Saban tahun jalan utama Kuala Lipis-Kota Bharu yang menjadi laluan utama bagi perantau luar yang pulang ke Kelantan pasti sahaja dipenuhi sampah sarap.
Keadaan sebegini sudah hampir berlarutan hampir lima tahun selepas sebahagian Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) itu dibuka kepada pengguna laluan tersebut.
Belum lagi tibanya waktu kemuncak perjalanan balik raya tiba, namun di bahu jalan laluan tersebut sudah mula dipenuhi sampah sarap dipercayai dibuang oleh perantau yang berhenti rehat di kawasan itu.
Terkini, Ahli Parlimen Kuala Lipis, Datuk Rahman Mohamad melalui Twitternya turut meluahkan perasaan beliau berkenaan perkara tersebut sambil berkongsi beberapa keping foto terkini laluan itu.
Jelas Timbalan menteri Kerja Raya itu, beliau faham tentang pengguna laluan tersebut yang merantau jauh dan ingin berehat seketika, namun kecewa dengan keadaan (buang sampah) yang berlaku di situ saban tahun.
“Saya faham ramai pengguna jalan raya nak pulang ke Pantai Timur menggunakan laluan ini. Ada yang nak berehat sebab perjalanan jauh.
“Namun inilah pemandangan yang dapat saya lihat tiap tahun. Ini gambar terbaru yang diambil,” ciapnya hari ini.
Post time 15-4-2023 09:38 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Mohon dari rumah siap² bawa plastik.
Kalian nak benti rehat kat mana pun, isi la sampah² tu dlm plastik, ikat kemas astu letak semula dlm motokar. Sampai kampong kalian nanti, buang la dlm tong sampah.
Tak jatuh stended Honda kalian pun kalau bawak sampah dlm plastik.
Benda tak susah, cuma mentaliti jer tak berubah.
Ke... plastik apa nak pakai pun nak kena ajar jugakkah?
Post time 15-4-2023 10:44 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tak mungkin geng2 SERAMBI MAKKAH buat perkara2 macam ni.Islam tak ajar umat menjadi pengotor,mencemarkan alam kan?
mungkin ada lori sampah yg terbalik,cuba check dulu.tak baik tau fitnah di bulan ramadhan ni.
Post time 16-4-2023 12:10 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by nw111 at 16-4-2023 12:12 AM
Rasanya gomen kena buat pesaney ikley daley semuo tv and radio station guno bahaso klatey bagitau ke sek2 demo ni jangey buey sampoh merato2 maso kelik kapong...sebab tiap taun menatey ni viral tapi masih lg takdop perubahey..buleh jadi demo2 ni cumo pahey bahaso klatey...bahaso meleysia x pahey...inggerih jauh sekali..
Ikley tersebut harus di uley2 setiak 10 minit...jadi sambil duduk melengung tggu jaley jeng daley keto..besar harapey pesaney tu buley masuk ke daley kepalo hotok demo