CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 641|Reply: 2

Polis Mohon Bantuan Kesan Remaja 16 Tahun

[Copy link]
Post time 7-5-2023 07:31 PM | Show all posts |Read mode
Teluk Intan: Polis memohon bantuan orang ramai mengesan remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu.


Kehilangan remaja dikenali sebagai N. Daarshini itu disedari keluarga apabila dia tidak pulang ke rumah selepas tamat sesi persekolahan pada pukul 12.30 tengah hari.






Usaha dilakukan keluarga remaja itu bagi mengesannya namun gagal sebelum laporan polis dibuat semalam.


Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai lokasi remaja itu berada boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Noor Aisyah Mat Isa di talian 011-16338463.


“Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak di talian 05-62992222,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2023 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap harap dijumpai sekiranya dikidnap oleh polan polan jahat. But sekiranya dia larikan diri ikut macha nanti masa umur 30an dia akan menyesal sebab pilih jalan hidup susah sebab dah tentulah macha tu sama muda cam dia. Dah tentu takder duit.
Sekian pandangan dari kaka yang dah lama hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2023 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Lily_Elizabeth_: Harap harap dijumpai sekiranya ...


Tetap sekali. Harap-harap bukan ikut boifren la. Dalam beribu ke lari rumah & kes kawen extremely young suka sama suka, mungkin x sampai 10% yg hidup bahagia & senang. Dalam circle terdekat aku pon dah 3 couple muda bercerai & angkut anak berderet balik rumah parents. Dah atok & nenek pulak nak kena tanggung cucu. 1 kes lagi beranak berderet tapi asyik buat muka sedih harap bantuan family. Bila x tolong dia perli2 pulak adik beradik yg hidup "senang"

Tepat sekali pemerhatian kaka itu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.456210 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list