View: 2812|Reply: 53
|
Penjual Kuih Raya Tak Takut Dosa! Jual Biskut Cip Coklat Cuma Di Atas Dan Tepi Balang, Yang Lain Semua Kosong
[Copy link]
|
|
Seorang pemuda bengang mendapati biskut raya yang dibeli daripada seorang peniaga, ibarat hanya indah khabar dari rupa.
Hanya dikenali sebagai Wan, katanya dia membeli sebalang biskut raya daripada peniaga berkenaan ketika mengunjungi bazar Aidilfitri di kampung mentuanya di Kuala Kangsar, pada malam sebelum 1 Syawal.
"Dekat situ setiap tahun ada bazar atau ekspo. Memang meriahlah lebih-lebih lagi malam raya, ramai peniaga yang buat lelongan. Saya ternampak seorang peniaga yang buka meja kecil saja dan jual biskut raya.
"Niat di hati nak support dia. Jadi saya pun pergi ke gerainya dan dia berikan saya tester biskut-biskut yang dijual. Ada tiga jenis biskut raya iaitu biskut coklat cip berperisa cookies, hazelnut dan Nestum.
"Saya rasa tester biskutnya sedap... penuh dengan coklat cip. Jadi saya belilah sebalang biskut coklat cip berperisa cookies berharga sekitar RM10," ujar pemuda berusia 27 tahun ini.
Menurut Wan, balang biskut tersebut tidak sempat dibuka sewaktu 1 Syawal dan dia kemudian membawanya pulang ke rumahnya di Ipoh.
"Dua hari lalu (Ahad), saya pun bukalah balang biskut tu sebab nak kudap-kudap. Mula-mula tak perasan pun, tapi bila masuk beberapa keping dah makan, saya perasan biskut lapisan bawah tak ada coklat cip pun... kosong je.
"Saya macam tak sedap hati, lalu 'selongkar' satu demi satu lapisan di dalam balang. Ternyata memang hanya lapisan atas dan biskut di bahagian tepi saja ada coklat cip untuk kaburi mata orang.
"Bahagian bawah dan tengah, hanya biskut kosong. Masa tu dalam hati saya hanya mampu berkata 'sabar je lah... ada juga buat macam ni'. Kita ni nak support, tapi peniaga pula menipu," luahnya.
Wan menambah, dia kemudian merakam video dan memuat naik di media sosial sekadar untuk berkongsi pengalaman dan dalam masa yang sama mahu memberi mesej khusunya kepada para peniaga agar berlaku jujur.
"Tak sangka video saya muat naik di TikTok meraih perhatian ramai. Rupanya ramai juga pernah kena macam yang saya kena.
"Ada yang cadangkan saya supaya pergi bersemuka dengan peniaga berkenaan, tapi dah beberapa hari berlalu. Lagipun, peniaga itu tiada kedai, dan di balang biskut juga tiada sticker bisnesnya.
"Mesej yang saya nak sampaikan, janganlah aniaya orang. Sebagai peniaga, khususnya yang Islam, tolonglah jujur. Saya pun peniaga... saya buat dan jual kuih tradisional di kampung. Saya faham apabila harga barang naik. Tapi janganlah sampai menipu macam ni.
"Kalau nak berniaga, pertama sekali kena ada kejujuran. Dekat akhirat nanti macam mana, jangan ingat kita terlepas. Takutlah dengan dosa. Saya harap orang yang berkenaan kalau tengok video tu, berniagalah dengan ikhlas. Biar untungnya sikit tapi berkat tu ada," akhirinya. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Harga rm10 lgsung xmunasabah |
|
|
|
|
|
|
|
siapa suruh kau beli? dia tak cakapkan semua biskut ada cip...  |
|
|
|
|
|
|
|
Mamat ni baru keluar gua ke apa?xalert brg semua naik..xpeka harga pasaran kuih..logik ke harga rm10 cmtu? |
|
|
|
|
|
|
|
rm10?? hahaabaik mu beli biskut tiger kt speedmart. lagi puas ht..
lg satu, tu mcm bkn choc chip tu.. itu mcm cococrunch yg murah jual ikut kilo, depa pecah2kan ltk kt kuih tu je... alahai.. peniaga pon |
|
|
|
|
|
|
|
isunya peniaga menipu/tak jujur
|
|
|
|
|
|
|
|
geleng kepala dgn sesetgh peniaga melayu amik kesempatan wat untung haram sambil pedajal dgn produk jualan nereka...
makin lama makin ramai manusia bermasalah mental... |
|
|
|
|
|
|
|
I mean...
Camna manusia boleh terfikir buat camni? Ini macam pun boleh ha? |
|
|
|
|
|
|
|
Harga rm10 dah boleh hagak. Mesti ada something wrong in somewhere  |
|
|
|
|
|
|
|
iolss replied at 2-5-2023 11:47 AM
rm10?? hahaabaik mu beli biskut tiger kt speedmart. lagi puas ht..
lg satu, tu mcm bkn choc chip tu. ...
Kan tk rupa choc chips pun... |
|
|
|
|
|
|
|
tak kisah la hrga berapa pun mslhnya skrg menipu. ke mmg kat tag tulis biskut choc chip separuh penuh separuh kosong??
|
|
|
|
|
|
|
|
Menipu gini, tetap jugak tak jadi jutawan..
duit tak berkat, lagi lah macam air jadinya... |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg ada niat jahat peniaga mcm ni. |
|
|
|
|
|
|
|
sesia je peniaga yang buat kuih tu jual, ujung2 kau diazab api neraka jah dikkk...selayaknyalah...kecaman netizen pon dapat, confirm dicerca seumur hidup |
|
|
|
|
|
|
|
Beli jelah biskut yang dibuat dikilang industri yang guna moden mesin...mass production  |
|
|
|
|
|
|
|
Iols ada g bazar/ekspo kt k kangsar ni tp xbl plak kuih raya kt sana
Klu pikir logic..mmg xlogic nk jual biskut choc chip rm10..skrg ni 1/2 kg choc chip dh rm10++..
Tp iols kagum la ngan yg buat choc chip tu siap blh asing2 adunan ya..asing adunan kot..satu letak choc chip lg satu x letak..lps dh msk kna susun plak yg ada ngan xde choc chip dlm balang..adoii byk keje plak
Nk berniaga tu biarlah jujur.. |
|
|
|
|
|
|
|
byk peniaga tak jujur walaupon mulut meratip isle isle jihak jihak takbirrrrrr. aku amalkan konsep takda nak beli out of pity, sedekah yada yada kat random stranger. aku biasa membeli belah either aku mmg dah tau kualiti product dan peniaga tu mcm mana or sometimes sebab mmg nak mencuba benda baru. kalau aku puas hati aku repeat order, kalau tak puas hati aku tak beli lagi. biasa benda baru ni lepas bayar aku mmg aku terus buka dan makan depan peniaga tu walaupon disiang ramadhan supaya nnt balik aku takda la nak meratip kat media social kena scam |
|
|
|
|
|
|
|
apoo biskut raya ghuper camtu? tengok pon dah tau tak sodap membazir jah beli yihhhh |
|
|
|
|
|
|
| |
|