CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8736|Reply: 106

Anak Tertekan Gaji RM1500, Mak Ayah Paksa Suruh Beli Honda

[Copy link]
Post time 3-4-2023 02:24 PM | Show all posts |Read mode
Seorang anak membuat luahan di media sosial, mengaku runsing mengenangkan permintaan ibu bapa yang tidak mampu ditunaikan buat masa ini.


Tanpa mendedahkan identiti, katanya pendapatan bulanannya adalah rendah dan tidak mampu untuk memenuhi kehendak orang tuanya yang mahu dia memiliki sebuah kereta import.


“Saya cuma nak meluah tentang sedikit ringkasan masalah saya. Dengan gaji RM1,500 (sebulan), ibu bapa saya selalu mendesak untuk saya beli Honda.


“Kereta idaman katanya. Tapi saya tahu tak mampu,” katanya yang mengakui sedih.




Gambar Hiasan




Dalam masa yang sama dia juga mempunyai tanggungan lain yang perlu difikirkan.


Dia dan adik beradik yang lain juga perlu menghulurkan wang untuk ibu bapa mereka yang sudah tidak mempunyai pendapatan.


Disebabkan sikap orang tuanya yang tidak memahami situasinya, dia terpaksa meluahkan isi hati dengan harapan mendapat satu jalan keluar daripada masalah ini.


“Ibu seorang suri rumah, ayah sudah tak bekerja sejak sakit. Setiap bulan kami adik beradik akan bagi duit dekat parents kami sebab mereka memang tak ada income.


“Saya jadi sedih sebab mereka selalu bercakap pasal anak orang lain yang berjaya. Sampai satu hari, saya cakap, boleh tak kalau kita hidup sederhana dan apa adanya.


“Ringkasnya, saya sebagai anak, berharap ibu bapa dekat luar sana, daripada cakap bila nak pakai Honda? Bila nak kerja lain boleh beli Honda? mungkin lagi baik jika cakap ibu doakan awak kerja bagus-bagus dapat beli Honda,” ujarnya.


Dia juga meminta maaf seandainya ada yang tidak sependapat dengan dirinya dan jika dia terlebih emosi dalam membuat luahan yang kemudian dikongsi di akaun Twitter @ConfessTweetMy.


Ramai warganet tampil memberikan pendapat juga berkongsi kisah mereka yang hampir sama.


“Saya belajar untuk tidak dengarkan kata-kata ibu bapa membuta tuli. Terutama dari segi wang ringgit dan kerjaya lagi-lagi kalau perjalanan awak berbeza dengan dia,


“Fasal perbelanjaan ni jangan dengar cakap orang lain. ‘Dengar’ pada dompet sendiri.


“Mak ayah tak tahu ke gaji anon berapa? Kalau nak sorok, boleh. Cakap saja dah try minta pinjaman tapi kena gelak dengan banker atau salesman Honda pun gelak.


“Kalau masih kena tekan juga, beritahu saja kisah sebenar yang sadis. Harap mereka faham. Mungkin mereka fikir anak semua berduit sebab sentiasa beri duit,” ujar netizen.


Tidak dapat dinafikan seorang anak perlu membahagiakan ibu bapa masing-masing tetapi dalam masa sama ibu bapa juga perlu lebih peka dengan kemampuan anak terutama golongan yang baru mahu membina kehidupan. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2023 02:30 PM | Show all posts
Macam menipu jah.
Entah-entah awek kau yang desak suh pakai honda.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 02:37 PM | Show all posts
ooo

patut la dah tua nanti kena buang anak-anak

masa sihat mintak honda ropenye

sok lusa, honda tersadai luar rumah, minyak penuh, rumah kosong, atas katil dia pun menangis, mana anak-anak aku sume

jauhkan imaginasi plot twist Iols?

