CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6980|Reply: 28

Dilabel 'Anjing Makan Tuan' Gara-Gara Atu Zero Tuntut Bayaran

[Copy link]
Post time 3-4-2023 12:20 PM | Show all posts |Read mode


Pelawak Atu Zero memaklumkan sudah mendapat respons daripada wakil Awesome TV susulan luahannya berhubung isu bayaran tertangguh kerana penglibatannya menerusi rancangan Awesome Raja Lawak tahun lalu.


Bagaimanapun di sebalik berita baik tersebut, isteri kepada Atu iaitu Shafeeqa Johari meluahkan rasa kesal apabila suaminya itu menerima kata-kata kurang enak dari pihak berkenaan.


"Ada banyak lagi peribahasa Melayu yang lebih enak untuk digunakan. Nak bahasakan seseorang dengan anjing bukan penyelesaian yang baik.


"Bila suami tunjukkan mesej ini, saya sebagai isteri yang melihat suami bekerja rasa sedih. Sampai begini mereka buat suami saya," luahnya.






Syafeeqa menulis perkara tersebut di laman Instagram miliknya pada Isnin.


Menerusi perkongsian tersebut, dia turut memuat naik tangkap layar perbualan Atu dan pihak berkenaan yang mengibaratkannya seperti anjing makan tuan.


Selain soal bayaran tertunggak, Shafeeqa juga memberitahu Atu terpaksa melakukan kerja yang diluar perjanjian kontrak.


"Kesian saya tengok suami kerja. Kadang-kala kerja tiada dalam kontrak pun dia buat. Dia hanya perjuangkan hak datang kerja dan komitmen yang telah diberikan.


"Kami bukan orang kaya, berkehidupan mewah yang boleh petik jari sahaja. Rezeki ini pun bukan hak kami semua, ada untuk anak-anak, ibunya, misi bantuannya termasuklah saya sebagai isteri," ujarnya.


  



Menerusi tangkap layar perbualan yang dimuat naik, wakil stesen televisyen berkenaan secara sinis turut mengucapkan terima kasih kepada Atu kerana telah merosakkan nama baik mereka.


Individu tersebut turut memastikan bayaran akan dibuat seperti dijanjikan namun meminta Atu untuk sabar menunggu.


Pada Sabtu lalu, Atu atau nama sebenarnya Sharif Kunal Doli Sharif, 31, meluahkan rasa kesal apabila terpaksa menagih bayarannya dari stesen televisyen berkenaan.


Lebih malang, dia menggunakan wang sendiri sepanjang menjalani penggambaran namun apabila bayaran dituntut dia hanya diberi janji kosong.




Sumber: mStar, IG Shafeeqa_johari












Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2023 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
awsome tv ni bukan 1st time ada kes. xdela nama baik sgt. ada kes dgn producer drama kan..nak dog2 pulak. padan muka kena viral lg.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Awesome tv ni bukan ac puya ke
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 12:56 PM | Show all posts
kuang ajor nye ko... kemain ko kna kn org blk.. yg bhutang sapa..
sabarla Atu.. moga Allah perluaskn lg pintu rezki mu & terus sukses.. Amin Yra..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 01:10 PM | Show all posts
bermasalah betul la stesen tv ni..pernah ada kes dgn diva aa jugak (walaupun pada awal diva aa puji melangit)
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Berbulan tunggu... Bila viral, tertiba ada cheque pula ye... Tertiba boleh jumpa dato pula...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2023 01:58 PM | Show all posts
susun apanya tu, patut kalau payment berfasa, dah ready dah. Ni nak susun2 plak, apa ingat ni batu bata ke nak susun2. Dah tau stesen tv takde duit, takyah la panggil artis. cuba jadi mcm RTM. Tak nyusahkan orang lain. Orang nak tgk, org tgk, tak nak tgk sudah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 03:56 PM | Show all posts
teruk beno susunan ayat staf tersebut. pastu nak serah cek sambil jumpa dato tu, mcm menggertak nak takutkan orang ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2023 04:52 PM | Show all posts
dah ceo pun rupa macam jabba the hut... muka takde nur... gelap kusam jah... memang la banyak hal awsem tb nih... yihhh!

orang lain buka saluran channel dia pun nak buka... hujung2 sengkek nak bayar...

dari ko gigih buka saluran channel ni baik ko pergi buat lipo kat leher ko tu dulu yang dah serhoper balung ayam... choiiii
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 05:12 PM | Show all posts
Fly_over replied at 3-4-2023 12:33 PM
awsome tv ni bukan 1st time ada kes. xdela nama baik sgt. ada kes dgn producer drama kan..nak dog2 p ...

yer kaka... dulu pun masa harizal kenten punya kes pun dah ada kes tak bayar production





Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Project habis tahun lepas. Tahun ni nk masuk bulan 4 pun masih susun lagi mintak org tu bersabar lagi. Binawe betul. Service dh diberi, duit tangguh berbulan2. Aje yg gampang kome ni.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Susun2..teringat pulak kat Ali Susun
Lahanat mgg gitu la., bila org dah meroyan benda dh viral baru nak respond
Kot tak mmg mereput la depa buat2 lupa.
Choii
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Jemahjemah replied at 3-4-2023 12:47 PM
Awesome tv ni bukan ac puya ke

Ac punya suke tv kan?
Yg penuh dgn iklan produk mcm wow tv tu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
I x tahu la cara operasi stesen tv camne tapi team iouls kalau buat program, payment orang2 yang terlibat kita asingkan siap2 & bayar ikut yg dijanjikan. Program habis, dalam seminggu semua payment dia kasi settle  xkan la stesen tv ambik masa berbulan-bulan susun payment. Kesian orang tu ada anak bini nak bagi makan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 3-4-2023 05:12 PM
yer kaka... dulu pun masa harizal kenten punya kes pun dah ada kes tak bayar production



kt post atu pun ada org komen psl tu. ada yg claim dr tahun 2021 tak dpt lg. hauk btl duit org buat main..,
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 09:14 PM | Show all posts
Fly_over replied at 3-4-2023 09:10 PM
kt post atu pun ada org komen psl tu. ada yg claim dr tahun 2021 tak dpt lg. hauk btl duit org bua ...

itu lah... patut la si kenten gigih nak menembak2 ala2 terroris macam nak culik anak sendiri haritu... rupanya dia tersilap bagi anak kat family nih...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2023 09:18 PM | Show all posts
Dah la dia yang berhutang, orang pulak nak dibahasakan begitu.

Sayangnya channel ni tak jaga reputasi walhal rancangan lagi best dari TV3. Selalu tanyan movies 70-90an yang best.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau ada kontrak saman je la nok. claim interest sekali  kena hajar sikit kapitalis jahanam tak reti nak bayar tenaga kerja.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2023 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts
org pn nak raya jugak oiii. nk beli baju kt bini bagai. buat mcm org mintak sedekah. dasarr
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2023 01:18 AM | Show all posts
Bukan tv ni ke kena saman sebab siarkan berita tak betul?
associate pertikaian nasional
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 01:19 AM GMT+8 , Processed in 0.082597 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list