View: 3453|Reply: 95
|
Semua Bank Sesak, Ramai Sanggup Tunggu Sampai Dua Jam Nak Tukar Duit Raya
[Copy link]
|
|
SHAH ALAM: Di mana-mana sahaja cawangan bank sekitar bandar raya ini yang membenarkan penukaran duit raya, sesak, malah ada pelanggan beratur sehingga dua jam untuk berbuat demikian sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri minggu depan.
Seorang pelanggan dekat sebuah cawangan bank, di sini, Nor Alina Hishamuddin, 35, berkata, dia tiba sejam lebih awal sebelum bank dibuka kerana bimbang terpaksa datang semula jika kehabisan wang.
“Datang awal hari ini kerana takut duit baharu habis. Kalau hari ini habis, esok kena datang semula. Kalau datang semula, saya kena buang masa lagi dengan kena beratur semula dan tunggu giliran untuk dapatkan duit baharu,” katanya ketika ditemui, hari ini.
Foto: Utusan
Pemberian duit raya adalah sinonim dengan umat Islam di negara ketika sambutan Aidilfitri. Justeru itu, ramai yang kini sedang sibuk menukar duit baharu untuk diberikan kepada anak-anak kecil.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati ribuan umat Islam berpusu-pusu ke bank di sekitar bandar raya ini bagi mendapatkan duit baharu selepas mereka membenarkan penukaran wang mulai hari ini.
Sementara itu, seorang pengawal keselamatan yang hanya mahu dikenali sebagai Amir berkata, cawangan bank jagaannya memberhentikan sementara urusan penukaran wang baharu pada hari ini, kira-kira pukul 11 pagi kerana kehabisan wang untuk ditukar.
Menurutnya, bagaimanapun, orang ramai masih lagi berpeluang untuk menukar wang esok dan Jumaat ini.
“Setiap individu hanya dibenarkan menukar wang baharu maksimum iaitu RM1 (500 keping), RM5 (500 keping) dan RM10 (100 keping). Saya jangka hari ini lebih 100 orang yang hadir untuk buat urusan ini,” ujarnya. –CARI
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
Byk duit rupenye rakyat mesia ni.. Hahahhaha... |
|
|
|
|
|
|
|
Paling pantang ng duit raya dia buka depan kita lepas tu kira mcm.tak puas hati sbb tak meet target. Sampul koyak buang merata. Eh aku tampor kang mak bapak tak ajar ke manners. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahun ni iols tak dpt tukaq duit kertas singgit2.. so iols akan bg duit syilling jahh.. bertabahlah.. |
|
|
|
|
|
|
|
sorry tahun ni iols taknak bagi duit raya |
|
|
|
|
|
|
|
Tahun ni bagi duit raya dekat anak buah & anak sepupu yang rapat jer. Lain-lain, kirim salam jer la. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahun ni iols bagi senyuman paling manis utk semua tetamu yg datang |
|
|
|
|
|
|
|
jejaka_hensem replied at 12-4-2023 07:16 PM
Tahun ni iols bagi senyuman paling manis utk semua tetamu yg datang
Kalo ada bebudak dtg beraya rumah parents iols,
Abang iols akan suruh diorg habiskan juga 1-2 botol kuih raya, air satu jag
Pastu baru dia kasi duit raya |
|
|
|
|
|
|
|
Aku dah lama tak tukar sendiri duit raya. Aku pakai door to door service. |
|
|
|
|
|
|
|
zafrul...kasi on kwsp 10k pls - jib
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 12-4-2023 07:22 PM
Kalo ada bebudak dtg beraya rumah parents iols,
Abang iols akan suruh diorg habiskan juga 1-2 boto ...
Kena paksa dorang makan sis.
Sambil2 tu iols tanya anak cucu sapa ni?duduk mana?sekolah darjah berapa?dah banyak ke dapat duit raya?
pakcik2 bawang sgt kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Yahoo..x blk kg..selamat duit raya..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Aiols nak bagi duit raya kepada diri sendiri ja mwahahahhah |
|
|
|
|
|
|
|
iols dah siap tukar
anak2 sedara yg x brp nak ada sgt tu siap boh dlm sampul raya.
yg semekummm kami dtg nak duit raya acik bg singgit je tanpa sampul. harap tak mai la beraya umah mak iols |
|
|
|
|
|
|
|
Cucuk kat atm je la duit raya... |
|
|
|
|
|
|
|
Sapa dtg raya awal raya 1234 ada duit, lambat datang duit habis, org tua2 sedara ada duit raya, ipar yg mulut jahat mengata belakang x dpt duit raya |
|
|
|
|
|
|
|
I tak sempat nak tukar duit raya plus malas cuaca panas yakmek dari parking nak ke bank, kalau kena beratur lagi la tak kuasa. I bagi dekat anak sedara sorang tu je sebab yang tu je I sayang kemain pun. yang lain sorry, mak lang hari raya kedua chow chin chow dah. |
|
|
|
|
|
|
|
Duit raya kat bank area i ni ada yg recycled.
Sape budak2 complained, acik ambik balik muahaha |
|
|
|
|
|
|
| |
|