CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 161|Reply: 0

F1: Sergio Perez makin yakin cabar kejuaraan

[Copy link]
Post time 2-5-2023 12:04 PM | Show all posts |Read mode

PEREZ muncul juara pada GP Azerbaijan dan hanya ketinggalan enam mata di belakang rakan sepasukannya, Verstappen. – AFP



BAKU, Azerbaijan – Sergio Perez mengakui dia sepatutnya mendahului carta perlumbaan Formula Satu (F1) selepas mengakui dirinya adalah pencabar kejuaraan sebenar sejurus me­ngatasi rakan sepasukannya, Max Verstappen di Grand Prix (GP) Azerbaijan lewat malam kelmarin.

Pada perlumbaan tersebut, Red Bull melengkapkan kemenangan 1-2 mereka selepas Perez dan Verstappen mengatasi pelumba pasukan Ferrari, Charles Leclerc yang terpaksa berpuas hati di podium tempat ketiga.

Ketika ini, Perez dan Verstappen masing-masing meraih dua kemenangan selepas empat pusingan perlumbaan sekali gus menyaksikan Red Bull dalam kelas mereka tersendiri tanpa tekanan pasukan lain.

Selepas kemenangan di Azerbaijan, Perez kini hanya dipisahkan enam mata di belakang juara dunia dua kali, Verstappen selepas menamatkan perlumbaan di tempat kelima pada GP Australia apabila berdepan masalah pada sesi kelayakan.

“Saya tidak akan mengembara ke seluruh dunia dan meninggalkan tiga anak di rumah jika saya tidak meletakkan kepercayaan bahawa saya mampu menjadi juara dunia dan saya sedang berusaha ke arah itu.

“Terlalu banyak yang boleh anda bincangkan di luar litar, tetapi perkara paling penting adalah memberi persembahan terbaik semasa perlumbaan.

“Saya fikir jika tidak me­ngalami masalah sewaktu sesi kelayakan di Melbourne, saya sepatutnya menerajui kejuaraan F1 ketika ini. Sudah pasti, kemenangan di Baku memberi saya motivasi dan saya percaya mampu melakukannya dengan baik tahun ini.” kata pemandu Mexico tersebut. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/05 ... in-cabar-kejuaraan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 04:34 PM GMT+8 , Processed in 1.234563 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list