bekalan air di Kelantan yang sehingga kini tidak selesai.


Perdana Menteri berkata, masalah itu akan diselesaikan menerusi kaedah yang betul dengan kerjasama penuh kerajaan negeri Kelantan.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2023 04:14 PM | Show all posts
aikkk... undi org lain harap org lain pulak selesaikan... mabok ke ore kelate ??? bertahun2 xde ayorrrr tetapla undi muka yg sama.... pulaktu org yg ko harapkan tu pegang selangor bertahun2 pun masalah air saban tahun tak pernah nya selesai
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2023 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Knp tk tamatkn saja pemerintahan pas..dh brp lama korg dok bwh ketiak pas. Ujung² dok harap org lain
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2023 04:39 PM | Show all posts
krustykrab replied at 14-5-2023 04:16 PM
Knp tk tamatkn saja pemerintahan pas..dh brp lama korg dok bwh ketiak pas. Ujung² dok harap org lai ...

Kan.. Harapnya kerajaan negeri Kelantan akan bertukar..

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2023 05:46 PM | Show all posts
Kalau kerajaan skrg boleh bantu selesaikan masalah air, ada harapan untuk menggugat PAS di Kelantan. Tapi kena pandai main sentiment lah. Jangan zuhud sangat. Pemimpin PAS akan putar sepatutnya mmg tggjwb govt. Parti kerajaan skrg byk kena highlight diri tentang kemajuan yang dah dibuat di Kelantan & at the same time kena tingkatkan ilmu agama, rajin bergaul dgn masayrakat setempat, pi masjid & musollah selalu especially waktu Subuh, Maghrib & Isyak. Kena tunjuk lifestyle masih keIslaman. Org Klate x suka kalau pemimpin terlalu moden, pendek kata macam org luar. Mat Jargon menang PRU lepas tu kira kebetulan saja. Mana2 nama bertanding dlm pakatan PAS tu akan menang sbb time tu sentiment untuk tolak Zahid/BN kuat. Kerusi parlimen tu mmg bkn kerusi kuat PAS, so pemimpin PAS x kisah bagi kat calon parti gabungan. Kalau menang, untunglah PAS, kalau kalah mmg x heran.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2023 05:49 PM | Show all posts
Ore kelate sendiri pun tak suka PAS.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2023 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 14-5-2023 05:49 PM
Ore kelate sendiri pun tak suka PAS.

serius arrrr??? abes tu mai mana pakat2 dok undi sampai org sama je memerintah tu.

eh...ke chuols sinis?
iols pembaris???
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2023 06:22 PM | Show all posts
insulin replied at 14-5-2023 05:49 PM
Ore kelate sendiri pun tak suka PAS.

adakah chuols bercakap tentang diri sendiri ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2023 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix: aikkk... undi org lain harap o ...


Hohohoho Anwar bodohh pun buatlaa ape yg sskjp tu mintakkk.. ujung ujung pilihanrayeee pas pis pus jgk menang... Hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2023 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Biar kan jer lah ...sendiri yang buat pilihan...bodoh tu pekat sangat...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2023 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
kne tukar biar PAS jd kerajaan sbb selama ni kelantan di anak tirikan dan di politikkan dgn blame kerajaan negeri walau sebenarnya tanggungjawab bekalan air ni dibawah kerajaan pusat dibawah agensi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara SPAN


Di mana pihak berkuasa negeri masih lagi mengekalkan bidang kuasanya bagi kawasan tadahan sumber air manakala bekalan dan perkhidmatan dipindahkan kuatkuasanya kepada kerajaan persekutuan.

tahun 2006 dua akts, Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara yang mengawal selia perkhidmatan-perkhidmatan bekalan air di negara kita dan Akta Industri Perkhidmatan Air

Visi: Ke arah perkhidmatan bekalan air yang mampan, berdaya harap dan termampu untuk semua

Misi: Untuk mengawal selia industri perkhidmatan air melalui pelaksanaan Akta Industri Perkhidmatan Air yang adil, berkesan dan telus

Objektif
Mewujudkan suatu struktur perkhidmatan bekalan air dan pembetungan yang telus dan bersepadu untuk menyampaikan perkhidmatan yang berkesan dan cekap kepada pengguna;
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2023 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
400jota lobai wat joli borong mers ni tagih dana lagi.
Dasarrrrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2023 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 14-5-2023 04:16 PM
Knp tk tamatkn saja pemerintahan pas..dh brp lama korg dok bwh ketiak pas. Ujung² dok harap org lai ...

Takoddd..
Lobai tnya nk sorga kaa nk air bersih.
Masing² pangkah nk sorgaaa
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2023 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 14-5-2023 08:38 PM
400jota lobai wat joli borong mers ni tagih dana lagi.
Dasarrrrrrr

Dpt dana lagi dia buat tambah bini baru pulak...
Tk leh caya penonggang nih
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2023 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 14-5-2023 06:15 PM
serius arrrr??? abes tu mai mana pakat2 dok undi sampai org sama je memerintah tu.

eh...ke chuols ...

Katanya yg dok undi tu sek sek demo yg koje kt luar, balik sskjp sekali sekala....best sejuk mandi ayaq telaga, kt negeri lain mandi ayaq paip katanya...

Nuart patut buat akta, mana² org yg menetap negeri lain lebih dari 2 tahun, diwajibkn mengundi kt tempat dia menetap tu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2023 08:51 PM | Show all posts
Samalah juga dengan melayu2 yang minta itu minta ini padahal bukan sokong bangnon pun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2023 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 14-5-2023 08:51 PM
Samalah juga dengan melayu2 yang minta itu minta ini padahal bukan sokong bangnon pun.

orang panggil demokrasi
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2023 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 14-5-2023 06:15 PM
serius arrrr??? abes tu mai mana pakat2 dok undi sampai org sama je memerintah tu.

eh...ke chuols ...

sis kalau baca kat page2 sskjp majoriti komen mmg ramai mengecam lobai tapi sangat hairan bila mengundi terus 14-0 tu diaa. rasanya betul walaun anak seluang perantau mengemis kat negeri dapig kapir yg balik tinggal taik kat org kg suruh membangun bersama isele jd penentu kerajaan yg menang. kalau tgk suasana time cuti ngan tak cuti sangat lah berbeza kesesakan jalan, betapa ramainya walaun tgh merempat kat negeri maju. dlm family aku 7/8 pengundi PH, guess what? yg 1/8 jd walaun tu lah yg terhegeh2 nak duduk selangor nak anak lahir kat selangor sbb nak dapat benefits anak selangor. dah balik kg tu pandai pulak mandi air boring, takdenye bawak baldi pegi mandi manda kat sungai tesco!


Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2023 11:51 PM | Show all posts
Harusla propa...selagi PAS pegang gomen jangan harap madanon nak tolong ...nanti walanon2 x de modal...asyik2 air teh tarik...bosan merc...tu je modal spjg zaman...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2023 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat Kedah n Penang pun xde air...nak tolong negeri mana dulu ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 02:26 PM GMT+8 , Processed in 0.611444 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list