CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2542|Reply: 51

Isteri Maut Dilanggar Suami Ketika Undur Kereta

[Copy link]
Post time 29-4-2023 05:20 AM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandu suaminya terlanggar mangsa di Taman Selasih, di Kulim, semalam.


Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7 petang hari ini.


Beliau berkata, kemalangan itu membabitkan sebuah kereta jenis Proton Saga yang dipandu lelaki berusia 60-an dipercayai terlanggar isterinya sebelum melanggar sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang sedang parkir di hadapan rumah.


Kereta yang dipandu lelaki sebelum terlanggar isterinya.




"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.


"Hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku sewaktu mangsa yang sebelum itu berada dalam kereta Proton Saga itu dan keluar kerana tertinggal barang di dalam rumah.


"Suami mangsa yang ketika itu sedang mengundur kereta berkenaan tertekan pedal minyak lalu terlanggar isterinya yang berada di tepi sebelah kiri dan terlanggar kereta yang sedang parkir di hadapan rumah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Mohd Redzuan berkata, pemandu kereta Proton Saga itu tidak mengalami kecederaan manakala isterinya yang mengalami kecederaan dalaman disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.


Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk tujuan bedah siasat.


"emandu kereta itu mempunyai lesen memandu dan cukai jalan yang sah tempoh.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.




Sumber: HARIAN METRO
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2023 08:38 AM | Show all posts
Innalillah..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2023 09:43 AM | Show all posts
Salam takziah

"Suami mangsa yang ketika itu sedang mengundur kereta berkenaan tertekan pedal minyak lalu terlanggar isterinya yang berada di tepi sebelah kiri dan terlanggar kereta yang sedang parkir di hadapan rumah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Boleh x stop guna perkataan parkir ni.
Buruk ayat jadinya
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2023 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru 60an pakcik ni
Harap xsibuk cari bini baru
Org laki tua mati bini takut btul hidup sorg. Sunyi kata dia.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2023 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Xde reverse sensor/camera ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2023 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
slyfynx replied at 29-4-2023 09:43 AM
Salam takziah



Kan...aku pun benci
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2023 10:35 AM | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirajiun.

Trauma bagi seluruh keluarga terutama suami yg melanggar isterinya sehingga terkorban.

Pasti sesal tak berkesudahan. Semoga sabar dgn ujian ni.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2023 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 29-4-2023 09:51 AM
Xde reverse sensor/camera ke?

Tertekan pedal minyak


Entah2 kencing manis kronik sampai takleh control kaki tak rasa pijak apa2..

Semoga pakcik murung duduk berkurung dalam bilik aje la dah jadi pembunuh isteri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2023 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 29-4-2023 10:47 AM
Tertekan pedal minyak



Hapoo..
Bukan saja suka² p langgaq.
Sama yg tgilis ank sendri tu suma.
Iols xleh imagine mental depa mcm mana nk carry on with their life thinking a moment of..what? Carelessness perhaps, mkn nyawa.
Na'uzubillah.
Slamat hari raya kaka.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2023 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 29-4-2023 10:57 AM
Hapoo..
Bukan saja suka² p langgaq.
Sama yg tgilis ank sendri tu suma.

Ye bukan saja2 pi langgar.. tapi ramai yakmattttt orang tua yang dah tak layak bawak kereta tp ketegaqqqqq tetap nak bawak kereta menyusahkan orang lain...

Mak sedara i sorang ada camni.. org dah berbuih mulut ckaap jangan bawak keta tp nak jugak.. so end up sheols drive 30-40 km/h.. tp hogging the traffic... last skali sheols tertekan pedal minyak instead of brake, so sheols terlanggar culvert jalan... kitorg bantu le report polis bagai, tp dalam hati weols padankan muka aja makhluk degil ni


Ada lagi sorang pakcik 70an.. drive kancil manual siap jadi prebet sapu lagi.. heols mmg famous zaman 2000s kat kerteh- kemaman- dungun.... sbb drive 40 km/h so pepagi ramai menyumpah pakcik ni sbb bikin jalan jem.. sampai laaa ramai buat report polis, kena saman sbb ganggu lalulintas... eksiden pun orang tanak tolong.. last skali JPJ gi rumah pakcik tu, tarik lesen memandu...  
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2023 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 29-4-2023 10:57 AM
Hapoo..
Bukan saja suka² p langgaq.
Sama yg tgilis ank sendri tu suma.