hang anak ka, mak bapak ka
pandai buat, pandai tanggung
sok lusa jangan nak teghiak nohh
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 02:41 PM | Show all posts
butuh laa
kau yang mengada2
salahkan mak pak konon
mentang2 makpak xde fesbuk
hahahaahah
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 02:43 PM | Show all posts
drama sgt
RM1500 lepas deduct EPF pon susah nak dpt loan axia unless pakai 2 guarantor kan xsilap
xpon pakai aeon credit lah
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 3-4-2023 02:49 PM

takat 'HONDA CUP'..apa la sangat...boleh gerak sampai ke perlis(dr JB)...jugok...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2023 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 3-4-2023 02:53 PM

Mak bapak zaman muda2 x dpt mencapai cita2 mereka disuruh anak sambung cita2 suruh anak jadi doctor la penyanyi la beli banglo la suruh kahwin anak sultan la org kaya la
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko buat loan pun x lpas weyh
Inginkn nk pakai honda
Back to reality la adik oi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2023 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
cikatilia replied at 3-4-2023 02:43 PM
drama sgt
RM1500 lepas deduct EPF pon susah nak dpt loan axia unless pakai 2 guarantor kan xsilap
xp ...

Kan? Aku kalau jadi budak ni, submit je loan kat Honda. Bawa mak bapak dia ikut sekali. Kahkahkah. Biar sales person tu reject depan parents dia yang hadap sangat brand H tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 03:07 PM | Show all posts
1500 jangan kata honda, axia entry level pun ko tak mampu nak pakai.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 03:08 PM | Show all posts
prizadane replied at 3-4-2023 02:56 PM
Kan? Aku kalau jadi budak ni, submit je loan kat Honda. Bawa mak bapak dia ikut sekali. Kahkahkah. ...

kan... mmg confirm la kan kena reject walaupon letak 4 guarantor

nanti honda suruh beli honda cup aje la kot yg layak

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Melayu dan Honda berpisah tiada
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 03:18 PM | Show all posts
ape la batak sangat honda tu adeii
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 03:19 PM | Show all posts
gadai la tanah mak pak buat beli honda. xkan mak ayah xnak support anak pakai H. asik melayu nak gadai tanah buat pergi Haji je..sesekali tukar trend pulak
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 03:20 PM | Show all posts
allahu kalau gaji rm1500 usahkan honda.. loan axia pun sesak nafas.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 04:20 PM | Show all posts
lyshafull replied at 3-4-2023 02:49 PM
Ko buat loan pun x lpas weyh
Inginkn nk pakai honda
Back to reality la adik oi

apsal marah dia? Dia sedar dia x mampu pakai honda.. yg dia kesalkan parents dia yg suruh beli kete honda..
Dia tak beli pon.. dia luahkan sebab parents dia tak hadam2 yg anak dia x mampu beli dan tak beli pon honda tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2023 04:20 PM | Show all posts
"Hetarsh Creative Force (HCF) is a advertising agency Ahmedabad with a specialization in strategy-driven advertising. Be it brand creation, brand positioning or expansion, we support the entire marketing lifecycle of the brand.
By partnering with a social media agency in Ahmedabad, businesses can effectively leverage the power of social media to reach their target audience, increase brand awareness, and drive conversions. With their expertise and knowledge, social media agencies in Ahmedabad can help businesses achieve their social media goals and grow their online presence.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 04:22 PM | Show all posts
prizadane replied at 3-4-2023 02:56 PM
Kan? Aku kalau jadi budak ni, submit je loan kat Honda. Bawa mak bapak dia ikut sekali. Kahkahkah. ...

memang ada parents mcm ni..
dia expect lepas anak keje.. dia bole menumpang senang.
Hakikatnya.. anak tu pon nak lepaskan diri sendiri pon nyawa2 ikan.

Dan mintala parents semua recall balik.. dia mampu ke tanggung n senangkan parents dia dulu? sebelum dia demand anak untuk senangkan diri dia sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 04:49 PM | Show all posts
yang i tau K E L yang banyak gila honda ni..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysian dan honda xdapat dipisahkan
Tp umah aku xde la sebijik pun
Jiran2 setaman je la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 12:22 AM GMT+8 , Processed in 0.061216 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list