View: 2395|Reply: 58
|
Balutan Muka Jadi Bahan Gurauan, Pesakit Mahu Saman Doktor
[Copy link]
|
|
Beijing – Seorang lelaki dari China berang apabila menjadi bahan ketawa orang ramai selepas dia keluar dari bilik kecemasan dalam keadaan mempunyai balutan pelik pada mukanya, lapor laman berita Thaiger semalam.
Pada mulanya, lelaki itu tidak dapat memahami mengapa orang ramai ketawa sejurus memandang ke arahnya.
Namun, selepas melihat pantulan wajahnya di cermin, dia menyedari tentang keadaan balutan pada mukanya yang kelihatan pelik.
Balutan pelik pada muka seorang lelaki di sebuah hospital menyebabkan orang ramai ketawa apabila melihatnya.
Insiden tersebut dilaporkan berlaku di sebuah hospital di wilayah Henan dan menyebabkan pesakit berusia 26 tahun itu sedang mempertimbangkan rancangan untuk menyaman doktor disebabkan keadaan balutan tersebut.
Lelaki berkenaan dirawat di wad kecemasan disebabkan kemalangan.
Beberapa individu kemudian dikatakan cuba menghiburkan lelaki itu termasuk meyakinkannya bahawa pembalut tersebut akan membantunya bernafas lebih baik, melihat lebih jelas serta memudahkannya untuk makan.
Ia sekali gus menyebabkan wajah lelaki itu menjadi tular dengan netizen memberikan pelbagai komen.
“Mentertawakan kesakitan orang lain memang kejam tetapi saya dengan rasa ikhlas memohon maaf kerana tidak dapat menahan ketawa saya,” kata seorang pengguna media sosial.
Sumber: Kosmo! Online |
|
|
|
|
|
|
|
Seriyes wey aku ter gelakk nampak gambar tu |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun tergelak. Mintak maap sgt2 |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun tergelak besar hahaha nampak mcm muka anjing pun ada.
|
|
|
|
|
|
|
|
Hahahahahaha mcm gif bawah ni rupa dia
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau dia cerdik dia amek peluang ni tuk jadi femes.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bertabahlah. Dia org gelakkan pembalut muka kot, entah2 ramai tak tahu di sebalik pembalut tuh tersembunyi wajah sebenar yg sangat lengchai
|
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah kesiannyaaa
Kenapa doktor balut cam kartun mumia?
Asal boleh je kan doktornya buat kerja
Kalau tugasan jahit menjahit badan pesakit, harus cincai buncai jugak doktor tu jahit
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni duk hospital kot.. ada ke orang warded condition elok2? |
|
|
|
|
|
|
|
aku pernah ketawakan dan mengnjing kawan aku dlu sebab bapak dia meninggal mlm tu
aku ckp padan muka...hidup di dunia takda beerti akhirat sana sangatlah rugi
sampai sekarang dah 20 tahun lebih tak berckp dgn aku |
|
|
|
|
|
|
|
ada sis sila tgk drama melayu sis depa dok spital nak mati pun bulu mata 4 tingkat sis blum lg blusher mattlip segala kira mati trus nampak cantek jumpa mungkarnakir
|
|
|
|
|
|
|
|
Org bukan tau muka sebenar dia...apa nak malu |
|
|
|
|
|
|
|
pesakit ni luka teruk ke kat muka? iols x dpt bayangkan kalo student's iols yg buat cenggini... sorry.. iols pun tergelak |
|
|
|
|
|
|
|
Memang macam doggo. Tapi heols nak saman kenapa, bukannya orang tau identity heols pun kalau dah berbungkus gitu. |
|
|
|
|
|
|
|
mcm muka polar bear |
|
|
|
|
|
|
|
mcm wtk kartun dlm spirited away
|
|
|
|
|
|
|
| |
|