Orang2 tua ni kaki dah tak rasa pijak apa... so i tak terkejut pakcik dalam berita ni nak pijak brake pedal, tp tertekan pedal minyak....

Mata rabun (spot blindness)....
Arwah ayah pun ada spot blindness bukan rabun semua pandangan tp ada certain spot (titik buta) so biasanya benda ni laa penyebab kemalangan.... arwah ayah i terjun parit jugak le kereta nya sbb terhadang pandangan...


Ada certain people start rabun waktu maghrib.. habis caca marba driving kalo terlewat balik rumah...

Tapi deme degilllllll tetap nak bawak keta...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2023 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 29-4-2023 11:50 AM
Ye bukan saja2 pi langgar.. tapi ramai yakmattttt orang tua yang dah tak layak bawak kereta tp ket ...

Puas hati pulak baca cerita ni. About time kerajaan implement minimum speed limit. Sebab orang tend untuk over take secara bahaya bila kete depan bawa terkemut2 20km/H... Hilang sabar kotttt..kete berderet kat belakang pun dia selamba.. rasa nak langgar kan aje
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2023 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 29-4-2023 11:53 AM
Orang2 tua ni kaki dah tak rasa pijak apa... so i tak terkejut pakcik dalam berita ni nak pijak br ...

Yg ini aku la tu.
Gelap² hari bwk keta mmg meraban.
Padahal lens spec ni mmg utk bwk mlm dh tp mcm tadak beza pn. Mahal saja!
I avoid bwk keta memalam unless tadak pilihan say laki blk lambat ank tuition mlm nk kna berantor berambik.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2023 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 29-4-2023 11:50 AM
Ye bukan saja2 pi langgar.. tapi ramai yakmattttt orang tua yang dah tak layak bawak kereta tp ket ...

Jalan kecik ka sampai sebuah keta bleh bikin jem?

Iols bawak slow jugak sbb keta dah uzur.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2023 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kpd keluarga. Moga2 mendapat ketenangan..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2023 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa kata pasni JPJ limitkan renewal driving license ni kepada max 3 tahun, jangan 5 tahun... masa nak renewal tu kena ada basic check up.. tengok lee berjalan bertongkat ke apa, kaki ok ke takde gangrene... mata rabun buleh correct dengan spek atau takleh correct cam rabun ayam, rabun warna etc...

Sarankan org2 tua yang dah tak layak memandu ni naik public transport or GRAB je la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2023 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kancil tegar betol pakcik ni.. area aku ni pn ada 70an jgk bawak jazz. Dah lama tak nampak dia drive rasa dah pencen drive tu. Tdk mmg sopan santun sgt dia drive dah tu dok ja kat lane belah kanan. Alhamdulillah dah tak nmpk hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2023 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by nw111 at 29-4-2023 12:07 PM
slyfynx replied at 29-4-2023 09:43 AM
Salam takziah




Apa ye perkataan yg sepatutnya..i baru perasan i x tau parking dlm bm apa..
Parking= meletak kereta..betul ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2023 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 29-4-2023 12:00 PM
Jalan kecik ka sampai sebuah keta bleh bikin jem?

Iols bawak slow jugak sbb keta dah uzur.

Ha ah.... zaman 2000 tu dari kemaman sampai dungun mmg ada lane biasa.. situ the whole stretch adalah kawasan industry
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2023 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 29-4-2023 09:47 AM
Baru 60an pakcik ni
Harap xsibuk cari bini baru
Org laki tua mati bini takut btul hidup sorg. Sunyi  ...

Sbb tu byk kes Allah ambik husband dulu... makcik2 tua aman2 je blh survive kalau tak de husband...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.920788 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list