View: 3223|Reply: 58
|
'Jangan Gelar Madu Saya Penyondol, Dia Sahabat Saya'
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: "Ramai salah faham dengan menggelarkan madu saya 'penyondol'. Hakikatnya dia rakan saya dan saya yang bantu suami merisik serta melamarnya," kata ibu tiga anak, Paveena Shaeleen Saimin.
Paveena Shaeleen, 30, memberi reaksi itu susulan kisahnya hadir ke majlis perkahwinan suami, Muhammad Syafiie Jamaludin, 33, dan isteri kedua, Nurul Nazirah Abdul Hamid, 28, yang tular di laman sosial selepas satu video dimuat naik di TikTok.
Paveena Shaeleen berkata, Nurul Nazirah bukan orang asing malah rakan baik yang sudah lama dikenalinya.
Paveena Shaeleen bergambar kenangan dengan suami, Muhammad Syafiie dan madunya, Nurul Nazirah selepas majlis persandingan, Sabtu lalu.
Malah atas persetujuannya, suami dan Nurul Nazirah disatukan dalam majlis akad nikah pada Jumaat diikuti persandingan di Shah Alam, Selangor pada Sabtu lalu.
"Kami memang berkawan rapat dan mula kenal di Facebook (FB). Boleh dikatakan, hubungan kami macam belangkas sampai malah dia pernah bercuti dengan anak saya sekali.
"Bagaimanapun, dia tak rapat dengan suami pun, setakat kenal macam itu saja.
"ada satu hari, dia (Nurul Nazihah) tanya ada kerja kosong atau tidak dan kebetulan ada, maka saya ambil dia bekerja sekali untuk kami bersama buat siaran langsung di TikTok," katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Bertitik tolak daripada situ, Paveena Shaeleen mula mengusik dan menjodohkan suaminya dengan Nurul Nazirah.
Paveena Shaeleen berkata, suami dan Nurul Nazirah pada mulanya hanya tersenyum dan tidak beri maklum balas yang menunjukkan mereka ada perasaan terhadap satu sama lain.
Ditakdirkan, usaha Paveena Shaeleen untuk menjodohkan mereka berdua menjadi dan dia tiada halangan kerana sudah lama mengenali Nurul Nazirah dan senang dengan sikap rakannya itu.
"Selepas beri suami 'lampu hijau' untuk berkahwin lagi, dia ada juga bawa jumpa beberapa calon.
"Bagaimanapun, semuanya saya tidak berkenan kerana lebih tertarik dengan Nurul Nazirah selepas melihat layanannya terhadap anak dan cara cakap dengan emak ayah saya serta suami.
"Daripada situ, kami berbincang dan selepas semua setuju, saya jadi wakil rombongan merisik dan melamar hingga mereka kini sah sebagai suami isteri," katanya.
Paveena Shaeleen berkata, suaminya dan Nurul Nazirah baru berkenalan dan bercinta selepas kahwin.
Berkongsi perasaannya, Paveena Shaeleen berkata, dia reda dengan ketentuan Ilahi dan yakin suaminya dapat menjalankan tanggungjawab sebaiknya.
"Saya percaya suami saya akan berlaku adil kerana dengan saya, dia layan macam ratu. Madu pun begitu jadi saya cuma harap dia bertanggungjawab dan beri layanan sama rata.
"Cemburu itu ada tetapi tidak melampau, cuma setakat berkaitan makanan kerana selera saya dan madu berbeza jadi hanya sering berebut tempat saja.
"Buat masa ini, semuanya baik malah anak-anak pun panggil madu Mummy Naz," katanya.
Berhubung reaksi netizen, Paveena Shaeleen berkata, ada yang positif dan juga negatif.
