View: 298|Reply: 1
|
Lelaki Dakwa Diri Tuhan Dan Ada 'Raksasa' Dalam Diri, Bunuh 9 Individu Di Sekolah
[Copy link]
|
|
Ilnaz Galyaviev yang membunuh sembilan individu di sebuah sekolah di bandar barat Kazan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah Rusia semalam.
Keputusan itu disahkan Jawatankuasa Siasatan Rusia yang menyiasat jenayah serius.
"Galyaviev mengakui sepenuhnya kesalahannya dan bertaubat," kata jawatankuasa itu.
 Reuters
Berbekalkan senapang patah dan bahan letupan, Galyaviev, 19, melepaskan tembakan di Sekolah Nombor 175 di Kazan, Mei 2021.
Dia membunuh sembilan termasuk tujuh kanak-kanak.
Penyiasat berkata, Galyaviev berusaha meniru tindakan ahli subbudaya semasa membuat serangan yang dipelajarinya di Internet.
Semasa siasatan, Galyaviev mendakwa dia adalah Tuhan dan mempunyai 'raksasa' dalam dirinya.
Jawatankuasa Penyiasatan berkata, dia didapati berfikiran waras dan layak untuk dibicarakan.
Tembakan awam di Rusia jarang berlaku, namun semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Pada 2018, Putin berkata, globalisasi adalah penyebab pembunuhan beramai-ramai di sekolah di mana seorang remaja menembak 19 orang sebelum membunuh dirinya sendiri.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Babi2 gini dengan budak kecik je la berani. Takdanya dia berani pi serang sarang mafia ka gangster ka. Babi. |
|
|
|
|
|
|
| |
|