CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4461|Reply: 57

"Kita Harap, Amelia Dapat Lunaskan Bayaran Itu Secara ‘Lump Sum’"

[Copy link]
Post time 7-4-2023 03:14 PM | Show all posts |Read mode
Amelia Henderson diharapkan dapat melunaskan bayaran ‘lump sum’ (secara penuh) lebih RM200,000 tanpa sebarang ansuran kepada ihak Syarikat A. Aida Production Sdn. Bhd.


Peguam Ashmadi Othman yang mewakili produksi berkenaan selaku plaintif berkata, Amelia atau nama penuhnya, Amelia Thripura Henderson, 28, selaku defendan perlu memenuhi keputusan sebagaimana yang ditetapkan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.


Ia membabitkan bayaran pendahuluan RM3,920; ganti rugi am fitnah RM90,000 dan kos penggambaran drama itu sebanyak RM101,325 selain kos RM18,000 (guaman plaintif).




IG




“Kita harap, Amelia dapat melunaskan bayaran itu secara ‘lump sum’ dan bergantung kepada anak guam saya sama ada mahu memberi kelonggaran kepada defendan atau sebaliknya,” katanya.


Ashmadi berkata, Amelia juga perlu melunaskan bayaran lima peratus bagi bayaran pertama dan kos penggambaran drama itu kepada anak guamnya.


Beliau berkata, mahkamah juga membenarkan permohonan plaintif supaya defendan membuat permohonan maaf dan memadamkan video di Instagram yang mengandungi kenyataan fitnah terhadap syarikat itu.


“Selepas mahkamah memutuskan keputusan, maka pelakon itu perlu menghormatinya, jadi beliau kena bayar dan menurunkan kenyataan fitnah di Instagram dalam masa seminggu. Memandangkan tempoh pembayaran tidak dinyatakan mahkamah, maka kita akan hantar surat tuntutan bayaran kepada pihak Amelia,” katanya.


Bagaimanapun beliau berkata, anak guamnya perlu akur kerana Amelia juga berhak membuat rayuan di Mahkamah Tinggi berhubung kes berkenaan.


Sementara itu, peguam, Wan Nurliyana Abdul Rahman mewakili Amelia berkata, rayuan di Mahkamah Tinggi bagi keseluruhan keputusan akan dibuat secepat mungkin.


Ditanya sama ada proses rayuan itu dapat menangguhkan bayaran kepada produksi A Aida, peguam ini berkata, ia tidak bersifat penundaan.


“Kalau mahu penangguhan, kita perlu memfailkan permohonan kepada mahkamah terlebih dahulu,” katanya.


Terdahulu Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur memerintahkan Amelia perlu membayar lebih RM200,000 kepada A Aida Production, berhubung isu pelanggaran kontrak sebuah drama, bertajuk ‘Sekali Lagi Cinta Kembali’, tahun lalu.


Sepanjang perbicaraan bermula 1 November tahun lalu, seramai tiga saksi daripada plantif termasuk A Aida dan tiga saksi defendan termasuk Amelia hadir untuk memberi keterangan.


Semasa perbicaraan, seorang pengurus syarikat produksi memberitahu bahawa A Aida Production Sdn Bhd terpaksa menanggung kerugian akibat pelanggaran perjanjian yang dilakukan Amelia.


Sementara Amelia tetap dengan pendirian menafikan melanggar kontrak ketika dia menerima tawaran dan membintangi drama berjudul Sekali Lagi Cinta Kembali.


Sebelum ini media melaporkan Amelia dan pelakon Idris Khan berdepan dengan tindakan saman daripada A Aida kerana didakwa melanggar kontrak perjanjian sebuah drama seperti yang sudah ditandatangani sebelum ini.


A Aida bersama sutradara drama, Sekali Lagi Cinta Kembali iaitu Rizal Baharuddin, sepakat membawa perkara tersebut ke muka pengadilan sekaligus memberi pengajaran kepada dua pelakon terbabit.


Bagaimanapun, saman melibatkan A Aida dan Idris Khan berakhir dengan baik apabila kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah sementara Amelia memilih untuk melawan kes saman itu.




Sumber: KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2023 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
dasyatnya nokkkkk. habissas duittt
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
skali jadi mcam ali putìh …know know rumah gone…lambert sangat bayar utang….

apa jadik apa ame tu pengajaran pda semua retis….
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
kelako pulak gambar tu . sorg menonggek kt tepi sorg kebelakang
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Fly_over at 7-4-2023 03:35 PM

ame nampak mewah helok bersiap tp 200k nk bayar kt org tu berpinar jugak rasanya nampak mcm nk nangis dia..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 03:41 PM | Show all posts
byk tu 200k in cash.. tp iols rse sheol mebi ada sumber nk byr tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2023 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dulu dia minta maaf je, confirm x kena saman mcm idris tu..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 03:50 PM | Show all posts
nampak loaded. so direct pay jelahhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2023 03:59 PM | Show all posts
Still boleh merayu kan
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
dah la dua dua punya gambar pose menonggek kat kaki tangga hahhahah
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
La advance 3.9K je ke? Bunyi macam dah bayar beratus ribu ????????????
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 09:02 PM | Show all posts
benda boleh settle tepi tapi gigih juga nak lawan kat mahkamah gitu lah jadinyaaa...

tapi ko herlok dik so kaka maafkan.. harap2 ada jejan yang sudi taja ala2 wang hantaran gittew atau celup2 semalam dengan harga gitu...

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
kaedahnya replied at 7-4-2023 08:47 PM
dah la dua dua punya gambar pose menonggek kat kaki tangga hahhahah

mula2 nampak macam deyols  posing menonggek sebelah menyebelah
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Fly_over replied at 7-4-2023 09:04 PM
mula2 nampak macam deyols  posing menonggek sebelah menyebelah

bila ada thread sambungan rayuan kat mahkamah tinggi nanti gambar posing cemana pulak tuan tanah nak pilih hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak padan ke kesian ea
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 09:14 PM | Show all posts

sebab herlok kita kena kesian... agittewww tau kaka...kalau ali itam tu lain... yang tu harus di kecam sampai 7 keturunan... sebab tak herlok...
jangan sesekali kita maafkan orang hati hitam sebegitu yang sanggup sihir anak abang sendiri (sekian pitenah hari ini)




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2023 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat rayuan je.silap2 bole dpt kurang lagi.mesti Aida pun ada silap mana2 kalau tk, tak kan Amelia tetiba tarik diri
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
helicornia replied at 7-4-2023 10:25 PM
Buat rayuan je.silap2 bole dpt kurang lagi.mesti Aida pun ada silap mana2 kalau tk, tak kan Amelia t ...

Katanya last minute ada ubah skrip.
Watak AH tu jadi mangsa rogol pastu kena kawen dengan perogol sheolls tu. Sebab tu sheolls tarik diri.


Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Ckp la 10% pendahuluan kitanya 1siri drama mungkin rm3920 la rate amelia kira masyuk la tu klau 10siri dh 39k
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Tetibe terpk jauh....pttnye alitam tu jmpa seteru kcm AAida ni la .sgt agresif dan hati kering...bru lah juling3 mata alitam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 02:04 PM GMT+8 , Processed in 0.065505 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list