View: 4126|Reply: 140
|
Penat Sis Masak Banyak, Kata Nak Datang Beraya 5 Kereta Tapi Seorang Pun Tak Muncul!
[Copy link]
|
|
Malang, nasib seorang wanita yang terkilan apabila rakan memungkiri janji untuk datang beraya ke rumahnya.
"Benda yang paling menyedihkan sis. Member lepas Asar call cakap nak datang beraya dekat rumah esoknya, dalam lima buah kereta cakap nak datang.
"Mereka minta nak makan rendang, ayam masak merah dan daging masak hitam.
Gambar hiasan
"Kita pun kelam kabut la pagi-pagi dah pergi pasar nak cari ayam, daging dan kerang sebab nak masak," luah wanita itu dalam satu hantaran di Facebook seperti dipetik mStar.
Semangat dan kegigihan wanita itu yang mahu memasak serta menjamu rakan-rakannya itu ternyata sia-sia apabila seorang pun tidak 'nampak batang hidungnya'.
"Bila dah siap masak, kita call la tanya dah sampai mana, akhirnya dia cakap tak jadi datang sebab ada hal lain.
"Sedihnya, dalam ramai-ramai tu seorang pun tak ada nak beritahu atau maklumkan kepada sis awal.
"enat sis masak banyak-banyak. Akhirnya, makanan tu semua sedekah dekat jiran sebelah. Saya pergi letak atas meja jiran sebab nampak mereka ada tetamu.
"Saya maafkan kawan saya tu, saya percaya mereka ada alasan tersendiri," kata wanita itu kecewa.
Tambahnya lagi, dia juga menanggung penat kerana perlu mengemas dapur dan membasuh peralatan memasak.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya berpendapat kejadian sebegitu boleh memutuskan hubungan yang sebelum ini dalam keadaan baik.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
next time, no more sis. kalau ada datang juga, hidang karipap frozen goreng air fryer jaa.
weols pun almost nak kena game hari tu. katanya nak datang pukul 2-3pm, tapi dah pukul 6 pun tak nampak batang hidung. mak weols dah masak banyak ni. finally, dah maghrib baru 4 kereta tu muncul. jem katanya, weols maafkan je la, tapi makanan dah sejuk. kosser la nak perhangat semula |
|
|
|
|
|
|
|
next time, no more sis. kalau ada datang juga, hidang karipap frozen goreng air fryer jaa.
weols pun almost nak kena game hari tu. katanya nak datang pukul 2-3pm, tapi dah pukul 6 pun tak nampak batang hidung. mak weols dah masak banyak ni. finally, dah maghrib baru 4 kereta tu muncul. jem katanya, weols maafkan je la, tapi makanan dah sejuk. kosser la nak perhangat semula |
|
|
|
|
|
|
|
mcm biasa ..perkara tiap2 tahun berulang....depa2 ni mmg betul2 x mengikuti media sosial ker ...dah mcm astro plak citer tungkus lumus memasak tapi tetamu tak datang...tp reti pulak nak update citer kat sosial media |
|
|
|
|
|
|
|
tiap tahun musim raya asik cerita sama aje. lain kali just hidang air kotak and kacang ngan yin aje la. jimat duit |
|
|
|
|
|
|
|
terserlah hasanah bolkiah cerita itu... |
|
|
|
|
|
|
|
Anak aku ni aritu first time la dia bgtau kwn dtg nk raya. Aku ckp dtg je lah mkn kuih raya. Kemain die request aku masak nasik. Memula kata nk dtg 10 org, tiber gitau 50 org, kelam kabit aku dgn laki lari sana sini, masak sampai krem kaki lutut.
Mlm sblm kejadian dia bgtau ada yg akn dtg pagi.
Hari yg dijanjikn pun tiba, dh siap masak segala, cuma nk hidangkn & beli ais. Tunggu sampai pkl 10 bulu hidung pun x nmpk. Die ckp pukul 11, pun x nmpk. Sampailah pukul 3 ptg, baru 2 org dtg, aku dh kecewa + marah. Pkl 4 dth 5 org. Itu je lah tetamu dia yg katanya 50 org tu
Aku ckp kat dia, lps ni jgn suruh aku masak lg dah, nk dtg mkn je apa yg ada. Tk payah nk request mcm². Yg penat nya makpak dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Dejavu pacik masak laksa seperiuk bok wat open haus sendu sampai kuah basi raya thn sudah. |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 9-5-2023 09:35 AM
Anak aku ni aritu first time la dia bgtau kwn dtg nk raya. Aku ckp dtg je lah mkn kuih raya. Kemain ...
