View: 5347|Reply: 24
|
“Mata Gelap, Kemudian Rebah,” – Nadhir Nasar Kena Strok Haba Di Lokasi Shooting, Ibu Orang Paling Marah
[Copy link]
|
|
Gara-gara memuat naik beberapa hantaran yang memaparkan dirinya sedang menerima rawatan di dalam sebuah ambulans, tahap kesihatan pelakon, Nadhir Nasar menimbulkan kerisauan peminat.
Bercakap kepada Media Hiburan, Nadhir memaklumkan dirinya telah diserang strok haba sewaktu menjalani penggambaran sebuah filem epik baru-baru ini.
“Pada hari tersebut, saya ada penggambaran bagi babak bertempur. Namun, secara tiba-tiba saya diserang strok haba. Oksigen di dalam badan tidak disalurkan ke kepala.
“Ada babak yang memerlukan saya berlari, menjerit serta bertempur dan ia harus dilakukan dalam ‘one take’ sahaja. Mungkin saya telah melebihi tahap kemampuan kerja saya pada waktu itu.
“Silap saya juga kerana tidak memanaskan badan sebelum mula penggambaran. Mata saya tiba-tiba gelap kemudian saya rebah,” katanya kepada MH.
Katanya lagi, insiden tersebut membuatkan dirinya lebih peka mengenai kondisi badannya sebelum memulakan penggambaran bagi babak ekstrem.
“Strok haba merupakan perkara normal. Mungkin disebabkan cuaca yang terlalu panas dan kita bekerja melebihi tahap kemampuan badan.
“Pengajarannya, sebagai pelakon, kita kena sedar ruang. Mungkin pada ketika itu saya telah berikan segalanya sampai saya terlupa yang badan saya sudah tidak mampu.
“Pada masa sama, saya tetap kena bagi 100 peratus. Ini memang sudah tugas anak wayang. Kesihatan memang penting tapi kalau kita boleh bagi lebih untuk kepuasan penonton, apa salahnya,” ujarnya lagi.
Juara Hero Remaja 2020 itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis agihan bubur lambuk Astro Kasih yang berlangsung di Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan, Petaling Jaya pada Sabtu.
Dalam pada itu, Nadhir turut memuji cara pihak produksi mengatasi insiden cemas tersebut.
“Semua orang sangat membantu. Pihak produksi juga ada menyediakan ambulans dan pasukan perubatan. Saya memang puji cara pihak produksi jaga kebajikan pelakon. Memang terbaik.
“Saya berterima kasih kepada pengarah dan ingin memohon maaf kepada barisan pelakon serta kru-kru lain kerana tidak dapat menghabiskan penggambaran.
“Namun, semua pihak sangat memahami. Ini adalah set yang paling bermakna sepanjang saya bergelar pelakon,” katanya lagi.
Dalam pada itu, pelakon drama Projek High Council ini akui insiden seperti ini nyata menimbulkan kerisauan buat keluarga terutama ibunya sendiri
“Keluarga memang agak marah dengan apa yang terjadi lebih-lebih lagi ibu saya. Dia tidak berapa suka bila saya cedera.
“Sebelum ini, sudah banyak kali ibu saya bersuara bila saya balik dalam keadaan lebam-lebam dan gatal-gatal ketika penggambaran Projek High Council.
“Tapi kalau hati kita sudah minat sesuatu perkara, susah kita nak dengar kata-kata orang lain. Namun, saya akan berusaha jaga ruang dan jaga diri,” akhirinya.
Sumber: MEDIA HIBURAN
|
|
|
|
|
|
|
|
Wanginya nadhir in calvinssss |
|
|
|
|
|
|
|
alamak kesian... semoga lekas sembuh...
dah la shoot time2 bulan puasa tak boleh minum... mahu taknya kena strok haba...
lepastu cuaca sekarang panas ya amat persis duduk di gurun sahara...
filem epik apa yang deorang lakonkan ni? macam best je... |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias: alamak kesian... semoga lekas ... yachhhh suke nadhirrr erkkk… mengeletis biji jubo uols kannn… nguap nguap lubang jubo uols kan |
|
|
|
|
|
|
|
Film yang adi bebird tak dijemput tu chuols
|
|
|
|
|
|
|
|
nadhir ni xde la ensem sgt tp dia ada wow factor la Susah nak ckp hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
shining man 2 ke?
kalau si sol arahkan lagi confirm la iols tak tengok
baik iols beli tiket zoo negara tengok burung kakak tua mengira...
|
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 3-4-2023 10:49 PM
shining man 2 ke?
kalau si sol arahkan lagi confirm la iols tak tengok
Shining Man 2 tapi main characternya Legolas.
Pengarah bukan Sol. Heols pun dh kena campak. |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 3-4-2023 10:49 PM
shining man 2 ke?
kalau si sol arahkan lagi confirm la iols tak tengok
Katanya bukan hidung jambu air kan? |
|
|
|
|
|
|
|
sape tu kaka... takkan meerqeen dan hun haqeem?
|
|
|
|
|
|
|
|
produksi filem kita mmg tak pakai stunt man dah ke?
dolu2 ada jeh org jd stuntman dalam pilem2...
si nadhir ni tulang bethol yach.... nak je iols derma daging sikit kat heols
|
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias: alamak kesian... semoga lekas ...
I rasa mat kilau ni |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 3-4-2023 10:22 PM
alamak kesian... semoga lekas sembuh...
dah la shoot time2 bulan puasa tak boleh minum... mahu takny ...
Mat kilau 2 kot |
|
|
|
|
|
|
|
codenamedream replied at 3-4-2023 11:02 PM
Shining Man 2 tapi main characternya Legolas.
Pengarah bukan Sol. Heols pun dh kena campak.
Siapa legolas tuu |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm lelaki lembut jer...senang pengsan pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Nak kata ensem x sgt tp ada sesuatu buat org nk tgk. Gaya cakap mebi ..
Dlm skrin pun dah nampak kurus irl x tahulah sekeping mcm mana |
|
|
|
|
|
|
|
bdk bbnu confirm berjujuran air mata sampai kering agaknya tgk pojaan hati sakit
tp bdk ni berlakon ok jgk tgk |
|
|
|
|
|
|
|
Strok haba ni jangan la main2, kawan i sorang meninggal sebab strok haba
Ingatkan cuma pengsan and dehydrated je just kena masuk iv drip, sekali terus pergi selamanya sbb banyak organ dah affected
Masa tu umur baru 24 |
|
|
|
|
|
|
|
Nadhir tak shooting bulan puasa ni. Dia stop dulu. Rasanya production filem tu pun stop shooting jugak sempena ramadan. Nadhir buat campaign ramadan astro, gi event buka puasa gitu je. Tapi tengok muka dia kat event BB semalam teruk sunburnt. Kesian pulak. Harap dia jaga diri baik baik la. Kesihatan, badan, muka tu nak pakai lama. Lagi elok stop smoking vaping tu nadhir. |
|
|
|
|
|
|
| |
|