"Terima kasih kepada yang doakan kami bertiga, semoga bahagia sampai ke syurga hendaknya. Bagi yang berkata negatif, saya tiada komen untuk itu kerana ia pendapat masing-masing," katanya.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Iols terfikir perempuan muda yg sgt redha suami kawen lain siap carikn jodoh ni, depa xlarat layan nafsu suami yg asyik mintak je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tertgk kt tt ..ramai yg komen rupa paras lelaki ni |
|
|
|
|
|
|
|
Bia betikk baru 30 da berbini 2 |
|
|
|
|
|
|
|
Knape suh laki kawen lg
Klu laki ko nsem mcm fattah amin mst ko kunci rapat2 dlm lemari kn |
|
|
|
|
|
|
|
aku sampai sekarang teringat apa nasehat satu bini orang kat aku...
laki kalau nak nikah sampai 4, sebelom 30 tahun.....
sebab nanti waktu ada anak, umor kuat lagi....
laki dia kawen 4 umor 32 tahun......
|
|
|
|
|
|
|
|
pearl.silver replied at 9-5-2023 09:02 PM
Iols terfikir perempuan muda yg sgt redha suami kawen lain siap carikn jodoh ni, depa xlarat layan n ...
haha ingat aku sorang je terpikir benda sama. laki pon x hensem elok la suruh madu yg layankan
|
|
|
|
|
|
|
|
pearl.silver replied at 9-5-2023 01:02 PM
Iols terfikir perempuan muda yg sgt redha suami kawen lain siap carikn jodoh ni, depa xlarat layan n ...
Org yg aku jumpa muda2 laki bini benarkan kahwin lain sebab bukan pasal sex. Dia jenis bosan & penat nak kena hadap laki nya 24jam. Dia nak ada masa me time bebas dari segala responsible. Hihihi bila laki kat rumah madu dia soh angkut anak2 skali ke rumah madu dia dpt bersenang lenang sendiri buat la apa2 yg dia suka |
|
|
|
|
|
|
|
ohhh patutlah. somi wajah biasa2 jah sudi di sharing ramai2, kalau hensem nak mati coochie ngko makan sorg2 kan |
|
|
|
|
|
|
|
Pelik nama dia.. Mula2 ingatkan india |
|
|
|
|
|
|
|
Ade group kat fb psl poligami harm0ni. Founder die kawen 4 siap semua isteri satu rumah. Aku tertanya2 ni kire adil ke dr segi bab nafkah suami kena beri tempat tinggal. Tapi tempat tinggal konsep die himpunkan semua keempat empat bini dalam 1 rumah. |
|
|
|
|
|
|
|
tgk muka laki dia bahagia hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 9-5-2023 09:14 PM
Tertgk kt tt ..ramai yg komen rupa paras lelaki ni
Haha dkt fb ada yg ckp mcm ni “kita kalau dpt suami hensem elok, x gamak nk share” |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Suchi at 9-5-2023 10:24 PM
Smlm iols tgk kat bio fb dia tulis coming soon single ha gitu la lebih kurang tak ss plak .tk tau la kalau dh tukar arini.
Dia kata laki dia tu layan dia mcm ratu kan tp
iols nmpk dia ada share video kt fb pasal tugasan lelaki semasa isteri berpantang.
Dia tulis caption berangan je.. dh biasa
berpantang sendiri.
|
|
|
|
|
|
|
|
Errr.. so? As long as everybody's happy ok je |
|
|
|
|
|
|
|
_blackbird replied at 9-5-2023 10:00 PM
Org yg aku jumpa muda2 laki bini benarkan kahwin lain sebab bukan pasal sex. Dia jenis bosan & pen ...
Oh yeke.. i ingat umo 30s masih lg seronok berlaki..
ada gak yg dah mls melayan laki ya.. |
|
|
|
|
|
|
|
pearl.silver replied at 9-5-2023 09:02 PM
Iols terfikir perempuan muda yg sgt redha suami kawen lain siap carikn jodoh ni, depa xlarat layan n ...
Ada gak yg speku nippon paint....
Pelik le pulak.....isteri² nabi pun tak se redha mcm tu siap pegi minangkn..... |
|
|
|
|
|
|
|
pearl.silver replied at 9-5-2023 09:02 PM
Iols terfikir perempuan muda yg sgt redha suami kawen lain siap carikn jodoh ni, depa xlarat layan n ...
Aku bru nk komen benda sama. |
|
|
|
|
|
|
|
smlm tertengok tiktok laki dia umur 33 ke. org Tanya mampu ke suami menyara dua isteri. pastu dia cakap suami kerja keras siang malam , nk jumpa pun susah nk sara keluarga. bagi sy Tu belum mampu la.huhu |
|
|
|
|
|
|
|
I mcm tgk tt dia..macam makan hati jaaaaaa. |
|
|
|
|
|
|
| |
|