View: 4124|Reply: 84
|
Peniaga Raya Rugi Teruk Dek Jualan Online
[Copy link]
|
|
Orang ramai yang selesa membuat pembelian secara online yang lebih murah dan mudah dalam membuat persiapan raya mengakibatkan sebahagian peniaga bazar Aidilfitri menanggung kerugian teruk.
Persaingan hebat itu menjejaskan periuk nasi peniaga bazar yang rata-rata mengeluh apabila barangan yang dijual tidak laku sekali gus menjadikan hasil jualan tidak mampu menampung kos untuk membayar sewa bazar dan gaji pekerja.
Di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), pelanggan ramai berkunjung ke bazar Aidilfitri, namun mereka hanya lalu tanpa membeli-belah.
Suasana di bazar Aidilfitri di Jalan TAR, Kuala Lumpur pada Ahad lalu. - l Rahman sini hari ini. - SYAKIR RADIN
Seorang peniaga baju Melayu, Nor Hayati Muhamad, 55, berkata, jualan tahun ini adalah yang paling teruk dalam sejarah sejak 20 tahun dia berniaga di Jalan TAR, di mana perniagaan masih suram walaupun sudah memasuki hari-hari terakhir Ramadan.
“Saya tak pasti sebabnya, nak kata orang tiada, ramai sahaja datang ke Jalan TAR, tetapi mereka hanya lalu, tidak membeli.
“Kami cuba turunkan harga, namun masih tidak dapat pikat hati pembeli. Kami tertekan kerana tidak mampu untuk membayar sewa tapak RM3,000 dan kos-kos lain apabila keuntungan terjejas teruk,” katanya ketika ditemui Kosmo!.
Peniaga baju kurung tradisional dikenali sebagai Aing, 65, pula pelik kerana tiada pelanggan sudi membeli walaupun harga diturunkan sehingga RM100 sepasang.
“Nak kata baju tak cantik pun bukan, tak banyak pilihan pun tidak, tetapi memang tiada pelanggan yang singgah.
“Sewa tapak bazar mahal, untung pula nak dapat RM200 sehari pun susah,” ujarnya.
jualan biskut raya Muhamad Shahzwan tahun ini merosot dan tidak ‘sekencang’ tahun-tahun sebelum ini.
Aing percaya trend peniaga di media sosial yang semakin ramai selepas Covid-19 menambahkan lagi persaingan dengan peniaga ‘tradisional’ sepertinya.
“Kami perlu membayar banyak benda seperti sewa, pekerja dan pengangkutan yang membuatkan harga menjadi lebih tinggi berbanding jualan online.
“Bagaimanapun, kebaikan berniaga secara fizikal adalah pelanggan lebih mudah membuat pilihan, merasa sendiri jenis kain, pilih saiz dan sebagainya,” kata Aing.
Di George Town pula, majoriti peniaga menjangkakan mereka terpaksa melelong barangan mereka di penghujung Ramadan.
Penjual tudung dan aksesori wanita, Halimah Abdul Razak, 42, berkata, kuasa membeli menyusut teruk kerana orang ramai lebih suka mencuci mata sahaja.
“Mereka juga lebih suka membeli kelengkapan raya secara online dan datang ke sini hanya untuk belek-belek dan tanya harga,” ujarnya.
Halimah juga percaya ramai yang selesa membuat pembelian secara online kerana banyak pilihan dan tidak perlu bersesak-sesak, malah harga jauh lebih rendah berbanding ‘walk in’.
Penjual kasut terpakai, Ammar Hasmadi, 37, pula memberitahu, dia terpaksa bersaing dengan beberapa penjual kasut lain yang begitu ramai terutama peniaga online sejak tahun lalu.
“Tahun lepas ramai dapat duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), tetapi tahun ini amat terasa, mungkin orang tiada duit untuk berbelanja atau mengambil langkah berjimat cermat,” katanya.
Manakala di Shah Alam, konsep jualan secara langsung khususnya menerusi pelbagai platform media sosial terutama TikTok memberikan kesan kepada peniaga bazar Aidilfitri.
Peniaga TikTok dikatakan mampu menawarkan harga jauh lebih rendah berbanding peniaga fizikal kerana mereka tidak perlu membayar sewa tapak dan gaji ramai pekerja.
Perkara itu diakui sendiri seorang pekerja di booth baju kurung moden, Erna Mariana Ali, 29, yang memaklumkan, jualan merosot termasuk pada hujung minggu dan hanya meraih RM5,000 berbanding RM20,000 sebelum ini.
Katanya, situasi itu menyebabkan pekerja kadangkala terpaksa ‘merayu-rayu’ agar pengunjung membeli pakaian di booth mereka.
“Ini semua disebabkan orang membeli secara online kerana harga lebih murah. Hujung minggu hendak cecah RM5,000 pun susah kerana ramai suka lihat sahaja.
“Kita sewa tapak sahaja RM18,000 berbanding media sosial adalah percuma. Hendak lawan harga dengan mereka amat sukar,” katanya.