Alahai kesiannya sis. I pasti anak you pun rasa serba salah bila tengok tengok kawan yang cakap nak datang, tak datang pun. Dia pun rasa kecewa dengan kawan kawan. I geram dekat kawan kawan anak you tu. |
|
|
|
|
|
|
|
nampak macam kesian
sebab asalnya masak sebab kawan suruh masak
tapi sebenarnya Tuhan dah aturkan supaya lebih banyak pahala dia dapat bila sedekah kat jiran2
|
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 9-5-2023 09:35 AM
Anak aku ni aritu first time la dia bgtau kwn dtg nk raya. Aku ckp dtg je lah mkn kuih raya. Kemain ...
Rajin sis berkecah kt dapo.
Aku kalo emergency sgt p borong kt bakers kotej ja.
Budak² kan.
Tadak kuih raya jamu kek murah ngn pastry dr bekeri pn meriah sis. |
|
|
|
|
|
|
|
raya aku panggil non muslim kawan lama jah dia hepili bawak anak bini dia datang..siap tapau sebab sedap sgt katanya. cun haritu masak spesel ayam merah nasi minyak bagai2 la lain je tapi sepsel dia cef ni haa...ko ade? hihihi
|
|
|
|
|
|
|
|
Sedara I pun hari tu gini juga perangainya. Mak I prepare la masak nasi sebab dia call sebelum bergerak, ada la dalam 3 4 jam sebelum sampai. Kata nak lunch la. Hujung hujung pukul 2 petang call, cakap tak jadi. Mak I kecewa la penat penat sebab kami ni dah plan nak beraya rumah sedara mara. Sebabkan dia,cancel plan, masak pulak kat rumah. Esoknya sedara tu datang, makanlah lauk perangat yang hang dah susahkan mak I nak masak tu. Mak I plak sejenis meraikan tetamu beria, bila jadi kes macam ni, memang dia mengomel la dekat I. Kita jugak yang kena tadah telinga. |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah kena gini, tp takde laa seteruk ni..
Ada mak & pak sedara weols minta i & adik organize tahlil, bacaan yasin & solat hajat... kitorang buat laaa makan2 untuk 100 pax .. jemput skali orang kampung, maahad tahfiz members...
Tup2 mak & pak sedara yang beria suruh buat tu laaa yang tak datang.. dah le bgtau last minute, lagi sejam majlis nak mula.... whatsapp pm tepi je plak tu.. tak berani der bgtau dlm group...
Mujur tetamu2, jiran2 lain ada, sedara2 lain ade.. majlis berlangsung cam biasa... tetamu2 yang lain tu laa yang sudi tapau2 lauk berlebihan tu...
I dgn adik mmg sound jugak laa kalo takmo datang, jgn le bgtau last minute... bgtau sehari sebelum ke, boleh laaa kitorg reduce pax catering... kalo sejam dua sblm majlis mmg takde laa sempat.. mujur tak bazir
Tp dah depa plak sentap play victim tak abes2.. bodo sgt tahlil mak pak kau kot (nenek & tok & beradik depa yg meninggal) |
|
|
|
|
|
|
|
Mak i pun sama, sejenis suka meraikan tetamu, mesti nak masak something waima cucur bilis sekalipun.
Kalau iols, tiba2 emergency nak dtg, mmg taklah aku beria masak, pi beli mee goreng mamak 5-6 bungkus + roti canai, takpun order je lah pizza ke apa². Itu je lah yg ku hidangkan.
Kosser nak pening² |
|
|
|
|
|
|
|
Thunderclouds replied at 9-5-2023 09:44 AM
Rajin sis berkecah kt dapo.
Aku kalo emergency sgt p borong kt bakers kotej ja.
Budak² kan.
Aku pun tak suka merewang... catering and pot luck is preferred |
|
|
|
|
|
|
|
Haiyoh…. kesian host. Dah le demand nak makan itu ini. Kalau dah perangai gitu, ko inform je 1-2 hours in advance, kalau ada rezeki host ada bahan masak dalam fridge, sempat la host prep. Kalau tak, makan je la apa yg ada. |
|
|
|
|
|
|
|
anak umur berapa tahun tu sis
kena game dgn anak ke
atau anak yg yg kena game dgn kwn2
|
|
|
|
|
|
|
|
rospinki replied at 9-5-2023 09:48 AM
raya aku panggil non muslim kawan lama jah dia hepili bawak anak bini dia datang..siap tapau sebab s ...
Khen!! Iols pn same! Jemput2 yg meleis jugak ni, diorg jarang nk mengotakn janji. Salu last minit cancel, ade hal la, ape la. Pdhal diorg ni yg request nk itu, nk ini. Last2 dtgnye tidak! Iols srang jemput kwn2 non-meleis je dtg rumah. Diorg happy, dtg siap bwk hamper2 bagai.. pastu kalau diorg janji nk dtg, betul2 dtg.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|