Penjual biskut raya, Muhamad Shahzwan Mukhidzir, 26, mengakui jualannya turut merosot sehingga RM500 setiap hari. Dia hanya mampu menjual sekitar 10 bekas biskut raya setiap hari berbanding 100 bekas pada tahun 2019.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Tu lah kan.. ada masa naik ada masa turun reda/redho jer lah |
|
|
|
|
|
|
|
Ye ker? Banyak je kedai buat jualan face2face, at same time online kat tiktok. Patutnya platform online ni, kedai untung berganda jadinya. |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan peniaga yg ade kedai fizikal pun jual online juga. Manfaatkan dua2 platform sebab preference customer lain2 |
|
|
|
|
|
|
|
sabar... gomen x dpt gaji lagi tu.. inshaAllah hujung minggu ni, mencanak2 naik jualan |
|
|
|
|
|
|
|
masa kencang masa tak kencang terima sajajgn kufur nikmat
manusia mmng bgitu lupakan sesuatu utk sesuatu yg lain
ada satu motor pagini terpaksa pusing sikit nk lalu tepi keta aku
smbil2 mengeleng2 kepala tgk aku seperti tak puashati sedangkan laluan itu semua org lalu
eh vavila kau org yg kau geleng2 kepala ni lah yg selalu berenti tolong org moto dikala ujan moto diorg mati kadang hbis minyak baru kena lalu sikit gitu kau pandang sinis kt org. moga mereput
|
|
|
|
|
|
|
|
Buat apa pegi jalan tar bersesak-sesak tu tp lalu lalang dpn kedai je..musykil aku. Dh kalo kata beli online, buat apa lagi pergi jalan tar. Byk masa terluang ka |
|
|
|
|
|
|
|
ye lah online dapat sopink pakai bnpl @spaylater...
aka credit tipis online
cash money utk pakai time raya |
|
|
|
|
|
|
|
eh saya terluah ot pulaks my apolo |
|
|
|
|
|
|
|
kesian peniaga2 lah..sewa tapak mahal..jualan sendu |
|
|
|
|
|
|
|
Tunggu dek...selalu minggu last sebelum raya tu nanti mencanak2 jualan...cuma kena sabar sikit lah, takleh balik awal seperti customer... |
|
|
|
|
|
|
|
adakah biskut online? tidak hancur masa delivery?
kalau pakaian tu biasalah online mungkin peniaga ini pun ada online
|
|
|
|
|
|
|
|
tu lah kene ade backup kedai online juge.. buat website dgn aku.. pasti ade sale tu |
|
|
|
|
|
|
|
Buat FB live jual baju.. kalo kuih bahaya tkut rosak n cair mcm kes raffie jual |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan sejak dah takde lrt pi sogo ni Jalan TAR x sesak lg...so still sesak lagi ya..cuma org malas nk membeli..tp cuma window shoping n cuci mata jah gamaknya |
|
|
|
|
|
|
|
Memandai ja salah kan online. Ko buat kajian ka?
|
|
|
|
|
|
|
|
Bistu takkan setiap tahun kena bagi kuarkan duit kwsp supaya org mampu beli baju raya mahal2 tu?
Buatla live gak kat shopee/tiktok kalau dekat customer akan dtg amik baju tu so dorang leh tgk secara dekat2 gak mana tau dorang akan tambah order lagi.
Iols selalu camtu suka je self pickup kalau dibenarkan seller, pastu tau2 bertambah2 lg 2-3 lai walhal asalnya nak satu je |
|
|
|
|
|
|
|
Masih ramai lagi ya bersesak kat jalan tar
Ni kenangan aku 10 tahun dulu last shopping sana
Masa tu yela takda anak lagi berdua berhimpit dengan laki
Sekarang tidaklah..dengan panas giler,puasa
Malam pun tidaklah jejak sana. |
|
|
|
|
|
|
|
kitaserupaaa replied at 13-4-2023 10:46 AM
Ingatkan peniaga yg ade kedai fizikal pun jual online juga. Manfaatkan dua2 platform sebab preferenc ...
Betul tu sepatutnya gitu laaa sedangkan kedai dlm shopping mall yg besar2 pun ada jual kat shopee.
Mcm satu kedai langsir nih , sblm ni iols beli kat shopee je pastu rupanya ada kedai fizikal juga dlm ioi city mall.
Yg menariknya harga sama je mcm dlm shopee tu so iols beli juga kat kedai fizikal dia. Nk plak bleh tukar kalau salah saiz ke apa.
Dorang ni kena rajin contohi peniaga makanan tu hari2 buat live pastu org beratur panjang g gerai dia padahal biasa2 je mknn dia jual tu.
Kena rajin laa nnt org tau la kewujudan kedai tu meniaga zmn skrg ni ikutkan tak susah mcm dedulu sbb ada byk platform, sama ada offline atau online. |
|
|
|
|
|
|
|
last week iols saja lah jalan2 dkt pkns shah alam tu nak cari baju kot2 ada la mur mur. sekali non hado harga semua atas 200 walaupun design besye2 je. last2 iols beli baju kt tt dpt la rege 90 lebih free postage. tu jelah paling sesuwaiiii. |
|
|
|
|
|
|
| |
|